🎨 02

125 11 1
                                    

Sekarang pukul 9 pagi. Aku bersiap siap untuk ke U. Pukul 10 nanti aku ada group presentation. Haraplah aku tak lambat sampai ke kelas. Sebaik saja aku keluar dari bilik, aku dengar riuh rendah didapur. Ada mamaku, kakakku dan juga adik perempuanku. Aku naik rimas melihat mereka berdua.

Yang seorang tengah tersengih sengih didepan fon. Yang lagi seorang tengah video call sambil breakfast. Amende siakk. Pagi pagi buta video call.

"Jadi ke tak kita nak keluar kejap lagi?" soal mamaku pada kakakku.

"Jadi. Kejap Lyn bagitahu boyfriend dulu"

Argh! Kau dah kenapa bodoh. Nak keluar dengan mama sendiri pun nak kena bagitahu ke? Dia bukan suami kau lagi lah sial!

Seperti inilah kehidupan seharianku. Namaku Darlene Mavis. Maksud namaku adalah love. Nama tak seindah maksud. Aku sangat benci cinta. Aku student University Of Steven Quin. Pelajar Mechanical Engineering tahun akhir.

Kakakku, Madelyn dan adik perempuanku, Melissa. Sejak parent aku bercerai, aku jadi tidak percayakan cinta. Sejujurnya aku tidak pernah bercinta sebelum ni. Niat dihati mahu mencuba juga. Tetapi masih wujudkah lelaki yang setia didalam dunia ni untukku?

Suasana sekelilingku dipenuhi dengan cinta yang complicated. Semenjak kes parents aku berpisah, jiran rumah sebelah aku juga tengah hadap situasi yang sama. Suami jiran aku selalu keluar dengan perempuan lain. Kakak kepada mamaku juga selalu layan lelaki lain. Itu tidak termasuk yang aku hadap di universiti lagi.

Disebabkan situasi situasi diatas, aku jadi seperti trauma untuk bercinta. Aku tak ada plan untuk jadi single selamanya tetapi aku masih takut untuk bercinta.

Sampai di stesen bas, aku ternampak ada seorang perempuan menampar seorang lelaki. Berbagai bagai sumpah yang dikeluarkan dari mulut perempuan itu. Puncanya lelaki itu curang. Disisi lain, ada satu pasangan sedang berpelukan. Aku assume salah seorang dari mereka tidak sanggup berpisah dengan yang seorang lagi.

Argh! Kenapa aku perlu hadap semua benda menjengkelkan ini. Love, love and love. Tak penat ke. Aku yang tidak bercinta pun, penat tengok.

Sampai di universiti, aku melihat ramai student perempuan tengah berkumpul di depan pintu masuk. Aku terpaksa selit untuk masuk kedalam. Aku sudah tahu kenapa mereka semua berkumpul. Dan bila aku sampai didalam, sangkaanku sangat tepat. Tiga orang lelaki baru sampai. Mereka ini hotstuff kalau tak salah aku.

Sadisnya hidup aku hari ni. Nak sampai universiti pun kena hadap bermacam macam benda. Sumpah aku muak.

"Darlene kau tak pandai berfesyen ke?"

Salah seorang budak kelas aku menyapa aku bersama sahabat sahabatnya. Haih! Penat aku macam ni.

"Life aku atau life kau?"

Muka dia nampak akward. Aku pula tayang muka biasaku iaitu muka tanpa senyuman.

"Life...kau" jawabnya.

"Life aku kan. So kau boleh blah"

Aku tak tahu apa tak kena dengan pakaian aku. Hoodie putih tidak bercorak dengan jeans biru. Okey aku mengaku aku memang simple nak mati. Aku akan pakai baju yang mana aku rasa selesa dan benda tu tak memerlukan banyak masa untuk bersiap. Tetapi tidak kena juga bagi mereka. Haih! Lainlah kalau aku tak pakai baju datang sini.

"Pagi pagi dah monyok ni, kenapa?"

Sahabat sahabatku sudah datang. Gowon dan Haechan. Mereka ni sepasang love bird. Mereka juga adalah salah satu sebab aku tak ingin bercinta. Hampir setiap hari aku bersama mereka. Jadi aku tahu macam mana relay mereka. Dan bagi aku complicated.

...

Heart Of Stone | HWANG HYUNJINWhere stories live. Discover now