"Putera Rikiya," panggil Encik Kenta sambil mengangkat kepala Rikiya ke atas pehanya.
"Mungkin dia kepenatan," ujar King yang berada di sebelah kanan Encik Kenta.
Jari-jemari Rikiya bergerak-gerak. Perlahan-lahan matanya dibuka. Dilihatnya Encik Kenta yang berada dekat dengannya. Kemudian, dia melihat ke arah mereka yang berada di sekelilingnya.
"Apa yang dah berlaku? Twin Death dah mati ke? Atau kita dah kalah?" Soalan-soalan itu muncul dari mulut Rikiya yang kini kembali kepada dirinya, Raiden. Dia seperti tidak tahu apa-apa tentang situasi yang telah dia hadapi tadi.
"Kamu tak ingat apa-apa ke?" Soal Encik Kenta. Raiden bangun dari baringnya lalu duduk di atas tanah.
Dia hanya mendiamkan diri. "Apa yang kamu ingat sebelum kamu pengsan?" Soal Encik Kenta lagi.
"Saya ada terdengar suara. Lepas tu saya tak tahu apa yang dah berlaku," jujur Raiden.
"Raiden, saya nak tanya kamu sesuatu. Adakah kamu yang lakukan kes pembunuhan yang kita sedang siasat sekarang ini?" Inspektor Suzuku memang tidak dapat menahan kesabarannya lagi tentang soal ini.
"Saya tak tahu. Saya tak ingat apa yang dah berlaku," jawab Raiden dengan perasaan takut.
"Kamu cuba nak berdalih ke? Kalau kamu tak buat kenapa kamu nampak takut? Cuba nak perbodohkan saya ke?" Soal Inspektor Suzuku lagi. Dia tidak puas hati dengan jawapan Raiden. Ayato hanya melihat mereka tanpa berkata apa-apa.
"Saya memang tak tahu apa-apa pun pasal kes itu. Saya tak tahu dan saya tak nak ambil tahu. Saya tak nak......... Ianya sangat menakutkan. Saya tak nak.......," dia menangis. Hatinya kini dipenuhi dengan ketakutan. Mereka terkejut melihatnya.
'Kenapa dengan dia?' Mereka tertanya-tanya.
Raiden memeluk lututnya dan kepalanya diletakkan di atas lutut. Dia menangis teresak-esak sambil memegang erat lututnya. Dia tidak mengendahkan mereka yang melihatnya.
Crystal berjalan menghampiri Raiden. Dia mengesel-geselkan kepalanya pada kaki Raiden. Raiden melihat ke arahnya dengan wajah tagisannya. Dia mengambil Crystal lalu dipeluknya erat ke dada sambil menangis.
Shadow meletakkan tapak tangan kanannya di atas kepala Raiden, "Kamu langsung tak ingat apa-apa?" Raiden menggelengkan kepalanya apabila ditanya oleh Shadow.
"Nama mama dan papa kamu?" Soal Shadow lagi. Dia bercangkung dan melihat ke arah Raiden. Tapak tangannya diturunkan dari atas kepala Raiden.
"No...Noir Mai dan Noir Morikawa," jawab Raiden. Crystal tidak dilepaskannya.
"Dia dah hilang ingatan sebab jasad dan jiwanya dah lama terpisah," ujar Genji. Dia menyusul menghampiri Raiden. Raiden melihat ke arahnya lalu dihulurkan tangan kanan kepada Genji. Dia menyusul naik ke atas tangan Raiden.
"Dia dah kembali seperti dulu. Langsung tak tahu apa-apa," keluh Misya yang mengetahui kisah kali pertama Crystal bertamu Raiden.
"Raiden, tidak boleh dipersalahkan sebab dia dah tak ingat apa-apa termasuklah kes yang kita sedang siasat sekarang ni," ujar Ayato yang telah mendiamkan diri sejak dari tadi. Dia berjalan menghampiri Raiden lalu duduk di hadapan Raiden. Diambilnya Hanka yang berada di sebelahnya dan diserahkan kepada Raiden.
Raiden melihat Ayato tanpa mengambil Hanka dari tangan Ayato. Ayato tersenyum melihat Raiden di hadapanya tetapi Raiden tidak membalas senyumannya. Raiden melihat tepat ke anak mata Ayato tanpa berkelip matanya. "Abang," hanya satu perkataan yang menyebabkan mereka terkejut lagi.
"A...Apa kamu cakap tadi?" Ayato seperti tersilap dengar sebentar tadi.
"Abang Ayato," ujarnya tanpa ragu-ragu. Raiden meletakkan Genji dan Crystal di atas tanah lalu dia duduk betul-betul di hadapan Ayato.
Diletaknya jari telunjuk pada dahi Ayato. Ayato membiarkan sahaja. Mereka melihat Raiden dengan penuh hairan. Raiden memejamkan matanya dan mengamatinya. Dia sedang membaca memori silam Ayato.
Raiden kembali membuka matanya. "Abang saya. Saya tak silap sebab saya tahu saya ada abang," dia melihat wajah Ayato.
'Rikiya. Dia masih ingat aku rupanya,' Ayato berasa terharu.
"Abang masih tinggal dengan Aunty Fumiko, kan?" Soal Raiden sambil mengesat air matanya.
"Ya. Tak sangka kamu masih ingat mama," ujar Ayato.
"Mana boleh saya lupakan Aunty Fumiko yang cantik tu," puji Raiden sambil tersenyum.
"Dia nampak macam budak-budak," King terketawa ketika melihat Raiden sedemikian.
"Abang tak sangka dapat berjumpa dengan adik abang lagi. Rikiya budak baik," Ayato tersenyum sambil meletakkan tapak tangan kanannya di atas kepala Raiden. Raiden hanya tersenyum.
"Masa untuk pulang," suara Encik Kenta kepenatan itu telah memecahkan suasana mesra adik-beradik ini.
"Bagus juga. Saya pun dah penat ni," Ayato meletakkan Hanka di atas tanah lalu dia berdiri. Kemudian, dia menghulurkan tangan kepada Raiden untuk membantunya bangun. Raiden mencapainya lalu berdiri.
"Rikiya, malam ini tidur di rumah pak cik," ujar Encik Kenta yang berdiri di hadapannya.
"Kenapa?" Raiden hairan.
"Sebab kamu masih tak sihat. Pak cik akan jaga kamu," jelas Encik Kenta. Dia juga risau jika Noriko menghantar ahli sihir lain untuk membunuh Raiden.
"Tapi sebelum ini saya tinggal di hospital,"
"Pasal hospital tu biar saya yang uruskan. Kamu tinggal di rumah Kenta. Biar dia yang jaga kamu," ujar Inpektor Suzuku dengan nada yang tenang.
Raiden melihat ke arah Inspektor Suzuku, "Baiklah."
'Tak ada gunanya aku paksa dia lagi sebab dia dah tak ingat apa-apa. Nak dakwa pun tak boleh sebab tak ada bukti kukuh. Dia pun tak nampak macam pembunuh. Muka suci je,' rungut Inspektor Suzuku.
"Laparnya. Shadow, jom makan. Aku dah lapar ni. Mikamaru masak apa entah," ajak Iro yang berjalan menuju ke arah Shadow.
"Dia masak benda pelik lagi ke?" Soal Taiga yang sedang duduk.
"Saya nak cari makan dekat luar," ujar King dan berlalu pergi meninggalkan mereka.
"Saya pun," Jiro mengekori King.
"Selamat berjuang kawan-kawan. Kalau kalian tak makan masakan dia, nanti dia akan marah," nasihat Venada.
"Saya ada temu janji malam ni. Tak boleh makan sekali. Sebelum itu, saya kena hantar semua orang balik dulu," ujar Shadow.
Shadow menggunakan magiknya untuk menghantar mereka kembali ke dalam wad.
YOU ARE READING
Aku Adalah Aku
VampireNoir Raiden adalah seorang pelajar lelaki yang sering dibuli oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah tinggi. Dalam dirinya terdapat jiwa yang lain iaitu jiwa vampire, Rikiya. Raiden adalah anak kepada seorang vampire dan manusia yang telah meningga...