54 °•Cavan×Luna•°

1.9K 132 2
                                    

Sepasang kaki itu melangkah keluar daripada perut kereta. Bajunya kemas dan terletak segak pada tubuh. Rambut hitamnya diselak ke belakang. 

"Er encik. S-saya tunggu dekat kereta boleh tak? Tak selesalah. Dekat dalam tu semuanya lelaki." Hannah menggengam erat jari jemarinya. Gementar. Dia jarang bertemu dengan ramai lelaki dalam satu masa. Kalau ada seorang lagi peneman yang berjantina sama dengannya tak mengapa. Masalahnya sekarang, semuanya lelaki. Tiada seorang pun perempuan.

"Sorry but my answer is no. Aku taknak apa-apa jadi dekat kau kalau kau duduk dalam kereta. It's okay kawan aku tak makan orang. Semuanya makan nasi." balas Uwais. Hendak menyedapkan hati Hannah. 

Hannah menceber panjang. Uwais ni tak faham dia langsunglah! Sudahlah harini kena culik dengan lelaki itu. Dipaksa teman lepak. Hai... apalah nasib. 

"Aip berani tarik muka." tegur Uwais. Entah kenapa sekarang ini menyakat dan menyakitkan hati Hannah adalah hobi barunya. Melihat wajah itu merah menahan amarah buatkan dia suka. Haih takkan tangkap cintan cintun dengan pekerja Cavan pula?

Ah mustahil. Hannah bukan taste dia. Titik.

"Jom cepat. Kau jalan depan. Aku takut kau lari."

"Kalau saya nak lari, daripada tadi lagi saya lari." bidas Hannah.

"Ah diam. Cakap panjang-panjang dengan kau ni buat bazir air liur je. Degil!"

Hannah berjalan melepasi Uwais sambil kakinya dihentak geram. Ada saja kata-kata daripada lelaki itu buatkan hatinya membara.

Kalau tak mengenangkan Uwais ini juga adalah orang atasannnya dan juga sahabat baik kepada majikannya memang tidaklah dia nak layan elok-elok. Silap-silap buku lima dia ni melekat dekat batang hidung Uwais. Huh.

"Eh Fik kau bawa perempuan mana pula ni?" Mata Niel meleret sekilas pada Hannah yang berada di sebelah Uwais. Tak pernah pernah Uwais bawa perempuan jika mereka semua berjumpa. Ini pertama kali dalam sejarah.

"Hannah come. Dekat sikit." Uwais menarik hujung lengan Hannah. Kalau ya pun tak selesa janganlah tunjuk sangat si Hannah ni pun.

"Ni pekerja Cavan. Aku pinjam."

"Amboi pinjam buat bini ke?" perli Asif

Uwais menayang senyuman jengkel. Hannah jadi isteri dia? memang idokler. Tak kuasa dia nak melayan perangai tak matang gadis itu. 

"Memang tak lah. Aku dengan Hannah wakil Cavan untuk jumpa client dari China. Malas nak patah balik hantar budak ni." terang Uwais. Dia tak mahu kawan-kawannya salah anggap.

Hannah menahan rasa. Dia panggil aku budak sobat. Hai... Sabar ajelah.

"Oh jom. Aku nak bawa kau tengok sesuatu..."

"Kau tunggu sini. Nak makan pergi aje ambil..." Bibirnya didekat pada telinga Hannah, "Kawan aku ada yang buaya tembaga. Jaga-jaga" bisik Uwais.

"Eh encik sa-" Baru saja hendak mengikut langkah Uwais, salah seorang daripada kenalan Uwais menariknya. Segera pegangan itu direntap kasar.

"Jangan pegang saya!" Amaran keras meniti di bibirnya buat lelaki yang bernama Benjamin tersebut. Salah seorang rakan Cavan semasa sekolah menengah dahulu.  

"Ops sorry. Saya cuma nak ajak awak makan aje. Tunggu Uwais mungkin lambat lagi." terang Benjamin. Niatnya baik, hanya mahu mengajak gadis itu makan bersama. Seleralah sikit makan dengan perempuan cantik hihi.

Hannah menilik tubuh Benjamin yang berada di hadapannya. Boleh percaya ke? Dia berasa was-was.

"Muka awak tu nampak sangat tak percayakan saya hahaha." Lelaki itu menghambur tawa.

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now