Air sirap itu dikacau sebati usai gula siap dimasukkan ke dalam gelas itu. Tiba-tiba dia mengidam nak minum air sirap. Rezeki dia apabila pewarna ros masih ada dalam peti ais. Kalau tidak, sekarang juga dia suruh Cavan pergi beli.
Prang!
Terperanjat Luna apabila pewarna rose itu sudah selamat mencium lantai dapur. Secara tak sengaja, sikunya tertepis botol itu lalu... Tamatlah riwayat pewarna tersebut.
Hilang terus rasa teruja di hati. Habis sekarang siapa yang nak kemas? Hmm... Dia nak tunduk ambil botol itu pun tak larat. Perutnya sudah memboyot ke depan.
Kepalanya digaru. Macam mana nak buat ni? Dia taknak lah panggil Cavan semata-mata untuk membersihkan semua ni tapi ini dah dikira terdesak. Takkan nak biar sampai esok? Aih kotor
Baru sahaja kakinya hendak melangkah mengambil kain buruk namun sergahan daripada Cavan buatkan dia kaku. Terkelip-kelip menatap Cavan yang masih terkesima.
"Ya Allah sayang, sayang jatuh ke? Allah Allah kita kena pergi hospital" Zup! Tubuh Luna terus dicempung. Gelabah. Ya Allah apa yang dia nak buat ni?
"Eh abang abang... Turunkan Luna!" Terjerit kecil Luna dibuatnya. Terkejut. Tiba-tiba tubuhnya selamat dicempung oleh Cavan.
"Kita kena pergi hospital, sayang! You're bleeding!" Jelas kedengaran suara itu bergetar. Gelabah dan takut.
"Bukan-bukan. Turunkan sayang. Sayang tak beranak lagi!" Sedikit kuat suara itu menegur suaminya.
Sampai depan pintu rumah, tangkas tangan Luna memegang tombol pintu. Menahan tubuhnya daripada di bawa pergi.
"Stop abang! Luna bukan nak beranak. Itu sirap! Dia tumpah kena siku Luna tadi."
Terhenti serta merta langkah kaki Cavan. Matanya terkebil kebil merenung wajah Luna yang dekat dengannya.
Erk.
Nak rasa apa sekarang ni? Malu? Atau buat-buat ketawa?
Perlahan-lahan tubuh ibu mengandung itu diturunkan kembali menjejak tanah.
Luna membetulkan bajunya yang sedikit terangkat. Hai... Boleh hilang jantung kalau dengan Cavan ni.
"Abang ni... Luna tak sempat nak kata apa-apa, abang terus angkat Luna kenapa?! Buatnya jatuh tadi macam mana?" bebel Luna geram.
"Sorry sayang. Sumpah abang takut bila nampak sayang dengan berdarah bagai. Mana lah abang sempat fikir tu darah ke sirap. Abang gelabah," ujar Cavan. Suaranya sedikit bergetar dan matanya sedikit memerah. Dikesat kasar air mata yang mengalir laju tadi.
"Sayang okay je abang. Maaf sebab buat abang risau," Luna menghapuskan air mata Cavan yang masih bersisa di pipi.
Nak marah pun tak sampai hati.
"Sorry for getting you hurt, dear" Tangan Luna dicapai lalu ditekap pada pipinya. Rasa bersalahnya menebal.
Hm
Alis Mata digaru akibat buntu. Hampir satu jam wanita itu tidak mengeluarkan sebarang patah perkataan. Hanya mengunci bicara. Pening kepala dia hendak memujuk.
"Sayang... Kita pergi shopping mall nak? Sayang kata nak beli coklat kan haritu?"
Luna menggeleng, sekilas dia memanah pandangan mata pada lelaki itu.
"Masa Luna teringin abang tak bagi, tapi sekarang bila Luna dah tawar hati baru nak mencari!" rajuk Luna.
"Alaa sayang, masa tu sayang hampir nak kena kencing manis dah. Sebab itu abang tak bagi," balas Cavan. Digentel hujung lengan baju Luna.
YOU ARE READING
[C] ENCIK SWEET
Storie d'amoreKarya keempat Adam Suhail "Aku cabar kau jadi pembantu rumah" - Uwais Fikri "Kau gila ke, Uwais?." "Luna, aku suka pembantu rumah kau." - Rafa Asyieka "Cukup hanya awak dan saya. Selamanya." - Cavan Emerald Shah "Can I be a part of your life, Mr Em...