Hari yang ditunggu sudah pun tiba. SQ Day. Aku dengan yang lain sudah berada didalam exhibition. Last check sebelum dibuka. Lukisan Marcella diletakkan di main spot. Tak sabar nak tunggu reaksi pengunjung.
"Korang semua sudah bekerja keras. Terima kasih sudah jayakan exhibition ni"
Last word from Hyunjin yang merupakan leader team. Dia melagakan buku tangan dengan semua orang.
"Kami juga berterima kasih dengan senior sebab sabar dengan perangai kami dan senior juga menerima pendapat kami dengan baik"
Guanlin berkata. Sememangnya Hyunjin layak mendapat pujian itu. Dia tidak menunjukkan panas barannya langsung. Dia sangat sabar. Kontra dengan aku. Panas baran aku can't relate. Sedaya upaya aku control.
"Sama sama. You guys free today" sambung Hyunjin lagi.
Mereka semua melangkah pergi sebaik saja Hyunjin memberi arahan. Lagi 15 minit akan dibuka. Aku berjalan jalan sekeliling untuk melihat lukisan lukisan yang sudah tergantung. Hyunjin turut ikut aku.
Mataku terpandang sebuah lukisan. Mataku terjegil. Aku sudah excited. Aku terus menoleh ke sebelah melihat Hyunjin.
"Lukisan ini siap!" kataku dengan teruja.
Hyunjin senyum melihat telatah aku yang seperti kanak kanak Ribena. Aku sangat teruja melihat lukisan yang aku nak sangat dipamerkan disini. Tapi sekejap. Kenapa aku rasa jam tangan yang dipakai orang didalam lukisan ini sangat familiar.
Masa pertama kali aku melihat lukisan ini, masih belum perasan. Bila dah siap sekali dengan warna baru aku nampak familiar. Bukan setakat jam tangan familiar, tangan orang ini juga nampak macam kenal. Aku terus pandang jari jari tanganku.
"Tak mungkinlah kan. Banyak spesies tangan macam saya" kataku akward. Perasan kau Darlene.
Hyunjin cuma diam. Aku pandang lagi lukisan itu. Nama pada bawah lukisan ini sangat mengejutkan aku.
"I think I need some explanation from you Mr"
Hyunjin berdehem. Wajahnya jelas sekali nampak seperti dibuat buat tenang.
"You're right. That was me"
Aku pura pura marah dengan dia.
"Sampai hati awak tak bagitahu saya"
"Lukisan ni is too special for me. Sampai saya tak nak pamerkan pada orang lain. Saya sengaja ambil masa yang lama untuk siapkan sebab saya nak lukisan ni nampak perfect"
"Tapi saya tak sangka awak nak lukisan ni dipamerkan disini. Bila tengok wajah excited awak, saya tak sampai hati nak tolak permintaan awak. Dua hari saya tak tidur sebab nak siapkan lukisan ni"
Aku nampak wajah letih yang dia sengaja buat buat. Siap urut belakang leher lagi. Aku tahu dia penat siapkan semua ni tapi tak yahlah over macam tu.
"Hmm cian awak. Nak saya tolong dukung awak ke?" aku soal soalan yang bodoh. Saja nak provoke dia.
Dia pula dengan selamba menoleh ke arah lain.
"Adorable"
Aku tergelak. Comel apa bendanya lah macam ni.
Akhirnya pintu hall dibuka. Aku dengan Hyunjin agak terkejut melihat ramai yang tengah beratur diluar. Macam nak masuk konsert aje gayanya. Tapi ini art. Aku tak sangka ramai yang suka tengok pameran lukisan. Atau mungkin penangan Hyunjin.
Kami berjalan dikerumunan ramai umtuk melihat reaction pengunjung. Lega aku bila aku tengok mereka semua berpuas hati. Ada yang tengah mengambil gambar. Dan sudah tentunya ramai orang berkumpul di main port. Aku assume mereka semua peminat Marcella.
"Saya nak pergi tengok Gowon. Awak nak stay sini ke?" soalku.
Bukannya apa. Aku perasan ada beberapa orang perempuan tengah pandang Hyunjin. Mungkin mereka peminat Hyunjin. Jadi aku tak nak ganggu. Mereka pasti menunggu aku untuk pergi supaya senang mereka nak berbual dengan Hyunjin.
"Let's go together"
Aku tak banyak soal. Kami melangkah keluar dari dewan. Gowon ditugaskan bersama Haechan iaitu di horror house. Itu semua kerana Haechan yang beritahu Sunwoo untuk letakkan dia dan Gowon satu team.
Dari sini aku boleh dengar orang tengah menjerit. Yang tengah merengek tak nak masuk pun ada. Majoriti yang datang bersama pasangan. Salah seorang daripada mereka tidak mahu masuk.
"Damn! Witch?"
Aku mula teruja. Gowon memakai kostum ahli sihir manakala Haechan memakai kostum dracula.
"You know how much I love witch"
Gowon sengaja pose depan aku. Dah macam model dah aku tengok.
"Sebab aku tahu kau suka, aku pakai. Nak bagi kau jealous"
Bersama dengan itu aku menampar bahunya. Kan dah kena setepek.
"Dasar witch!" kataku selamba.
"Kau nampak ni"
Gowon mengangkat penyapu ahli sihirnya.
"Kalau sampai belakang badan kau, sakit aje yang kau dapat nanti"
Aku tergelak. Tak habis habis ugut. Tapi aku sukalah tengok. Aku sangat suka dengan ahli sihir. Lagi lagi ahli sihir dalam movie Shrek.
Disini juga ramai orang yang tengah beratur. Ada juga yang tengah bergambar dengan Gowon dan Haechan.
"Ada nak ikut saya tak?" soal Hyunjin tiba tiba.
"Pergi mana?" soalku pula.
"Pergi tengok dua orang mamat poyo"
Aku loading sekejap. Dan selepas itu aku faham maksud dia. Mamat poyo yang dimaksudkan Hyunjin sudah semestinya Jaemin dan Junkyu.
"Jom"
Kami masuk kedalam sebuah hall. Sebelum masuk tadi sangat ramai yang tengah beratur. Memandangkan orang yang tengah menjaga pintu masuk kenal Hyunjin dan aku, mereka beri kami masuk. Lagipun kami memakai kad yang bertulis staff. Memang boleh access masuk ke mana mana je.
Jaemin dan Junkyu berada diatas stage. Masing masing memegang microphone.
"Everyone! Our best buddy Hyunjin dengan Darlene Mavis in the house! Shout to them!" kata Junkyu.
Hyunjin sudah membuat muka. Mana taknya, semua orang auto toleh bila Junkyu jerit dengan microphone macam tu.
"Saya rasa semua orang sudah kenal siapa Darlene Mavis. Betul tak?" Jaemin bersuara. Aku rasa macam nak naik atas pentas pergi sepuk kepala dia.
Dan sorakan penonton yang mengiyakan mengejutkan aku. Serius lah mereka semua kenal aku. Setahu aku majoriti didalam hall ini adalah orang luar.
"I know right. Darlene Mavis is quite famous" kata Jaemin lagi.
"No! She's super famous actually" kata Junkyu pula.
Aku semakin geram. Suka hati aje cop aku macam tu.
"Since everyone is here, kami berdua nak clarify satu benda"
Aku menunggu kata kata Jaemin selanjutnya. Bunyi macam serius.
"Darlene Mavis. She's not arrogant as you all see. She has a good heart"
What the...apa benda ni. Tak perlulah cakap macam tu. Lantaklah mereka nak judge aku apa pun. Tak penting pun.
"Don't misunderstand her face" sambung Junkyu pula.
"Actually ini bukan saja permintaan kami berdua, ini juga permintaan hotstuff korang yang disana"
Aku terus menoleh ke arah Hyunjin. Ini juga permintaan dia?
...
YOU ARE READING
Heart Of Stone | HWANG HYUNJIN
ChickLit"Tak nak juga. Awak pergilah ajak orang lain. Awak kan hotstuff. Ajak seorang, dua puluh orang auto beratur dekat belakang" "Tapi saya nak awak yang ikut. Ingat. Awak ada hutang dengan saya" "Awak tengok muka saya macam kisah ke?" "Jadi betul apa y...