BAB 10

888 77 3
                                    

Kematian Hiroki baru diketahui oleh ibu bapanya apabila mereka pulang ke rumah pada pukul 3.10 pagi.

"Hiroki!" Puan Hiromitsu terkejut apabila melihat Hiroki terlantar kaku di atas lantai di hadapan pintu bilik ketika dia membuka pintu bilik anaknya.

Tanpa membuang masa Encik Hiromitsu menelefon pihak polis untuk membuat laporan dan siasatan.

Beberapa minit kemudian, Inspektor Suzuku dan beberapa ahli anggota polis telah sampai di tempat kejadian.

"Cara pembunuhan sama seperti mangsa pada petang tadi tapi pada leher dia ada kesan gigitan," jelas Inspektor Suzuku kepada Encik Kenta. Dia bercangkung melihat keadaan mangsa sambil menyentuh kesan gigitan pada leher mangsa.

"Ini mesti kes pembunuhan bersiri tu," ujar Encik Kenta sambil melihat ke arah mangsa.

"AKU YANG MEMBUNUH EIJI, HIROMITSU HIROKI. Saya tak fikir mangsa yang tulis nota ni," ujar Ayato yang muncul tiba-tiba di dalam bilik tersebut.

"Ayato, mak kamu tahukah kamu keluar malam ni?" Inspektor Suzuku berdiri lalu melihat ke arah Ayato yang berada di hadapan cermin tersebut.

"Mak saya tahu saya keluar," jawabnya pantas.

"Darah ini nampak masih baru," Ayato menyeluk poket seluar kirinya dan mengambil sarung tangan plastik yang sering dibawa bersama-samanya. Kemudian, dia memakai sarung tangan tersebut.

"Tuan, saya terjumpa sisik ni berdekatan mangsa," Encik Kenta menunjukkan sekeping sisik yang berwarna hitam yang dijumpainya pada baju mangsa.

"Warna sisik yang sama. Maksudnya, ular yang sama berada di dalam rumah ini. Mungkin ada seseorang yang membawanya masuk ke dalam billik ini," Inspektor Suzuku mengambil sisik tersebut lalu dibelek-beleknya beberapa kali.

"Petang tadi ada kes pembunuhan juga ke?" Soal Ayato sambil mencalit darah pada jari telunjuknya untuk menganggar masa darah tersebut. Kemudian, dihidunya.

"Ya. Mangsa yang telah mati ialah Amata Eiji, pelajar kelas 5-3 Sekolah Menengah Tinggi Seika. Dia mati disebabkan sesak nafas akibat dililit oleh ular yang entah datang dari mana," jelas Inspektor Suzuku sambil menyerah kembali sisik tersebut kepada Encik Kenta.

"Hanya mati sebab sesak nafas. Maksudnya, vampire itu tiada kaitan dalam kes petang tadi. Saya rasa orang yang melakukan kes petang tadi ialah mangsa ni, Hiromitsu Hiroki," Ayato memberi pendapatnya.

Ayato mengambil satu beg plastik daripada seorang ahli anggota polis yang berdiri berhampiran katil. Kemudian, sarung tangan yang dipakainya tadi dibuka dan di simpan di dalam beg plastik tersebut.

"Saya pun rasa macam itu," ujar Inspektor Suzuku.

"Dalam darah mangsa tak ada bau bisa atau racun. Maknanya, vampire itu datang ke sini untuk balas dendam. Dia bawa ular dalam kes petang tadi datang ke sini hanya untuk melilit badan mangsa dan dia pula mahukan darah mangsa. Dengan kata lain, vampire itu ada kaitan dengan mangsa petang tadi," spekulasi Ayato.

Dia berjalan menuju ke sebuah meja yang terletak berdekatan katil. Dibukanya laci meja itu dan dilihatnya di dalam laci itu. Terdapat sekeping gambar yang telah dikoyakkan sehingga menjadi serpihan kecil. Ayato mengeluarkan serpihan-serpihan gambar tersebut dan diletakkan di atas katil.

"Gambar?" Inspektor Suzuku berjalan menghampiri katil tersebut.

"Mungkin jawapannya ada pada gambar ini," Ayato menyusun serpihan-serpihan gambar tersebut sehingga menjadi satu. Dia dapat menyelesaikan susunan tersebut dalam masa lima minit.

"Ini ialah mangsa petang tadi," Inspektor Suzuku menunding jari telunjuknya pada gambar Eiji yang berada di sebelah kiri Hiroki. Manakala, pada sebelah kanan Hiroki berdirinya seorang gadis yang memakai pakaian judo. Mereka kelihatan gembira pada waktu itu.

"Siapa perempuan itu?" Soal Inspektor Suzuku sambil melihat ke arah gadis yang memakai pakaian judo.

"Mungkin kawan dia. Rasanya kita perlu cari dia di sekolah," cadang Ayato.

"Kita akan ke sana esok," dia berjalan keluar dari bilik tersebut. Manakala, Ayato masih melihat gambar yang berada di atas katil tersebut.

'Adakah dia cuma membunuh pembunuh dan penjenayah saja?' Ayato mengatur langkah menuju ke tingkap di dalam bilik tersebut.

'Kes pertama di kondominium, Cik Aki mati selepas dia membunuh Cikgu Katsuchi. Kes kedua di banglo Kitaro, Kizuku mati selepas dia terlibat dengan kes buli sampai mati di hutan kawasan perkhemahan. Kes ketiga di jalan kawasan perumahan, Mamoru mati selepas dia membunuh dua ekor kucing di kawasan perumahan tersebut. Kes kali ini, Hiroki mati selepas dia membunuh Eiji dengan menggunakan ular sebagai senjata pembunuhan. Daripada keempat-empat kes ini, yang jelas dia hanya membunuh pembunuh. Tapi siapa vampire itu sebenarnya?'Fikiran Ayato ligat memikirkan hal itu sambil melihat ke luar tingkap.

Aku Adalah AkuWhere stories live. Discover now