60 °•Cavan×Luna•°

2.3K 116 11
                                    

"Aku balik dulu..." Bahu Luth dan David ditepuk lembut.

"Awalnya... Kau cakap nak balik petang sikit. Sekarang baru pukul 11.30 pagi ni," ujar David dengan riak wajah hairan.

"Memang cadangnya macam tu tapi aku tak sampai hati nak tinggal Luna lama-lama. Risau,"

Luth tersenyum penuh makna, sikunya menyinggul tangan David sambil membuat isyarat mata, "Member dah ada bini, untunglahh..." perli Luth.

Cavan sengih sinis," Itulah beruntung. Tapi kan, kalau kau tak buat perangai mesti sekarang kau ada bini juga," sindir Cavan pedih.

Zupp!

Terasa sobat.

Hilang terus senyuman yang bergayut di bibir itu tadi. Kurang asam punya Cavan.

"Eh dahlah, aku balik dulu. Takut lambat nanti lain pula jadinya,"

"Ye, nanti jangan lupa datang dinner," laung Luth saat Cavan sudah mula menjauhi daripada padangan mata coklatnya.

"InsyaAllah kalau isteri aku tak beranak lagi,"

          Keadaan yang agak sesak itu menambahkan kekusutan di fikiran. Sekarang waktu rehat tengah hari dan semestinya jalan utama yang menghubungkan antara Jalan Tun Sheikh Tahir dan Jalan tunku Abdul Rauf kerap kali dilanda kesesakan lalu lintas.

Mahu dipatah balik tapi makin renyah pula. Jadi terpaksalah si seketul Cavan menempuh juga onak dan duri.

Sah jem disebabkan kemalangan.

Pinn!!!

Hon lori itu berbunyi nyaring. Cavan mengecilkan sedikit matanya melihat ke arah cermin pandang sisi kanan. Sesaat dia tersentak.

"Allah Allah" Kalut dia menukar laluan.

Nyawa dia dalam bahaya. Lori dibelakangnya menghala laju hendak menghentam belakang kereta.

Pinnnnn!!!!

Bam!

             "Sabar Luna, kita dah nak sampai hospital," pujuk bonda cemas. Perut gadis itu diusap berkali.

Malang tidak berbau bilamana Luna tergelincir sewaktu hendak keluar daripada tandas. Darah mengalir laju daripada celah kelangkangnya benar-benar buatkan bonda tak tentu arah. Nak telefon Cavan pun tak sempat. Nantilah bila semuanya selesai dia akan menghubungi lelaki itu.

Luna memejam rapat matanya menahan sakit. Ari-arinya mencucuk pedih.

"L-luna nak Cavan..." Dalam perit dia menutur kata.

"Ye, sampai hospital bonda bagitahu dia ya," balas bonda. Sesekali perut Luna diusap.

Tolong ya Allah, tolong panjangkan umur cucu dan menantu dia.

"Sakit bonda..." Luna mengerang. Peluh merecik di dahinya.

"Sabar Luna. Kita dah nak sampai hospital, Luna tahan sikit je lagi," pujuk bonda. Dikesat peluh di dahi wanita itu.

"N-nanti suruh abang jumpa Luna ya bonda,"

Bonda menggenggam erat tangan Luna. Menyalurkan kekuatan.

Setibanya di hadapan ruang kecemasan, segera doktor dan jururawat yang bertugas di situ mencempung Luna lalu diletakkan perlahan di atas M-Emergency Stretchers.

               Tap. Tap. Tap. Dari jauh terdengar derapan langkah seseoeang yang laju menghampiri bilik pembedahan. Seakan akan berlari anak.

"Bonda!" Bahu wanita itu disentuh. Riak wajahnya berkerut sejak tadi. Risau membadai jiwa. Peluh merengkuh rengkuh. Penat. Sejurus keluar daripada lif, dia terus berlari mendapatkan bondanya.

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now