"Vampire?" Soalnya sebelum dia menarik nafas panjang. "Bukan. Kamu ialah Manusia-Vampire, kan?" Micheal menghampiri Rikiya yang berdiri di dapan pintu bersebelahan dengan Crystal. Manakala, pembantu rumah tersebut berundur diri ke belakang Micheal.
Mata bertentang mata. Rikiya kelihatan kaku ketika melihat anak mata milik lelaki itu. Micheal senyum lalu berbisik pada telinga kiri Rikiya. "Aku kenal siapa kau? Aku tahu asal kau? Aku sangat-sangat suka bau darah kau. Darah yang sangat sukar untuk dicari. Mungkin aku patut cakap, selamat datang santapan tengah hari." Sempat lagi dia melihat ke arah Justina yang berada di belakang Rikiya.
Justina dapat merasakan aura kegelapan yang pernah menghantui hidupnya ketika dahulu. Dia segera menyorok di belakang Crystal dan melihat ke arah lain. Jelas dia sememangnya tidak mahu bertemu lagi dengan lelaki itu.
"Micheal. Apa kamu buat tu? Jangan layan tetamu macam tu." Suara garau lelaki itu telah memeranjatkan Micheal dan Rikiya.
Micheal mengeluh dan berpaling ke arah pemilik suara itu. "Saya bergurau je la, papa. Jangan marah, okey."
Micheal berlalu pergi meninggalkan mereka di situ. "Lazenda. Makanan dah siap ke?" Soal Micheal kepada pembantu rumahnya tadi.
"Sudah, tuan muda." Jawabnya sambil mengekori Micheal dari belakang.
"Maafkan anak saya. Dia tu memang macam tu. Suka menakut-nakutkan tetamu." Jelas pada wajah tuanya rasa malu dan bersalah terhadap tingkah laku anaknya.
"Tak mengapa. Saya okey saja." Kata Rikiya dengan senyuman terpaksanya. Hakikatnya, kata-kata Micheal tadi telah mengundang ketakutan kepadanya. Pertama kali dia rasa perasaan takut tidak terhingga ini.
Siapa Micheal sebenarnya? Adakah dia makhluk jahat yang menyerupai wajah manusia? Dia seperti tahu banyak benda tentang Rikiya.
Duke Levin berdiri di tepi pintu sambil mempersilakan Rikiya, Crystal dan Justina masuk ke dalam banglonya. "Selamat datang ke banglo buruk saya." Sememangnya di luar tampak buruk dan usang tetapi tidak di dalamnya.
Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam banglo tersebut dengan pandangan yang sangat memeranjatkan. Suasana yang sangat cantik dengan barangan antik dan bernilai tinggi. Duke Levin sememangnya orang yang sangat kaya di kawasan bandar Romanel ini.
Duke Levin mengiringi mereka ke bilik khas yang terletak di tingkat dua. Di mana bilik itu merupakan bilik persendirian Duke Levin. "Silakan masuk. Kita akan berbincang di dalam." Ujarnya selepas membuka pintu bilik tersebut.
Terdapat banyak rak buku dan buku-buku di dalamnya. Bilik yang sangat kemas walaupun buku sangat banyak. Bilik ini juga dipenuhi dengan barangan antik seperti cermin tembaga, patung helang ukiran tembaga, piala emas dan sebagainya. Barangan-barangan ini semua hanya mampu dimiliki orang golongan yang kaya sahaja.
Masing-masing menuju ke arah sofa dan mengambil tempat di atas sofa masing-masing. "Baiklah. Mari kita mulakan perbincang." Kata Duke Levin yang duduk bertentangan dengan Rikiya dan bersebelahan dengan Justina.
YOU ARE READING
Aku Adalah Aku
VampireNoir Raiden adalah seorang pelajar lelaki yang sering dibuli oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah tinggi. Dalam dirinya terdapat jiwa yang lain iaitu jiwa vampire, Rikiya. Raiden adalah anak kepada seorang vampire dan manusia yang telah meningga...