Aku hidup sendirian dalam dunia aku sendiri iaitu dunia tanpa sahabat. Aku tidak suka mereka dan sangat bencikan mereka. Bagi mereka, aku hanyalah bahan untuk dipermainkan dan hamba untuk dipaksa melakukan perkara yang aku tidak suka. Segala perbuatan mereka buatkan aku merana. Mereka langsung tidak mempunyai perasaan belas kasihan kepada insan yang lemah seperti aku. Cikgu-cikgu pun sama. Mereka asyik menyalahkan aku sahaja walaupun aku tidak melakukannya. Dunia realiti ini memang tidak adil! Perlukah singkirkan insan-insan yang lemah dan tidak berdosa? Apa salah aku kepada mereka? Kenapa mereka lakukan semua ini kepada aku seorang sahaja di sekolah itu? Aku bencikan mereka semua!!!
DARAH!!!
“Bisikan itu lagi?” Aku selalu terdengar suara bisik di telinga aku ketika waktu malam. Aku tidak tahu itu suara siapa tetapi suara itu sangat jelas seperti dia berada di sebelah aku. Aku tidak dapat tidur lena pada waktu malam kerana sering mendengar suara itu. Perkara ini berlaku sejak hari lahir aku yang ke-16 sehingga sekarang.
YOU ARE READING
Aku Adalah Aku
VampireNoir Raiden adalah seorang pelajar lelaki yang sering dibuli oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah tinggi. Dalam dirinya terdapat jiwa yang lain iaitu jiwa vampire, Rikiya. Raiden adalah anak kepada seorang vampire dan manusia yang telah meningga...