🎨 30 [END]

134 12 4
                                    

Our first date. Dia ajak aku datang mall. Katanya ada something important yang dia nak aku tahu. Sebelum masuk sini tadi, aku dah tarik nafas banyak banyak. Cuba untuk bertenang. Hari ni bukan weekend. Jadi aku sedikit lega. Tetapi dia tetap rasa lain.

"Awak okey tak ni?" soal Hyunjin disebelah. Mungkin dia perasan aku tak sudah sudah tarik nafas dan lepas.

"Saya okey. Jangan risau"

Aku cuba meyakinkan dia. Aku tak nak spoil mood dia. Dari raut wajah dia, jelas yang dia tengah excited nak bagitahu aku something.

Dia tarik kepalaku dengan perlahan dan kemudian dahiku dicium dengan lembut. Gosh! Tempat public kot. Malu aku.

"Awak tu jangan risau. Saya akan selalu ada sebelah awak"

Dia genggam tanganku dengan erat. Kami berjalan dengan berpegangan tangan dengan erat. Sampai di sebuah brand store, aku automatik berhenti. Hyunjin disebelah auto berhenti juga.

"Not this store" kataku sambil menggeleng kepala.

"Why sayang?" soal dia dengan lembut.

"Saya pernah kerja as a part timer. Malulah nak jumpa dengan kawan kawan didalam sana" jelasku. Dia cuma senyum.

"Don't worry lah. Dalam store ni semuanya orang baru"

Aku melihat kedalam brand store ni. Hyunjin betul. Semuanya new face. Kawan kawan aku dulu sudah tiada. Dia tarik aku masuk kedalam.

Aku masih ingat tempat ini. Best kerja sini. Aku pergi ke bahagian kasut perempuan. Tempat dimana aku kerja dulu. Masa duduk sini aku suka cuci mata tengok anak teruna orang. Bukan aku sorang. Masih ramai lagi.

"Do you remember this place?" soal Hyunjin dan aku mengangguk.

"Too much memories" jawabku.

Dia melangkah kearah bahagian baju lelaki. Jauh dari tempat aku berdiri sekarang. Tetapi aku masih nampak muka dia dari jauh. Dan selepas itu semuanya bagaikan dejavu. Damn! Seriously. Kenapa baru sekarang aku ingat.

Dia adalah salah seorang lelaki yang aku suka tengok dulu. Tak crush pun dengan dia sebab aku ada dengar gosip yang dia sudah berpunya. Jadi aku hanya melihat sebab dia mempunyai wajah yang hensem. Nampak tak bertapa ulat bulunya aku dulu.

"It was you?"

Dia mengangguk sambil berjalan datang kepadaku semula.

"You remember now"

Aku mengangguk.

"Kita selalu main mata dulu"

Aku tergelak. Seriously aku suka tengok dia sampai ada sekali tu terkantoi. Bila aku tengok dia, dia pandang aku balik. It was embarrassing moment ever.

"Tapi saya je yang selalu tengok awak. Awak tak tahu pun saya wujud"

Aku pura pura sedih. Nak sedih apa bendanya. Dia ada girlfriend dulu. Jadi aku tahu aku tak ada chance even hanya nak bercakap.

"Awak salah. Saya selalu tengok awak sebenarnya sampai kawan kawan saya warning yang saya dah ada girlfriend"

Aku tergelak. Sampai kena warning dengan member sendiri. Hyunjin Hyunjin. Tapi aku happy lepas dia bagitahu dia juga selalu pandang aku.

"Dan lukisan yang awak nak sangat pamer tu, it was your hand actually"

Okey yang ni aku terkejut. Tangan aku? Bila pandang tangan sendiri, nampak jam tangan yang aku tengah pakai sekarang. Memang 100% sama macam dalam lukisan itu. Baru sekarang aku sedar.

"Awak duduk berdiri disini sambil menyusun beberapa kasut. Pada saat itu saya lalu bersama kawan kawan saya. Hari itu juga, balik dari kerja saya terus lakar"

Tersentuh aku mendengar. Siapa sangka kami pernah bertemu walaupun tidak bertegur sapa. Dan yang peliknya kenapa aku boleh tak ingat dia langsung. Sejujurnya aku bukan yang jenis cepat lupa dengan seseorang.

"Patutlah wajah awak familiar. Tapi memandangkan perangai awak annoying time kita baru jumpa, saya malas nak fikir pasal awak. Even time tu saya nak tahu sangat pasal awak"

Dia senyum.

"Nevermind. You're mine now" katanya selamba.

Aku membuat muka lalu melangkah keluar dari store itu. Dia turut mengikutku. Kami keluar dari mall dan pergi ke tempat lain. Aku ada cakap aku okey kalau dia nak stay dalam mall lagi. Tapi dia lebih pentingkan aku. Dia tahu aku tak boleh stay lama lama.

Jadi disinilah kami. Di depan sebuah laut. Disini merupakan tempat yang ramai orang selalu pilih untuk berjoging. Sebab di sebelahnya merupakan laut.

"Bestnya dapat rasa angin macam ni" kataku dengan teruja.

"Lagi best sebab datang dengan awak"

Aku terus pandang Hyunjin. Boleh pula dia bagi pickupline macam tu. Tak habis habis keluarkan ayat sweet dia.

"Hyunjin boleh tak awak promise dengan saya satu benda?" kini aku mula serius.

Hyunjin masih diam menanti apa yang aku akan cakap.

"Even we're not last forever, don't say sorry to me"

Senyuman Hyunjin terus hilang. Bukan niatku untuk spoil mood hari ni tapi aku cuma ingin berpesan.

"Kalau itu permintaan awak, saya akan ikut tapi..."

Dia melangkah setapak untuk mengikis jarak diantara kami.

"...saya nak awak tahu yang saya tidak akan biarkan semua itu terjadi. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi yang pertama dan terakhir untuk awak"

Aku sangat tersentuh sehingga aku rasa macam nak menangis. Adakah aku layak untuk Hyunjin? Macam mana kalau aku gagal jadi yang terbaik untuk dia.

Kami sama sama menikmati pemandangan laut di hadapan. Rasa tenang je dengar bunyi laut.

"Awak tahu ada satu benda mengerikan yang Gowon beritahu saya"

Hish! Minah ni. Aku rasa dia memang plan nak nak mati awal ni.

"Iye? Benda apa?" soalku. Ingin tahu juga.

"She said you wish that your heart was made of stone. So that awak tak rasa apa bila keadaan sekeliling awak dipenuhi dengan masalah"

Aku tersenyum hambar. Dia betul. Itu adalah permintaan yang aku nak sangat terjadi.

"Lepas dapat tahu awak benci cinta, awak buat semua lelaki tak wujud dalam dunia ni, saya anggap hati awak sudah separuh jadi apa yang awak wish"

"Saya mungkin tiada kesempatan lagi. Lepas awak confess semua, wajah saya mungkin nampak tenang. Tetapi didalam hati sangat lega dan bersyukur"

"Saya juga lega permintaan saya tidak dikabulkan. Hidup tanpa masalah ni boring sebenarnya. Instead of lari dari masalah, apa salahnya kalau kita hadap. Rasa sakit hati cuma sekejap. That's a life"

"Setuju!"

"Come. Let me give you a warm hug ever"

Dia tarik aku kedalam dakapannya. Aku masih belum percaya aku tengah peluk seorang lelaki. Semuanya masih baru untukku. Aku harap Hyunjin adalah lelaki yang memang ditakdirkan untukku.

End

Heart Of Stone | HWANG HYUNJINWhere stories live. Discover now