9 °•Cavan×Luna•°

2.1K 162 12
                                    

Uwais membalas senyuman yang dihadiahkan oleh Luna. Matanya membawa langkah Luna yang semakin menjauhi mereka. Keluhan lega dihela. Hampir saja terkantoi dengan Luna.

Nasiblah Cavan memakai penutup muka dan cermin mata hitam,kalau tidak mungkin harini pengakhiran hidupnya

Huh

Sebal betul

"Mind to explain?!" dingin suara lelaki itu menyoal. Nasib lah dia bukan seorang yang cepat gelabah. Tetapi perkara yang paling mengejutkan dirinya ketika ini tentang Uwais dan Luna. Macam mana mereka boleh kenal?!

Uwais menayang barisan gigi putihnya.

Mampus kau Uwais

Lainkali buat fikir dulu

Tak guna sekarang baru nak menyesal

Huaaa

"Dekat office aku cerita dekat kau eh. Jom balik dulu" ujar Uwais. Dapat dia rasakan anak mata Cavan tajam memanah tepat padanya. Dia sudah lama berkawan dengan Cavan,sudah tentulah dia tahu

Punggung dilabuhkan di atas kerusi empuk di dalam bilik pejabatnya. Cermin mata hitam dibuka lalu diletakkan atas meja.

Mata kembali tajam merenung Uwais yang sudah tersengih lebar

"Sengih sengih. Explain lah cepat"

"Sabar sabar..." Uwais berdehem sebelum memulakan cerita

"Sebenarnya aku dah lama kawan dengan Luna sejak sekolah menengah lagi. Dia junior aku tapi kami rapat. Dah macam adik beradik"

"Patutlah beria suruh aku jadi pembantu rumah. Rupanya ada agenda tersendiri. Bijak kau ya"

Uwais tayang sengih

Niat dia murni

Bukannya yang bukan bukan

"Sejak aku form 5,Luna always cakap yang dia suka kau. Teringin nak jumpa kau. That's why aku nak kau jadi pembantu rumah dekat rumah Luna." terang Uwais

Cavan meraup wajah kasar. Nak marah pun dah tak guna

Uwais ni memang lah.

Mencari pasal.

Kalau identiti sebenar dia diketahui Luna. Memang mampus dia cekik lelaki itu

Kawan tak kawan. Balasan tetap balasan

"Alah kau takyah lah stress sangat. Lepas 4 bulan,kau takkan jumpa dia dah" ujar Uwais

Cavan diam. Hatinya agak tersentak dengan kata Uwais

Mampu ke dia tinggal Luna?

Hubungan dia dan Luna pun semakin akrab.

Ah lantaklah.

Malas fikir.

"Dah lah pergi balik rehat. Kau tu esok nak sambung kerja jadi pembantu rumah pula" perli Uwais segera beredar

Cavan menjuihkan bibirnya

"Kalau bukan sebab kau takdenya aku kena jadi pembantu rumah" omel Cavan

Bebal punya Uwais

                   Seperti biasa, apron berwarna pink itu diikat pada tubuh kekarnya. Cermin mata di atas meja dapur dicapai. Rambutnya pula diikat tocang seperti pokok kepala. Dia lebih selesa begitu. Takde lah rambut akan menganggu ketenteraman semasa dia melakukan kerja nanti

Kaki mula diatur ke arah papan pemotong. Lengan baju dilipat hingga ke siku. Terdedah urat urat hijau di lengan. Pisau diambil lalu diasah terlebih dahulu sebelum memotong bahan bahan yang hendak dimasak

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now