🎨 22

75 7 0
                                    

Selepas kejadian tadi, aku sambung semula niat awalku datang kesini. Didepanku sekarang ada sebuah kertas lukisan yang bersaiz besar. Begitu juga Hyunjin. Aku masih fikir nak lukis apa. Susah kalau tangan tidak berbakat seperti aku ni.

"Awak dah idea nak melukis?" soalku.

"Actually saya nak lukisan kita nampak seperti satu lukisan"

Otakku terus loading. Cuba untuk mencerna kata katanya. Dia tarik kertas lukisanku rapat dengan kertasnya.

"Maksudnya, bila lukisan itu diletakkan macam ni, dia akan nampak seperti satu. Even mereka terpisah atau dipamerkan di tempat yang berasingan, mereka tetap akan nampak satu"

Aku sudah faham. Dan maksudnya sangat mendalam. Otakku tafsir benda lain. Hati tafsir benda lain.

"Tapi saya tak tahu benda apa yang sesuai" sambungnya lagi.

Aku melihat sekeliling. Agak agak benda apa yang sesuai. Dan mataku berhenti tepat pada tanganku.

"What about hand?"

Aku mengangkat tanganku dengan wajah excited.

"Sounds great! Tangannya digenggam dengan erat" tambahnya pula.

Aku mengangguk. Macam menarik je.

"Saya lukis tangan awak, dan awak lukis tangan saya. Saya separuh, awak separuh"

Okey rasanya aku dah boleh bayang rupa lukisan itu. Tetapi masih ada masalahnya. Even boleh bayang, kalau tak pandai lukis tak guna juga.

"Dah kenapa muka murung macam tu. Tak pandai lukis, saya ajar kejap lagi"

Aku mengangguk juga. Sebenarnya aku tak yakin dengan diri aku.

"Now awak duduk atas meja sana. Tangan awak make sure biarkan tergantung di hujung meja" arahnya.

Aku mengikut. Nampaknya kebas tangan aku kejap lagi.

"Lama tak?" soalku. Dia tergelak sambil mengangkat bahu.

"Saya tak sure lagi"

Aku melepaskan nafas beratku. Selepas aku duduk, dia start melukis. Sebelah tangan main telefon. Lama kelamaan mula bosan. Aku meletakkan kepala diatas sebelah tangan lagi.

"Don't sleep. Tak adil kalau awak tidur, saya kena buat kerja"

Aku tergelak. Haih! Time time macam ni memang berat mata. Dah tak mampu nak buka. Suasana dalam studio juga diam dan tenang. Dan selepas itu aku sudah tidak sedar.

Hyunjin yang melihat Darlene tidur dengan nyenyak hanya mampu senyum. Lukis tangan memang simple tapi nak jadikan dia lukisan terbaik, kenalah ambil masa yang lama. Memerlukan ketelitian.

Selepas siap melukis, dia berhenti seketika. Untuk mewarnakan lukisan ini juga perlu mengambil masa. Jadi dia berhenti untuk rehatkan tangan. Darlene yang sedang tidur dipandang. Sangat nyenyak.

Dia duduk berhadapan dengan Darlene. Wajah Darlene hanya separuh kelihatan kerana separuh lagi ditutup dengan tangannya. Dengan perlahan dia turut meletakkan kepalanya diatas meja. Kini wajahnya dengan Darlene berhadapan.

Bukan senang untuk menatap wajah Darlene sedekat ini. Jadi dia tidak akan sia siakan kesempatan ini. Wajah Darlene nampak seperti bayi ketika tidur. Terbukanya mata cantik ini, terus memancarkan kedinginan dalam dirinya. Mata ini tidak pernah pancar kebahagiaan. Dia boleh nampak semua itu.

Biarpun perempuan ini selalu tersenyum bersama sahabat sahabatnya, dia yakin itu cuma berpura pura kerana tidak ingin disoal oleh mereka.

Pertama kali dia melihat Darlene, bukan di atas jalan raya dimana dia hampir hampir melanggar Darlene. Tetapi di tempat lain.

"Awak memang tak ingat saya langsung ke Darlene"

Dia menyelit rambut Darlene ke belakang telinga selepas ditiup oleh angin.

"I hope you'll remember me. Soon"

Lama dia menatap wajah Darlene sebelum dia memutuskan untuk sambung mengerjakan lukisannya.

...

Heart Of Stone | HWANG HYUNJINWhere stories live. Discover now