🎨 16

81 9 0
                                    

Pertama kali aku masuk ke dalam studio mereka yang satu ini. Pelbagai lukisan ada didalam ini. Sangat cantik. Semua lukisan yang ditampal pada dinding semuanya cantik cantik belaka. Dan aku sure mereka semua ada makna yang tersendiri. Setahu aku setiap lukisan mempunyai kisah mereka sendiri.

Satu lukisan menarik perhatianku. Lukisan tangan seseorang yang lengkap dengan memakai jam tangan sambil memegang telefon. Melihat ukuran tangan ini, nampak seperti tangan perempuan. Lukisan ini sangat cantik dan unik. Entah siapa yang lukis. Tiada nama pelukis.

"Awak!"

"Hmm" jawabnya. Tangannya masih sibuk dengan lukisannya.

"Boleh tak masukkan lukisan ni sekali?" soalku.

Entah kenapa hatiku nak sangat lukisan dipamerkan. Bagiku lukisan ni layak untuk ditunjukkan kepada orang lain.

"No" jawabnya.

Wajahku berubah sedih. Aku nak sangat orang lain tengok lukisan cantik ni.

"Boleh saya tahu kenapa?" soalku lagi.

"Lukisan tu belum siap sepenuhnya"

Aku terfikir sesuatu.

"Jadi awak yang lukis lukisan ni?" soalku dengan sedikit teruja.

"Saya tak cakap pun. Saya just bagitahu awak"

Betul jugak cakap dia. Tak semestinya dia yang lukis. Bukan dia sorang yang guna studio ni. Mungkin orang lain yang lukis.

"Kalau sempat siap nanti, mungkin lukisan tu boleh dipamer. Tapi saya tak boleh janji"

Jadi masih ada harapan. Wah! Bestnya. Haraplah pelukis tu selesaikan lukisan dia.

"Takpe. Kalau tak sempat siap pun, saya tak boleh buat apa apa. Itu semua atas pelukis tu sendiri"

Lukisan yang Hyunjin tengah siapkan menarik perhatianku. Aku melangkah ke arahnya untuk melihat dengan lebih dekat lagi.

"Dandelion?" soalku sambil membungkuk badanku untuk melihat lukisan itu.

"Hmm" jawabnya lalu memusingkan kepalanya. Mata kami bertemu. Terus hilang senyumanku. Jantung berdebar saat berada sedekat ini dengan Hyunjin. Orang lain yang melihat position kami mungkin akan salah faham.

Aku tersedar. Badanku ditegakkan semula. Bodoh kau Darlene. Salah kau sebab terlalu tertarik dengan lukisan dia sampai boleh tak sedar yang kau duduk sangat dekat dengan dia.

Pandangan Hyunjin tadi sangat berbahaya. Aku bagaikan terkena serangan jantung. Pandangannya mampu untuk membuatku jadi kaku seperti tadi. Kau kena lebih berhati hati Darlene. Jangan ulang perkara yang sama.

"Cantik" komenku. Atmosphere disini sangat akward. Argh! Bodoh kau Darlene.

"Saya plan nak masukkan lukisan ni. What do you think?" soalnya.

"Setuju. Saya setuju sebab lukisan ni cantik"

Haih! Dia tak rasa apa apa pun. Kau yang over Darlene.

"Anyway ada apa awak suruh saya jumpa awak?" aku hampir lupa pasal tu. Teruja dengan lukisan punya pasal.

"Nak minta awak jadi girlfriend saya" jawabnya sarkastik. Jantung aku bekerja keras lagi.

Dan kemudian dia ketawa perlahan.

"Guraulah Darlene" sambungnya lagi.

Fuh! Lega aku dengar. Aku ingat dia serius tadi.

"Sebenarnya, saya dah bahagikan tugas pada team kita. Saya ingat nak buat meeting tadi tapi saya ada kerja yang perlu disiapkan" jelasnya. Aku pula mengangguk ngangguk.

"Jadi apa tugas saya?" soalku.

"Guanlin dengan Jiung saya tugaskan untuk kumpul lukisan student sini. Kyungjun dengan Doyoung, saya suruh mereka kumpulkan lecturer punya lukisan"

Ini bermakna aku dengan dia kena dapatkan lukisan daripada pelukis terkenal.

"Awak masih nak cuba dapatkan lukisan pelukis terkenal?"

Sebenarnya aku nak protes lagi tapi aku masih sedar diri dan bersyukur. Dia izinkan aku masuk team dia tanpa ikut syarat dia pun, aku dah berterima kasih sangat.

"Yup! Saya akan make sure kita berjaya" katanya dengan yakin.

"Anyway awak dah fikir nak lukis apa?"

Yes aku baru teringat. Lukisan kami juga diperlukan. Aku belum fikir lagi pasal tu.

"Kalau saya tak lukis boleh?"

Dia terus pandang aku.

"Saya tak pandailah melukis" aku mula merengek macam budak kecil.

"Awak boleh sebenarnya. Dan saya akan juga akan bantu awak nanti. Jadi jangan risau"

Hish! Aku dah berterus terang yang aku tak pandai melukis. Aku sure apa saja yang aku lukis, memang tak layak ada dalam Art Exhibition nanti.

...

Heart Of Stone | HWANG HYUNJINWhere stories live. Discover now