Selepas tamat kelas tadi, aku terus ajak Gowon shopping dress dan sepasang heels. Aku baru teringat malam ini event nya. Kelam kabut aku pergi cari dress. Dalam almari dirumah tak ada langsung dress untuk event. Sebab aku tak pernah hadir acara seperti itu.
Pukul 7 malam aku bersiap siap. Dress yang baru dibeli tadi disarung pada tubuhku. Sehelai dress hitam yang berlengan suku. Labuhnya separas paha. Bahagian bawahnya agak kembang. Dan seluruh dress itu mempunyai garisan garisan yang diperbuat daripada silver glitter. Dress ini nampak sangat shining.
Rambut dibiarkan terlepas kebawah. Sedikit rambut disisi kiri dan kanan dibawa ke belakang telinga. Yang selebihnya dibiarkan terlepas. Aku hanya letak light make up pada wajahku. Tak suka over sangat sangat.
"What the-"
Reaksi adikku Melissa sebaik saja aku keluar dari bilikku.
"Apa benda kau"
"My sister Darlene. You look hella gorgeous with that dress"
Ceh! Over. Puji ke sindir. Bukan boleh percaya sangat si Melissa ni.
"Thank you. Esok aku lanja kau air mineral" kataku dengan wajah datarku. Dia terus menarik muka lepas aku cakap macam tu.
"Blah la kau"
Amboi usir aku pulak. Tak padan dengan kecil. Haih! Melissa Melisaa.
Bunyi notification kedengaran. Aku terus melihat skrin telefon. Nampaknya Hyunjin sudah sampai. Aku sarung heel yang aku beli tadi.
"Gorgeous"
Perkataan pertama yang keluar dari mulut Hyunjin sebaik saja aku masuk kedalam keretanya.
"Awak pun. Saya ingat prince mana tadi"
Dia cuma senyum.
Hampir 20 minit memakan masa untuk sampai disana. Event itu dijalankan di hotel rupanya. Ramai tetamu yang hadir. Semuanya orang ternama. Tiba tiba aku rasa kecil.
"Jom"
Hyunjin membuka sedikit lengannya. Aku terus paut. Kami berjalan masuk kedalam hotel. Sebelum masuk kedalam hall, Hyunjin menyerahkan kad undangan. Dan selepas itu kami masuk kedalam hall. Pertama kali aku datang event yang mewah macam ni.
Setelah memberi tahu nama pada petugas disitu, dia membawa kami ke sebuah meja.
"Selalu ke awak datang event macam ni?"
"Selalu jugak lah kena paksa dengan my bro untuk attend event macam ni"
Aku mengangguk ngangguk. Nampaknya Hyunjin bukan calang calang orang.
Tepukan gemuruh kedengaran. Marcella berjalan naik ke atas pentas. Wah! Dia nampak lagi cantik in real life. Her beauty is no joke. Setahu aku dia bukan sahaja penulis ternama, tetapi juga model terkenal. Tengoklah badan lawa dia tu.
"Cantiknya Marcella!" pujiku dengan teruja.
"I know right. But you're pretty as well. More than Marcella"
Aku terus matikan senyuman lalu pandang dia.
"Awak tengah sindir saya ke?"
Aku tayang muka tak puas hati. Ada ke patut samakan aku dengan Marcella. Siap cakap aku lebih cantik dari Marcella pulak tu.
"Inilah masalah perempuan. Kita jujur, dia cakap sindir pulak"
Aku tergelak. Sentap pulak si Hyunjin ni. Comel je.
"Bunyi macam pernah date ramai perempuan je"
Dia terus pandang aku. Wajah dia tak nampak marah langsung. Sebaliknya dia tersenyum penuh makna. Aku pandang dia semula.
"What? Saya salah cakap ke? Kalau macam tu I'm sorry"
Aku pandang kedepan semula. Marcella tengah bagi ucapan. Nampak macam masih lama.
"I smell jealousy" katanya selamba.
"Siapa jealous?" soalku.
"Awak"
Sangat sarkastik. Eh eh! Suka hati cakap aku jealous.
"Saya curious not jealous. Yelah muka helok macam awak ni, tipulah kalau tak pernah ada girlfriend sebelum ni"
Dia ketawa perlahan. Apa yang lucunya pun tak tahu.
Lima belas minit majlis berlangsung, sudah rasa seperti satu jam. Panjang betul ucapan Marcella. Sehinggakan aku terpaksa sandar kepalaku pada bahu Hyunjin sebab terlalu lenguh. Dia juga buat benda yang sama. Kepalanya diletakkan diatas kepalaku.
Tidak lama selepas itu, tamat sudah majlis pertama malam ini. Sekarang semua tetamu boleh ke hall sebelah untuk melihat lukisan lukisan yang dihasilkan oleh Marcella.
Hyunjin pula tarik aku ke tempat Marcella. Aku agak terkejut tetapi aku ikut juga.
"Sis tak salah tengok kan? Hyunjin datang event sis"
Hyunjin cuma senyum. Aku pula yang nervous. Tengok dekat dekat macam ni lagi cantik. Dengan body model dia lagi. Minat teroks.
"Sebenarnya Hyunjin datang sini sebab nak minta tolong sis sikit"
Dan tiba tiba Marcella pandang aku.
"Boleh. Tapi bagitahu sis dulu siapa girl sebelah Hyunjin"
Aku hanya mampu senyum sambil pandang Hyunjin. My introvert side can't relate. Memang aku tunggu Hyunjin buka mulut.
"She's Darlene. My friend" jawab Hyunjin.
Aku nampak Marcella mengangguk ngangguk. Wajah dia nampak tak puas hati dengan jawapan Hyunjin.
"A special one?" soal dia lagi.
Dengan perlahan Hyunjin mengangguk.
"Got it! Now bagitahu sis apa yang perlu sis tolong" soal Marcella.
"I want some of your masterpiece. Actually Hyunjin ditugaskan untuk organize art exhibition festival tahun ni. So kalau boleh Hyunjin nak beberapa lukisan sis untuk dipamerkan disana"
"I see. Then take them away. Choose any of them"
Wah! Tak ku sangka sesenang ini untuk dapatkan lukisan pelukis terkenal. Atau mungkin dia rapat dengan Hyunjin. Jadi tak hairanlah Hyunjin nampak yakin masa hari first meeting hari tu.
...
![](https://img.wattpad.com/cover/291644459-288-k149866.jpg)
YOU ARE READING
Heart Of Stone | HWANG HYUNJIN
ChickLit"Tak nak juga. Awak pergilah ajak orang lain. Awak kan hotstuff. Ajak seorang, dua puluh orang auto beratur dekat belakang" "Tapi saya nak awak yang ikut. Ingat. Awak ada hutang dengan saya" "Awak tengok muka saya macam kisah ke?" "Jadi betul apa y...