Hyunjin melihat Darlene sudah menunggunya. Hari ni Hyunjin ajak Darlene datang ke Art Exhibition milik pelukis terkenal iaitu Seulgi. Dan Darlene sendiri yang meminta untuk berjumpa disini. Tetapi pandangan perempuan itu nampak lain.
Hyunjin mengikut arah pandangan Darlene. Rupanya Darlene sedang melihat seorang perempuan bersama seorang lelaki paruh baya yang Hyunjin yakin bapa kepada kepada perempuan itu. Pandangan Darlene nampak sayu dan sedih. Cuma sekejap sebelum Darlene mendongak keatas.
Dia sangat yakin perempuan itu menahan air matanya dari mengalir keluar. Dia menggeleng kepalanya dengan perlahan. Dia tahu sudah semestinya Darlene terfikirkan bapanya sendiri.
Dia melangkah dengan perlahan ke arah Darlene. Dia juga perasan Darlene mengelap air mata di hujung matanya yang hampir keluar. Hidung perempuan itu juga nampak kemerahan sedikit.
"Dah lama tunggu?" soal Hyunjin.
Darlene sedikit terkejut dengan kehadiran Hyunjin.
"Taklah. Baru sampai. Jomlah masuk"
Darlene berura ura untuk berjalan tetapi Hyunjin menahan lengannya. Pandangan Hyunjin sekarang sangat susah untuk ditafsir. Dalam otaknya cuma satu. Adakah Hyunjin nampak tingkah lakunya yang sedang melihat sepasang anak beranak tadi. Kalau betul, malunya dia.
"You're good right?" soalnya.
Jadi betul. Apa yang dia sangka sangat tepat walaupun Hyunjin tidak beritahu secara detail.
"Yes. Saya baik baik je. Kenapa? Muka saya nampak macam tak okey?"
Dia menggeleng kepala dengan perlahan. Hyunjin melepaskan tangannya semula. Mereka terus pergi ke kaunter tiket. Selepas memberi tiket, mereka terus masuk kedalam.
Kami datang sini hanya untuk melihat cara mereka dekorasi exhibition ni. Hyunjin sendiri yang cadang untuk melawat exhibition supaya dapat ilham. Bukan untuk copy paste kerja orang tetapi untuk mendapat idea.
Memandangkan aku suka tengok lukisan, aku setuju. Pelbagai lukisan menarik dipamerkan. Dan tiba tiba tapak tanganku berpeluh dan bergetar. Orang lain akan nampak biasa pada tangan aku tetapi hanya aku seorang yang rasa.
Sejujurnya aku benci perasaan ini. Jantungku mula berdetak laju lagi. Fikiranku melayang lagi. Aku dah tak boleh fokus pada lukisan. Rasa loya nak pengsan semua ada. Penyakit anxiety aku datang lagi ditambah dengan social anxiety. Sumpah aku penat nak hadap penyakit ni.
Sometimes aku rasa macam nak menangis je. Aku nak enjoy bila aku keluar jalan jalan tetapi disebabkan anxiety, aku tak boleh enjoy. Orang lain akan cakap anxiety hanya penyakit biasa, tidak bawa maut. Tetapi hanya pesakit yang tahu macam mana rasanya.
Hanya satu cara untuk kurangkan semua tu. Aku tarik nafas dalam dalam lalu dilepaskan dengan perlahan sebanyak tiga kali. Aku cuba untuk melupakan perasaan ini dengan melihat sekeliling. Didalam sini agak ramai orang.
Kami berhenti di sebuah lukisan. Sayangnya aku tak boleh fokus. Nafasku sudah tidak teratur lagi. Terasa seperti sesak nafas.
"Hyunjin I'm sorry"
Sebaik saja meminta maaf dengannya, aku terus cari jalan keluar. Malangnya aku tak jumpa. Come on. Badanku sudah rasa lain. Aku ingin cepat pergi dari sini. Dan tiba tiba ada satu tangan menarikku. Tidak lama selepas itu aku nampak jalan keluar.
Selepas dapat keluar dari situ, aku rasa lega sikit. Dan aku baru perasan orang yang tarikku keluar adalah Hyunjin. Sejujurnya aku rasa bersalah pada dia.
"Sorry sebab ajak awak datang sini. Saya baru teringat awak cakap awak anti-social. Sekarang saya dah faham kenapa awak cakap macam tu"
Aku menggeleng kepala.
"Bukan salah awak. Salah saya sebab setuju. I thought I was going to be fine. But I messed up again" kataku dengan penuh penyesalan. Menyesal sebab setuju.
"Social Anxiety Disorder?"
Aku mengangguk. Dia perhati aku ke tadi?
"Macam mana awak tahu?" soalku ingin tahu.
"Junkyu. He used to be like you. But now he's fine"
Lah Junkyu. Serius dia pernah hadap Social Anxiety Disorder. Tak sangka pula.
"Awak okey tak ni Darlene. Saya risaulah"
Dia orang first yang tahu pasal penyakitku. Dan dia juga orang pertama yang risau pasal aku. Terharu aku.
"Dah okey dah sikit" jawabku untuk tenangkan dia semula.
...
YOU ARE READING
Heart Of Stone | HWANG HYUNJIN
ChickLit"Tak nak juga. Awak pergilah ajak orang lain. Awak kan hotstuff. Ajak seorang, dua puluh orang auto beratur dekat belakang" "Tapi saya nak awak yang ikut. Ingat. Awak ada hutang dengan saya" "Awak tengok muka saya macam kisah ke?" "Jadi betul apa y...