Jam menunjukkan pukul 8 malam. Akhirnya selesai juga dengan dibantu oleh Hyunjin. Dia mengajar semuanya. Dari melakar sehinggalah mewarnakan lukisan ini. Aku sangat puas dengan hasil kerjaku. Hyunjin meletakkan lukisanku dengan lukisannya bersebelahan.
Connect! Lukisan ini menjadi satu. Bila digabungkan, lukisan tanganku dan tangan Hyunjin menggenggam dengan erat. Sangat cantik.
"Your name" katanya tiba tiba.
"Nama saya?" soalku.
Dia menunjukkan namanya pada bawah lukisannya. Baru aku faham. Layakkah namaku ada bawah lukisan ni.
"Tapi kita buat bersama sama"
Dia menggeleng kepalanya.
"90% lukisan ni, awak yang buat. Jadi nama awak layak ada pada bawah lukisan ni"
Aku rasa berat hati untuk tulis sebab aku rasa tak layak. Tapi memandangkan Hyunjin cakap macam tu, aku tulis juga namaku bawah lukisan ini.
Selepas menutup lukisan kami dengan kain putih, kami berkemas kemas untuk pulang. Pertama kali aku berada di universiti selewat ini. Kalau Hyunjin mungkin sudah terbiasa.
"I'm starving" kata Hyunjin tiba tiba.
"Saya juga actually"
Dan kami ketawa.
"Sudi tak awak dinner dengan saya malam ni?"
Aku menampar perlahan lengannya.
"Tak yahlah sampai macam tu sekali"
Malu aku dibuatnya. Nasib muka tak merah.
"Sudi ke tak?" soalnya lagi.
"Iye saya sudi" dengan terpaksa aku menjawab.
Dia ada tanya aku kalau aku rasa nak makan something. Dan dia akan ikut je. Jadi disinilah kami. Subway Cafe menjadi pilihanku. Tak salah aku ada menu baru. Jadi aku nak cuba.
Selepas siap order, kami duduk disebuah meja. Sementara menunggu makanan, masing masing bermain fon. Siapkan lukisan punyal pasal, sampai tak sempat nak tengok fon. Mana tahu ada news yang terlepas.
"Hell yes Darlene! Saya hampir lupa"
Aku letak telefon selepas melihat dia mengeluarkan sebuah sampul dari begnya. Dia hulurkan pada aku. Aku mengambil lalu membukanya.
Marcella Art Exhibition
Isinya merupakan kad undangan. Nama ni macam familiar. Wait. Tak kanlah.
"Serius?"
Dia mengangguk. Wah! Seriuslah. Aku baru teringat, Marcella atau nama sebenarnya Naeun, merupakan pelukis ternama.
"Jadi awak plan nak dapatkan lukisan dia?" soalku.
"Yup! Kita harus pergi event dia. And saya sudah tahu nak buat apa" sangat yakin bunyinya.
"Macam mana awak dapat kad undangan ni?" ini yang aku tertanya tanya sebenarnya.
"From my big bro, Kai. Marcella is his close friend"
Wow! Menarik. Jadi abang Hyunjin merupakan sahabat kepada Marcella. Jadi tak hairan kalau Hyunjin dapat undangan ini.
Bunyi loceng kedengaran. Nampaknya makanan kami sudah siap. Hyunjin melarangku untuk bangun. Dia yang pergi mengambil semua makanan itu.
Selepas semua sudah ada diatas meja, kami mula menyantap. Jujur aku cakap menu baru ni sangat sedap atau mungkin sebab aku lapar. Bila lapar ni, semuanya jadi sedap.
"Bapak ah! Makan tak ajak kitorang sekali"
Jaemin datang. Sudah semestinya bersama Junkyu. Asyik berkepit je dua orang ni. Pergi mana mana mesti berdua.
"Semak ah korang! Ganggu aku tengah date dengan Darlene" wajah Hyunjin tak puas hati.
Jaemin pula membuat muka. Dengan selamba dia duduk sebelahku.
"Sejak bila kau berdua rajin keluar makan pulak ni" sindir Hyunjin.
"Biasa ah. Rumah kitorang tak ada dalam maps. So food panda tak dapat detect" jawab Junkyu selamba.
"Kepala hotak kau! Blah ah sana. Menyemak" kata Hyunjin.
Haih! Lelaki kalau bercakap memang macam ni ke?
"Darlene ku sayang. Please makan banyak banyak okey. Awak tu kuyus" kata Jaemin sambil senyum pada aku. Haih! Dah kenapa mamat ni.
"Kau blah sekarang" kata Hyunjin lagi.
"Tak nok! Kafe ni bukan kau punya. Suka hati ah kitorang nak duduk mana sekalipun" bidas Junkyu. Aku tahu mereka berdua sengaja nak sakitkan hati Hyunjin.
Sudahnya, Jaemin dan Junkyu duduk bersama aku dengan Hyunjin. Haih! Tiga sahabat ni. Laga kepala masing masing baru tahu.
...
YOU ARE READING
Heart Of Stone | HWANG HYUNJIN
ChickLit"Tak nak juga. Awak pergilah ajak orang lain. Awak kan hotstuff. Ajak seorang, dua puluh orang auto beratur dekat belakang" "Tapi saya nak awak yang ikut. Ingat. Awak ada hutang dengan saya" "Awak tengok muka saya macam kisah ke?" "Jadi betul apa y...