Langit malam selamat menjadi tatapan matanya. Bintang-bintang yang berkelip sekali gus menyinarkan lagi langit malam itu.
Jari jemarinya saling kuat menggengam sesama sendiri. Suasana malam itu terasa sunyi walaupun masih ramai orang diluar yang mengunjung tiba. Tambahan pula dengan suhu dingin malam yang sedikit sebanyak menjentik perasaan sayu di hati. Bagaikan perasaan kasih itu masih lagi tidak mampu menjauh pergi.
Buat masa ini, entah kenapa dia sengaja menjauhkan diri daripada orang. Topik yang mereka bualkan membuatnya berasa bosan yang teramat. Tak habis habis soal kerja. Dekat rumah pun bincangkan soal kerja... Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia balik sekarang juga tapi, dia juga perlu hormatkan Adam sebagai seorang abang. Dia perlu menjaga air muka lelaki itu.
"Cantikkan langit malam?" Entah dari mana seseorang itu tiba-tiba muncul di belakangnya.
Luna diam seketika sebelum dia membalas, "Cantik. Terlalu cantik sehinggakan sesiapa sahaja yang menatap susah untuk larikan pandangan."
Ternaik hujung bibir lelaki itu. Tersenyum.
"Abang awak dekat dalam, kenapa tak masuk borak sekali?"
Dalam diam bibirnya automatik mencebir sendiri. Dia masuk dalam? Borak dengan kawan Adam?... "Bosan. Asyik cakap pasal kerja je." balas Luna. Dia masih lagi tidak mengalihkan wajah melihat si empunya suara.
Lelaki itu ketawa kecil. Entah kenapa dia rasakan gadis di hadapannya terlalu comel. Dengan riak wajah masam mencuka dengan bibir dijuih sedikit benar-benar membuatnya geli hati.
"Masa tu lah awak kena dengar, mana tahu nanti awak akan ikut jejak abang awak juga."
Luna menggeleng laju. Taknak lah dia. Walaupun dia ceburi diri dalam bidang business tapi dia masih belum dapat ilham untuk mengikut jejak langkah abang dan abinya dalam menguruskan ladang herba dan nursery.
"Belum graduate kan? So bagi saya no wonder awak masih tak nampak peluang tu. Peluang untuk ceburi dalam bidang perniagaan. Sedangkan sebenarnya, berniaga sendiri ni lebih banyak kaut keuntungan. Tapi tulah, modal pun kena keluar lebih. Aku pun dulu macam kau lah, tak minat nak uruskan business sendiri.
Ada yang nak buat perniagaan sendiri atas sebab nak kaya, nak beli rumah besar tapi dia orang terlepas pandang soal rezeki. Even kerja biasa je tapi kalau Allah dah janjikan rezeki untuk dia... Dia juga boleh jadi jauh lebih bagus dari seseorang itu.
Eh dah kenapa pula saya tiba-tiba bagi tazkirah pasal ni?-" Kepalanya yang tak gatal digaru. Segan pula. Mulut ni pun satu, lancang saja bersuara.
Luna ketawa kecil. Tubuhnya perlahan lahan dibawa menghadap jejaka itu. Sejurus matanya disapa wajah tampan jejaka tersebut, bibirnya terkunci. Senyuman yang tadi melebar sudah kembali mengendur. Tercengang. Tanpa dipinta, mereka kembali bertentang mata namun yang lainnya kali ini, pertemuan mereka di alam nyata, bukan lagi di alam ilusi macam yang sebelum-sebelum ini.
"A-abang..." Tanpa sedar panggilan itu terlepas daripada bibirnya. Matanya sudah bertakung dengan air mata. Hanya menunggu saat air kolam itu pecah.
"Apa awak cakap? Saya tak berapa nak dengar," Cavan seolah terpinga. Bagaikan suara itu terngiang halus di pendengaran telinga.
"Awak Cavan... M-macam mana awak kenal saya?" Teruja? Ya dia teruja. Maksudnya lelaki itu kenal dia bukan?!
"Oh kenal selepas 10 minit yang lepas. Your brother perkenalkan awak pada kami semua. He said, dia datang dengan adik dia,"
"Oh," hanya itu reaksi yang mampu dia gambarkan. Apa yang kau harapkan Luna?
Bibirnya diketap erat.
Senyuman lelaki itu mula padam. Hairan dengan tingkah laku Luna yang berdiam diri secara tiba-tiba.
YOU ARE READING
[C] ENCIK SWEET
RomanceKarya keempat Adam Suhail "Aku cabar kau jadi pembantu rumah" - Uwais Fikri "Kau gila ke, Uwais?." "Luna, aku suka pembantu rumah kau." - Rafa Asyieka "Cukup hanya awak dan saya. Selamanya." - Cavan Emerald Shah "Can I be a part of your life, Mr Em...