Patutkah aku bagitahu dia. Kalau aku share dengan dia, aku perlu beritahu dari awal hingga akhir. Even sahabat sahabatku tak tahu pasal ini. Dan aku tidak menyusahkannya ke? Haih! The perks being an INFJ a.k.a the world rarest personality. Sebelum buat sesuatu aku akan fikir habis habisan.
"It's okay kalau awak belum ready. Saya just tanya, mana tahu awak nak share beban awak dengan saya"
See. Aku tak nak bebankan orang lain. Mereka juga ada masalah mereka sendiri. Itulah sebabnya kenapa aku tak pernah share dengan sahabat sahabatku.
"Maybe saya tak mampu tolong awak. Tetapi saya boleh jadi pendengar awak"
Aku tersenyum hambar. Dia meletakkan satu tangan diatas pemegang kayu manakala satu tangan lagi dia gunakan untuk tongkat kepalanya. Matanya memandangku.
"Since my parents divorced actually"
Tahan Darlene. Kau cuma perlu bercerita. Tak perlu menangis. Malulah menangis depan orang.
"You got anxiety from that event?"
Aku mengangguk dengan perlahan. Mataku sudah berair.
"Before they divorced, setiap hari mereka bergaduh. Sometimes saya terpaksa dengar, sometimes saya pasang lagu dengan kuat supaya tak dengar"
"I got a lot of stress from that. Lepas my dad keluar dari rumah, setiap malam saya menangis. Saya mula takut kehilangan ahli keluarga saya. Especially my mom"
Bila terfikirkan mama, air mata terus mengalir.
"Hampir setiap malam penyakit itu datang menyerang and I don't know how to control them. Saya terpaksa tahan seorang seorang. Saya tak bagitahu my mom sebab saya tak nak tambahkan beban dia"
"Bila terfikirkan masa masa itu, saya tak boleh percaya yang saya pernah lalui semua tu"
"You're strong Darlene" Hyunjin mengangkat tangannya mengusap kepalaku.
"You know what's the worst thing. Saya tak boleh stop sayangkan my dad"
Air mataku lagi laju mengalir keluar. Ditambah pula dengan pandangan sayu Hyunjin. Dia mesti kesiankan aku.
"Even dia tidak pernah ambil kisah pasal saya. No calls, no text. Jumpa apatah lagi. Tetapi rasa sayang terhadapnya tetap ada. Dan sekarang saya semakin ragu sama ada dia masih sayangkan saya ataupun tidak"
Dengan perlahan dia tarik aku kedalam dakapannya. Belakang badan dan kepalaku diusap. Aku semakin teresak didalam dakapannya.
"Awak perempuan paling kuat yang pernah saya jumpa Darlene. Awak berjaya lalui semua itu on your own"
"Tapi saya penat awak"
"I know. Mulai sekarang you can call anytime awak perlukan saya. Saya akan selalu available untuk awak"
Lama kami dalam posisi itu. Selepas dia melepaskan tubuhku, aku tenangkan diri semula. Air mata dilap. Aku sudah buat keputusan. Dan aku sudah fikir masak masak dengan keputusanku.
"Memandangkan awak sudah dengar semua cerita saya, i guess you're officially my friend now"
Dia terus pandang aku. Dia terdiam. Mungkin dia tak sangka aku akan cakap macam tu.
"So saya rasa kita patut berkenalan lagi. Saya Darlene Mavis"
Aku hulurkan tangan untuk bersalam. Agak lama sebelum dia menyambut tanganku.
"Saya Hwang Hyunjin"
Dan selepas itu kami ketawa. Agak akward. Tapi bagiku situasi sekarang sangat lucu.
"Finally awak terima saya sebagai kawan awak"
Aku menggeleng kepala dengan perlahan.
"I'm not that special. Awak boleh stop excited. Sepatutnya saya yang lebih happy sebab dapat kawan dengan awak"
"Kenapa pula?" dia tayang muka tanda tanya.
"Awak kan hotstuff universiti. Beruntung saya ada kawan yang femes"
"Stop it Darlene"
Aku ketawa. Tahu pun tak suka bila orang sakat dia.
...
YOU ARE READING
Heart Of Stone | HWANG HYUNJIN
Чиклит"Tak nak juga. Awak pergilah ajak orang lain. Awak kan hotstuff. Ajak seorang, dua puluh orang auto beratur dekat belakang" "Tapi saya nak awak yang ikut. Ingat. Awak ada hutang dengan saya" "Awak tengok muka saya macam kisah ke?" "Jadi betul apa y...