🎨 13

75 10 0
                                    

Sebaik saja aku menolak pintu rumah, suara mama dengan adikku Melissa kedengaran di ruang tamu. Aku ada dengar mereka sebut pasal daddyku. Aku mengeluh lagi. Masalah apa pula kali ni. Penat lah macam ni.

"Lene! Melissa cakap dia ada nampak daddy kamu dengan perempuan tu lagi"

Perempuan yang dimaksudkan mama itu adalah perempuan yang menghancurkan perkahwinan mamaku. Aku sangat benci perempuan itu. Disebabkan dia aku kena dengar mamaku bercakap pasal dia. Hampir setiap hari. Stres aku dibuatnya.

Aku malas nak masuk campur lagi. Yang dah lepas tu biarlah. Bagi aku penceraian adalah solution terbaik. Buat apa bersama kalau setiap hari bergaduh. Dan aku ingat lepas mereka berpisah, semua dah habis. Rupanya lagi teruk aku kena dengar.

Aku terus ke bilikku. Tapak tanganku sudah berpeluh dan bergetar. Jantung juga berdetak laju. Dia datang lagi. Aku perlu buat sesuatu untuk lupakan pasal tadi. Aku memutuskan untuk bersihkan diri. Selepas selesai membersihkan diri semua, aku pasang lagu kuat kuat. Aku mula buat assingment.

Kau tak yah nangis Darlene. Kalau kau nangis, itu bermakna kau kalah. Kau kalah dengan mereka. Jadi stop fikirkan semua tu. Fokus pada assignment kau!

Disebuah kafe Subway pula, tiga orang lelaki sedang melepak. Masing masing order makanan kesukaan masing masing. Sesekali customer perempuan yang singgah situ, tak lepas pandang mereka bertiga yang sedang makan.

"Kau nak apa suruh kitorang datang sini? Kau tahu kan kami tak suka lepak luar" kata Jaemin.

Hyunjin mengangguk. Dia kenal betul dengan sahabat sahabatnya ini. Personaliti dua dua orang ini hampir sama. Suka lepak rumah atau lebih tepat dalam bilik masing masing. Memang susah untuk ajak mereka keluar lepak atau pergi tempat lain. Ini pun dia puas paksa.

"Tahu. Ala sekali sekala kan. Best apa lepak sini malam malam"

Hyunjin menyedut minumannya.

"Kau nak tahu pasal Darlene Mavis kan?" soal Junkyu tiba tiba.

Hyunjin berdehem. Nampak sangat ke?

"Mana ada" dia cuba untuk berdalih.

Junkyu senyum sinis dan kemudian memasukkan roti kedalam mulutnya.

"Kau jangan lupa mbti kita sama. Aku boleh tahu dari riak wajah kau" sambung Junkyu lagi.

"Fine aku kalah! Kau betul. Aku nak tahu pasal Darlene" Hyunjin mengalah.

"First thing yang kau perlu tahu pasal Darlene. Dia tidak suka dengan lelaki atau lebih tepat terjebak dengan lelaki. Dan dia ada alasan dia sendiri" jelas Jaemin.

Itu membuatkan Hyunjin semakin tertanya tanya. Dia rasa Darlene seorang perempuan yang menarik dan unik.

"Yang satu ni, aku harap kau tak bagitahu siapa siapa. Tiada siapa yang tahu melainkan kami berdua"

Jaemin melihat Junkyu. Mereka tak sampai hati untuk beritahu Hyunjin rahsia Darlene. Darlene sendiri juga tidak tahu mereka berdua tahu pasal ni. Tetapi Hyunjin perlu tahu juga supaya lelaki itu tidak cepat menilai Darlene.

"Her parents divorce"

Hyunjin berhenti makan. Dia tidak menyangka yang satu ini. Dia pernah melihat Darlene bersama Haechan dan Gowon. Darlene nampak bahagia dengan sahabat sahabatnya seperti orang lain. But the truth is she's dying inside.

"Macam mana kau tahu?" soal Hyunjin.

"Junkyu. Dia tinggal tak jauh dengan dengan rumah Darlene"

Hyunjin mengangguk ngangguk. Dia rasa bersalah terhadap Darlene. Bermacam macam dia cakap pada perempuan itu hari tu. Mungkin ini salah satu sebab kenapa Darlene kelihatan dingin dengan kaum lelaki.

"Aku rasa cukup untuk hari ni. Kalau Darlene dapat tahu ni, memang mati kitorang" kata Junkyu.

Hyunjin tersenyum hambar. Takut juga sahabat sahabatnya ini pada Darlene rupanya.

...

Heart Of Stone | HWANG HYUNJINWhere stories live. Discover now