Kematian Inspektor Ikuto telah mengejutkan semua ahli anggota polis yang datang ke biliknya. Tambahan pula, mereka telah membaca nota yang ditinggalkan oleh Rikiya di atas meja itu dan lubang pada dadanya yang tidak berjantung itu.
"Ini kerja vampire," ujar seorang ahli anggota polis, Encik Koide. Dia melihat pada leher Inspektor Ikuto yang terdapat dua lubang kecil.
"Betul ke Inspektor Ikuto yang bunuh Inspektor Suzuku?" Soal salah seorang daripada ahil anggota polis yang berada di dalam bilik itu.
"Mungkin dia sengaja tinggalkan nota ini untuk kita berfikiran negatif terhadap Inspektor Ikuto," ujar Encik Koide.
"Dia tak akan membunuh orang tanpa sebab dan tak akan tinggalkan nota tanpa sebab. Melainkan orang itu ialah penjenayah atau lebih tepat lagi seorang pembunuh," jelas Encik Kenta yang muncul di muka pintu bilik tersebut.
"Kenapa kamu nak bela vempire tu? Kamu kenal ke siapa dia?" Soal Encik Koide.
"Inspektor Suzuku, Ayato dan saya sedang siasat kes pembunuhan yang berpunca daripada vempire itu. Pada awalnya kami sangka dia seorang pembunuh yang membunuh tanpa sebab. Sebaliknya, dia ialah Hakim yang menghukum pembunuh atas sebab pembunuhan yang tidak dapat dikesan oleh pihak polis. Nota itu juga ialah kebenaran disebalik sesuatu yang kita tidak ketahui," jelasnya lagi.
"Kamu yakin ke?" Soal Encik Koide dengan wajah yang serius.
"100% yakin. Inspektor Suzuku tutup kes pembunuhan bersiri itu pun sebab dia baru tahu tentang vempire itu. Dia tak akan bunuh orang selain daripada penjenyah yang dikehendakinya. Dia dah permudahkan kerja pihak polis," ujarnya dengan sedikit bangga terhadap putera raja itu.
"Siapa vampire itu sebenarnya?" Soal Encik Koide.
"Encik Koide!" Panggil seorang ahli anggota polis dengan nada tergesa-gesa sambil berlari masuk ke dalam bilik itu.
"Kenapa?" Dia melihat ke arah ahli anggota polis itu apabila namanya dipanggil.
"Budak itu.... Dah lari," beritahunya dengan tercungap-cungap kerana kepenatan.
"Macam mana boleh terlepas?" Soalnya dengan nada yang tinggi.
"Kunci pintu penjara itu dah cair macam kena bakar dengan api," jelasnya.
"Mana ada api yang boleh bakar besi yang keras tu," tegas Encik Koide.
"Siapa budak yang kalian maksudkan itu?" Soal Encik Kenta kepada Encik Koide untuk mendapatkan kepastiannya.
"Hikari Raiden," jawabnya.
'Patutlah dia tak datang ke rumah aku petang tadi,' fikir Encik Kenta.
"Pergi cari dia!" Arah Encik Koide kepada beberapa ahli anggota polis.
"Tunggu dulu," tegas Encik Kenta. 'Aku perlu pulihkan keadaan.'
Kemahiran memberhentikan masa dan memadam memori digunanya untuk melindungi Rikiya yang telah dikenal pasti melarikan diri dari penjara. Manakala, data dalam CCTV juga terpadam.
*****
Langkahnya pantas menuju ke ruang penjara. Dilihatnya penjenayah-penjenayah di dalam penjara masing-masing. Pandangan mereka tertumpu kepada Encik Kenta yang masuk ke kawasan itu.
"Kenta, dah lama kita tak berjumpa," ujar lelaki berjambang yang telah dipenjarakan di sebelah kanan penjara Riden tadi.
"Jambang kamu dah semakin panjang, Yutaka," dia berhenti dan berdiri di hadapan penjara lelaki berjambang itu.
Dia tersenyum lalu bertanya, " Kenapa kau datang ke sini? Jarang sekali nampak kau ke sini sendirian sebab selalunya kau akan datang bersama-sama Inspektor Suzuku atau pun Ayato."
"Tuan Suzuku dah meninggal dunia. Ayato pula sibuk belajar sebab minggu depan ada ujian peperiksaan. Aku datang ke sini sebab nak tanya sesuatu," dilihatnya ke arah penjara yang penah diduduki oleh Raiden tadi.
"Pasal budak itu ke?" Dia turut melihat ke arah yang sama.
"Kamu tahu apa yang dah berlaku?" Dia berjalan menuju ke arah penjara itu dan memegang kesan kunci yang terbakar itu.
"Tak....Aku tak tahu," dia sengaja berdalih apabila teringat kata-kata Rikiya tadi, "....Ini rahsia kita."
Dia paling ke arah Yukata,"Jangan nak tipu saya. Saya tahu kamu dan mereka tahu tentang dia. Demi ketenangan jiwa kalian, jangan fikir lagi pasal apa yang kalian dah lihat tadi. Lupuslah segala memori tentang Putera Rikiya," itulah cara dia menggunakan kebolehannya untuk menghapuskan memori seseorang.
YOU ARE READING
Aku Adalah Aku
VampireNoir Raiden adalah seorang pelajar lelaki yang sering dibuli oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah tinggi. Dalam dirinya terdapat jiwa yang lain iaitu jiwa vampire, Rikiya. Raiden adalah anak kepada seorang vampire dan manusia yang telah meningga...