Hari ini berlangsungnya perlawanan polo kali ke-78 yang melibatkan 2 buah negara iaitu German dan juga Malaysia. Perlawanan kalini secara tidak langsung akan menentukan King Polo Of The Year seperti tahun tahun sebelumnya.
Ace's team, sudah bersiap sedia di dalam padang begitu juga Rycel's team yang mewakili negara German.
10 minit berlalu. Hanya tinggal lagi 2 minit sebelum perlawanan polo antara Malaysia dan German bermula.
Rata-rata penonton yang berada di situ sudah tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan polo pada kali ini. Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang pada perlawanan kali ni, akan ditaja selama seminggu ke Eropah dan akan memenangi 171196.24 usd bersamaan dengan RM 800000 myr setiap seorang. Jumlah tiket akan diberikan dua keping kepada setiap individu dalam kumpulan tersebut.
Bunyi wisel mula kedengaran menandakan Ace's team dan Rycel's team perlu mengambil posisi mereka.
Peranan Mr Emerald, Mr Uwais, Mr Luth dan Mr David masih sama seperti perlawanan polo sebelum-sebelum ini.
Bunyi wisel kedua menandakkan perlawanan mereka bermula. Kedua-dua kumpulan itu bersungguh-sungguh mengawal bola agar tidak dirampas oleh pihak lawan.
20 minit kemudian, 10 masa pertama tamat. Ace's team meraih 10 mata dan Rycel's team meraih 7 mata
Masa kedua dimulakan beberapa minit selepas Ace's team dan Rycel's team sudah bersedia.
Perlawanan polo kalini memberi impak yang besar buat kedua-dua pasukan kerana tittle juara itu akan sentiasa diingati oleh masyarakat termasuk juga, dalam sejarah sukan polo yang ke 78.
"Una tengah buat apa tu?" lelaki itu menapak mendekati adiknya. Mata tak lari dari memandang Luna yang sedang memasukkan beberapa bahan masakan ke dalam kuali.
"Your favourite food."
Bersinar mata Adam apabila mendengar jawapan daripada Luna.
"Really? bukan Una tak pandai masak ke? " kening diangkat.
"Itu dulu. Sekarang Una dah pandai." balasnya. Riak wajah bangga terserlah.
"Eleh. Memanglah dah Cavan ajar engkau"
"Tahu pun. Dah pergi depan. Kacau je Una masak" halau Luna. Bahu Adam dikuis agar menjauh.
Kalau masak dengan Adam memang takkan jadi kerja. Tangan panjang dia tu laju je curi ayam yang dia dah masak. Silap silap licin pinggan. Bukan boleh percaya si Adam ni.
Adam mencemik. Namun, diikutkan juga arahan Luna. Perlahan-lahan kaki menapak keluar dari situ.
"Abang nak sikit ke banyak?" soal Luna.
"Suku suku separuh" seloroh Adam.
Luna mengeluh geram. Tanpa membalas, spagethi itu diletakkan di dalam pinggan Adam. Orang letak satu periuk ni baru tahu.
Adam sengih. "Terima kasih Una."
Luna hanya mengumam. Tempat duduk di hadapan Adam menjadi sasarannya melabuhkan punggung. Tanpa menunggu lama, makanan itu dijamah.
Lima minit kemudian, Adam sudah menghabiskan spagethinya. Bibirnya tersenyum lebar. "Sedapnya Una masak" puji Adam
Luna buat muka bangga. "Tengoklah siapa masak"
Senyuman tadi yang kian melebar bertukar kepada cebikkan. "Tapi terlebih sos, garam kurang." komen Adam lagi.
Alah dia saja je nak kenakan si Luna padahal okay je rasa spagethi itu. Sedap sehingga menjilat jari.
YOU ARE READING
[C] ENCIK SWEET
Roman d'amourKarya keempat Adam Suhail "Aku cabar kau jadi pembantu rumah" - Uwais Fikri "Kau gila ke, Uwais?." "Luna, aku suka pembantu rumah kau." - Rafa Asyieka "Cukup hanya awak dan saya. Selamanya." - Cavan Emerald Shah "Can I be a part of your life, Mr Em...