"Assalamualaikum. Ni Puan Luna ke?"
Luna hairan. Nombor yang mendailnya dilihat sekilas.
"Ya saya. Siapa ni?"
"Saya dari king resort, tempat Puan Luna belajar berkuda. Saya nak bagitahu yang latihan Puan ditangguhkan buat masa sekarang."
"Kenapa?"
"Mr Emerald akan berangkat ke Germany beberapa hari lagi jadi kelas Puan Luna memang terpaksa ditunda sebab Mr Emerald taknak pelajar dia dilatih oleh trainers yang lain."
"Pulak" Luna menggaru kepalanya yang tka gatal. Baru saja dia berniat nak menghabiskan masanya disana memandangkan Cavan akan pergi ke Germany juga. Haih punah.
"Takpe lah kalau macam tu. Saya okay je. Assalamualaikum." Panggilan segera dimatikan.
Dagu ditongkatkan di atas meja dapur. Habistu apa yang dia nak buat kalau Cavan tiada di rumah?
Nak pergi uni pun, dia sudah habis belajar. Tunggu tarikh graduate diumumkan je ni.
Nak pergi rumah bonda? Hm. Kena tanya Cavan.
"Nantilah fikir. Cavan pergi jumaat ni. Harini baru hari isnin. Sempat-sempat" gumam Luna.
Pak!
Bahu gadis itu tersentak. Bunyi apa pula tu?
Dengan berani, dia mengusung langkah ke ruang tamu. Matanya meliar di segenap ruang. Kosong. Hanya kedengaran kipas syiling yang berpusing.
Tadi rasanya dia dengar barang jatuh tapi tiba-tiba sekarang dah lenyap.
"Hai dude. Berjumpa lagi kita." Rafa keluar dari ruang persembunyiannya.
Luna nanap. "Kau buat apa dekat sini, gila?!"
"Nak ucapkan selamat tinggal dekat kau, hehe" bibirnya meleret sinis.
Tanpa Luna sedar,Rafa mengeluarkan sebilah pisau dari poket seluar jeansnya.
Kaki dilangkah mendekati si gadis.
"Aku benci tengok kau bahagia. Benci sangat." Disebalik nada lembut yang dituturkan, terselit juga nada psiko yang meruntunkan hati Luna.
Air liur ditelan pahit. Meremang melihat Rafa yang seolah tidak waras itu.
"Baliklah Rafa. Kau jangan buat kerja gila dekat sini." Langkah mengundur setapak ke belakang.
"Aku cuma nak ambil apa yang pernah jadi hak aku, Luna. Lepas aku dapat apa yang aku nak, aku balik okay?"
Luna diam terkaku ditempatnya.
"Aku tak faham. Apa maksud kau?"
"Hm maksud aku macam ni..." Tanpa menunggu lama, pisau ditangan kanannya ditosok ke dalam perut Luna.
"Ni maksud aku."
Luna kaku. Seluruh tubuhnya bergetar hebat sebelum dia jatuh menyembah bumi. Dadanya berombak kencang.
Rafa tersenyum puas. Mati pun kau. Semoga tenang di sana.
"Jangan bunuh aku!"
"Luna. Bangun. Kenapa ni?" Soal Cavan risau.
Sudahlah dia baru balik. Baru saja nak mendekati Luna yang sedang tidur di meja dapur tiba-tiba gadis itu meracau.
"Luna!"
Mata Luna tercelik luas. Dadanya berombak laju. Merecik peluh di wajah. Ya Allah apa yang dia mimpi.
"Mimpi apa sampai pucat muka?" Soal Cavan. Rambut Luna yang terjuntai diraup ke belakang sebelum peluh yang merinik di wajah isterinya dikesat.
YOU ARE READING
[C] ENCIK SWEET
Roman d'amourKarya keempat Adam Suhail "Aku cabar kau jadi pembantu rumah" - Uwais Fikri "Kau gila ke, Uwais?." "Luna, aku suka pembantu rumah kau." - Rafa Asyieka "Cukup hanya awak dan saya. Selamanya." - Cavan Emerald Shah "Can I be a part of your life, Mr Em...