Malam ini Hyunjin belanja makan member team dia. Bukan main seronok mereka berempat. Termasuk aku juga actually. Siapa saja tak seronok bila orang belanja makan.
Sudah seminggu festival itu berlalu dan hari ni Hyunjin baru sempat nak berjumpa dengan team dia. Bukan dia seorang yang busy, aku turut busy dengan projek akhir. Malam ini baru sempat berjumpa.
Selepas selesai acara makan, kami beransur pulang. Aku nak pulang sendiri tetapi Hyunjin memaksa untuk hantar aku pulang. Dia cakap dah seminggu dia tak hirup udara malam. Jadi disinilah kami. Di sebuah tempat yang sangat tinggi. Semput juga lah bila sampai atas ni.
Tetapi rasa penat hilang bila melihat pemandangan sebuah bandar yang dipenuhi lampu lampu. Sangat puas.
"Selalu ke awak datang sini?" soalku padanya.
"Ini pertama kali saya datang"
Lah aku ingat dia pernah datang sini sebelum ni. Bukan main confident dia bawa aku tadi.
"Nice view" komenku.
Dia mengangguk. Setuju dengan kata kata aku mungkin.
"Rasa tenang sebab tiada bunyi kenderaan dan segala hiruk pikuk dibandar" sambungku lagi. Tempat macam ni aku paling suka.
"Darlene"
"Hmm"
Kami masih pandang dihadapan. Masing masing menikmati angin malam.
"Gowon told me you never dated before"
"That bitch. Memang cari pasal" kutukku dengan perlahan.
Dasar Gowon. Yang dia pergi bagitahu Hyunjin tu dah kenapa. Memang cari pasal betul minah ni. Entah apa yang dia bagitahu Hyunjin lagi.
"True" jawabku.
"Saya tak expect langsung. Kalau Gowon tak bagitahu, saya akan anggap awak pernah date ramai lelaki sebelum ni"
Amboi! Suka hati dia aje.
"Muka saya nampak macam buaya ke?" soalku separuh marah. Geram sebab dia cop aku pernah date ramai lelaki.
"Nope! Macam anak itik"
Aku tayang wajah datar. Spoil mood betul lah.
"Guraulah. Saya minta maaf okey sebab judge awak macam tu. Bukannya apa. Siapa saja nak percaya awak tak pernah date bila tengok wajah awak"
Aku mengerutkan dahi. Tak faham maksud dia.
"I mean wajah cantik awak" sambung Hyunjin lagi. Dan sekarang aku faham.
"Untuk nampak annoying, saya mengaku saya gorgeous"
Hyunjin tergelak. Tak sangka dengan jawapan aku mungkin. Jangan bagi aku start megah. Kejap lagi satu badan aku puji cakap lawa.
Selepas itu tiada lagi perbualan diantara kami. Masing masing lebih selesa diam. Sehinggalah aku terfikirkan sesuatu. Aku rasa ini masa yang tepat.
"Hyunjin. Boleh saya soal something dengan awak?"
Dia memandangku sebelum dia mengangguk.
"Sebenarnya saya tak tahu nak anggap semua ni apa"
"Bila penyakit saya datang dan saya tak boleh tidur, nama awak yang selalu muncul. Saya nak juga call awak walaupun saya tahu saya menyusahkan awak"
"Bila saya sedih, awak peluk saya...
"...saya rasa tenang dan selamat dalam dakapan awak. Sehinggakan saya rasa nak peluk awak lagi walaupun saya tidak sedih atau dalam masalah"
"Let just say I love your warm hug so much"
"Bila saya tidak berjumpa dengan awak sehari, saya mula rasa rindu walaupun hari hari sebelumnya kita selalu berjumpa"
"I love when you smile and laugh"
"Saya suka bila awak overprotective dengan saya bila ada lelaki lain cuba confess dengan saya"
"Saya suka tengok dan dengar awak complain bila Jaemin atau Junkyu cuba untuk ganggu saya"
"Saya suka dengar awak bercerita bila kita on call walaupun saya tahu awak buat semua itu untuk buat saya lupakan my anxiety"
"Saya keliru dengan perasaan saya sendiri. Saya sudah jatuh cinta dengan awak atau saya hanya suka awak sebab awak datang sebagai hero saya?"
"I never dated before. Jadi saya tidak tahu apakah perasaan yang saya tengah rasa sekarang"
"Saya nak tanya pada Gowon tapi saya takut dia ketawakan sa..."
"It's a love..." potong Hyunjin. Kini matanya memandangku.
...
YOU ARE READING
Heart Of Stone | HWANG HYUNJIN
ChickLit"Tak nak juga. Awak pergilah ajak orang lain. Awak kan hotstuff. Ajak seorang, dua puluh orang auto beratur dekat belakang" "Tapi saya nak awak yang ikut. Ingat. Awak ada hutang dengan saya" "Awak tengok muka saya macam kisah ke?" "Jadi betul apa y...