🎨 21

72 8 0
                                    

Sejak aku berkawan dengan Hyunjin, aku lebih sering ke studionya. Hari ini pula aku akan cuba untuk melukis. Sudah tentu Hyunjin menjadi guruku. Sampai di studio, aku melihat beberapa orang perempuan sedang mengelilingi Hyunjin. Masing masing memegang fon. Ada juga yang tengah selfie dengan Hyunjin.

Aku familiar dengan wajah wajah ni. Mereka adalah junior yang baru masuk semester ini. Amboi! Bukan main lagi dia. Femes juga rupanya si Hyunjin. Padahal dia baru pindah sini. Nampak sangat dia sudah femes sebelum masuk sini. Semua orang kenal dia.

Aku terpaksa menunggu di sebelah pintu. Dua orang dari mereka datang ke arahku. Wajah mereka jelas sekali berlagak sombong.

"Darlene Mavis?" soal salah seorang dari mereka.

Aku mengangguk. Wah! Mereka kenal orang tak femes macam aku.

"See. Aku dah cakap perempuan ni Darlene Mavis. Dialah yang senior Sunwoo cakap kurang ajar tu"

Kepalaku sudah berasap. Jantung mula berdetak laju. Sunwoo? Wah! Setan tu memang cari nahas lah.

"Pardon?"

Tiada lagi wajahku yang tenang. Wajah yang aku selalu tayang iaitu dingin tanpa senyuman pula yang aku tunjuk.

"Senior Sunwoo cakap semua lelaki kenal kau. Perempuan sombong acah lawa"

Wah! Dia mengutuk aku. Yang bestnya dia sebar dekat budak junior dulu. Sebab apa dia buat macam tu. Kalau dia sebar pada senior, mereka tak akan layan. Sebab tu dia attack budak budak junior dulu. Somehow aku rasa dia memang lapar penampar aku.

"Aku tak akan pernah minta kau hormat aku sebagai senior. But satu aje aku nak cakap. Mulut kau jangan bagi sama busuk dengan longkang dekat bawah sana. Nanti orang tak boleh beza mana satu longkang, mana satu mulut kau"

Wajah dia sudah tegang. Matanya sangat tajam pandang aku. Dadanya naik turun menahan marah.

"Asal? Koyak?" aku provoke dia lagi.

"Kau yang start dulu. Last last kau sendiri yang koyak" bidasku lagi.

Dia mengangkat tangan untuk memukul wajahku tetapi aku sempat tahan. Aku tak akan biarkan orang macam dia sentuh mukaku.

"Kenapa ni?" Hyunjin menerpa ke arahku bila melihat perempuan ini ingin memukulku.

"Kau diam kenapa. Bagitahu lah idol kau apa yang kau cakap tadi"

Dia menarik tangannya dengan kasar. Matanya juga tidak lepas menjelingku. Aku tayang muka datar padanya.

"Nama kau berdua akan masuk dalam senarai blacklist. Aku akan pastikan kau berdua tak dapat masuk dalam Art Exhibition nanti"

Dia dengan sahabatnya terus keluar dari situ. Yang lain juga keluar dari situ. Masing masing menjeling ke arahku. Lah dah kenapa mereka semua ni. Tak faham aku.

"Apa semua ni Darlene? Perlu ke sampai blacklist nama mereka berdua"

Aku mengeluh. Dah lah masih sakit hati dengan Sunwoo.

"Kalau awak nak membebel nak bela fans awak, saya rasa ada baiknya saya pergi"

Habis hilang mood hari ini. Kenapa lah mereka benci aku sangat. Aku tak ganggu hidup mereka pun.

"Darlene!"

Aku dengar dia panggil. Tapi aku pekakkan telinga sambil melangkah keluar dari studio.

"Darlene!" panggil Hyunjin lagi dengan kuat.

Aku masih tak hiraukan dia.

"Darlene I said stop!" kali ni bunyinya tegas. Aku berhenti melangkah. Dia pusing tubuhku mengadapnya.

"Apa yang dua orang itu cakap pada awak tadi?"

"Tak ada gunanya saya bagitahu aw..."

"Darlene!" katanya dengan tegas.

Aku menunduk kebawah.

"Sunwoo sebarkan benda tak baik pada junior junior tadi"

Aku mendongak ke atas. Cuba untuk tidak menangis. Siapa aje yang tak sedih bila orang kutuk macam tu.

Hyunjin melepaskan nafas beratnya. Dia tarik aku kedalam dakapannya. Kepalaku diusap dengan lembut. Kalau macam nilah gayanya, aku akan terbiasa dengan pelukannya. Dan macam mana aku akan berubah kepada Darlene yang manja. Yang selalu ingin dipeluk walaupun tiada masalah.

...

Heart Of Stone | HWANG HYUNJINWhere stories live. Discover now