36 °•Cavan×Luna•°

2.2K 202 8
                                    

Mata dicelik apabila bunyi ketukan pintu menganggu lenanya. Melilau matanya mencari kelibat Uwais namun hampa, kelibat lelaki itu lesap di pandangan mata. Dengan perasaan sebal, dia bangun dari baring. Mata digosok sambil melangkah ke arah pintu.

"Dah tahu nak keluar, bawak lah kunci siap-siap. Menganggu betul." bebel Cavan. Tombol itu dibuka tanpa melihat siapa di hadapannya.

"Hai Cavan." terbeliak mata Cavan. Dia ingatkan Uwais.

"Macam mana kau boleh ada dekat sini?!" tegas nadanya. Wajah pula serta merta bertukar garang.

"Saja." dia senyum tak bersalah. Dia merempuh bahu Cavan lalu dengan muka tak bersalah, dia melangkah masuk ke dalam bilik hotel lelaki itu.

Cavan semakin berang. Pintu hotel itu dibuka seluas luasnya.

"Kau keluar sekarang!" nadanya mula meninggi. Ikutkan hati, memang dia heret je perempuan tak tahu malu ni keluar.

Rafa ketawa tiba-tiba. Gila.

"Jom teman saya pergi breakfast." baru sahaja tangan Cavan hendak dipaut, Uwais muncul sebagai penyelamat. Dengan tak bersalah, tubuh Rafa ditolak sehingga terduduk di lantai. Hambik.

Cavan mengurut dadanya. Lega. Kalau perempuan ni pegang dia, memang kena sertu.

"Gatal. Kau keluar sekarang!" Jerkah Uwais. Wajahnya serta merta seperti udang terbakar.

"Sibuklah. Aku datang sini nak jumpa Cavan, bukannya kau." bidas Rafa.

"Kisah pula aku. Kau keluar. Dahlah masuk bilik lelaki. Tak reti malu. Keluar aku cakap! Keluar!" Tengking Uwais lagi. Nafasnya merengkuh rengkuh menahan api amarah.

Rafa menjeling tajam lelaki itu. Orang pandai keluar sendiri lah. Tak payah terpekik terlolong. Over.

"Tapi–"

"Keluar sebelum aku pula yang hilang sabar!" giliran Cavan pula yang bersuara. Ikutkan hati nak je penampar dia ni singgah ke pipi Rafa.

Rafa merengus. "Saya simpan rahsia awak Cavan. Bila-bila masa je Luna boleh tahu awak siapa!"

"Good to hear then." Cavan memandang kosong wajah perempuan itu sambil memeluk tubuh seolah dia langsung tidak terkesan dengan amaran Rafa.

Rafa berdecit geram. "Saya tak main-main dengan kata-kata saya. Kalau saya tak dapat awak, Luna pun takkan dapat awak!" Jerit Rafa. Dia melangkah keluar dengan perasaan sebal.

Uwais mendengus. Bibirnya meniru memek mulut Rafa. Menyampah. Aku sebat karang, cacat terus kot.

"Kenapa kau biar je perempuan tu? Kalau aku jadi kau, memang aku ganyang sampai mampus." matanya masih memincing tajam ke arah pintu itu.

"Buang masa dan buang tenaga. Berdebat dengan perempuan bukannya akan menang pun." usai menuturkan ayat itu, dia terus beredar ke bilik air. Sempat menitipkan pesan pada Uwais supaya mengunci pintu bilik mereka.

Uwais mencemik. Apa apa jelah. Janji si langau tu dah berambus.

     Jam tangannya dikerling sekilas. Spontan bibirnya tercemik sendiri. Mana lah si Adam ni. Bersiap mengalahkan perempuan. Sudah hampir 10 minit dia tunggu di luar. Rasanya sempat kot kalau pergi cuci kereta dulu. Huh.

"Mana abang kita ni Cici. Lembap bukan main." omelnya pada landak albino itu. Cavan dah beli sebelum dia pergi German lagi. Masanya banyak terluang dengan Cici je. Cakap dengan binatang lagi happy dari cakap dengan manusia yang terkadang menyakitkan hati. Hm.

"Ingat orang tak dengar ke?" sergah Adam. Sempat lagi dia membetulkan rambut hitamnya.

"Baguslah kalau dengar." balas Luna selamba.

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now