BAB 64

807 63 3
                                    

"Apakah hajat Putera Rikiya datang ke sini?" Tanya Puan Pendeta Mirai sambil menghidangkan minuman kepada Rikiya.

"Saya nak lihat masa hadapan," jujur Rikiya. Dilihatnya secawan teh yang dihidang oleh Puan Pendeta sebentar tadi.

Puan Pendeta duduk di atas sofa yang bertentangan dengan Rikiya, "Masa hadapan?"

"Ya," dicapainya secawan teh lalu diminumnya.

"Apa yang menyebabkan Putera Rikiya mahu melihat masa depan?" Ditatapnya tepat pada wajah Rikiya.

Rikiya meletakkan cawan tersebut di atas meja. "Sebab saya....." Wajah Rikiya tampak berona sedikit.

"Putera Rikiya dah jatuh cinta ke?" Teka pendeta itu sambil merenung wajah Rikiya.

Rikiya tersentap, "Macam mana..."

"Seperti yang dah dijangka," Puan Pendeta berdiri dari sofa dan berjalan menuju ke arah Rikiya.

Kemudian, tangan kanannya diletakkan di atas kepala Rikiya dan matanya dipejamkan. Pada ketika itu Rikiya hanya mendiamkan diri.

Tangan kanannya diturunkan ke sisi, "Masa depan yang cerah tapi...." Puan Pendeta kembali ke tempat duduknya.

"Ramai pemburu sedang mencarinya. Putera Rikiya perlu sentiasa ada di sisinya untuk melindungi dia. Atau dia akan hilang buat selama-lamanya," jelas Puan Pendeta dengan raut wajahnya yang tampak sedih.

Rikiya melihat ke arah Puan Pendeta dengan perasaan tertanya-tanya, "Kenapa mereka mahukan dia?"

"Sebab dia seorang ahli sihir yang memiliki kuasa tertinggi. Tapi masalahnya dia sendiri tidak mampu mengawalnya tanpa bantuan orang lain," beritahu Puan Pendeta.

"Jadi, sebab itu la dia perlu berjumpa dengan Duke Levin Calric," fikir Rikiya tentang misinya untuk menghantar Justina kepada Duke Levin Calric.

Rikiya berdiri dari sofa, "Terima kasih, Puan Pendeta. Saya akan jaga dia dengan baik, demi cinta saya kepadanya."

"Baguslah kalau begitu. Dia tahukah Putera Rikiya sukakannya?" Soalan Puan Pendeta telah membuatkan wajah Rikiya tampak lebih berona merah.

"Itu.... Dia tak tahu. Tak ada sesiapa pun yang tahu. Boleh tak tolong simpan rahsia ini? Saya belum bersedia lagi," pinta Rikiya sambil menundukkan kepalanya kerana malu.

Puan Pendeta tersenyum dan ketawa kecil, "Tak ada masalah. Putera Rikiya sama seperti Raja Byakura masa muda-muda dulu. Malu sangat kalau orang lain tahu pasal hal ini."

Rikiya mengangkat wajahnya lalu melihat ke arah Puan Pendeta, "Eh? Datuk pun sama?"

"Ya. Disebabkan kami sahabat baik, segala masalah dia akan ceritakan kepada saya. Termasuklah kisah cintanya yang telah lama menjadi rahsia," jelas Puan Pendeta.

"Boleh tak saya nak tahu tentang itu? Sebenarnya, sebelum ini saya ada tanya datuk dan nenek tapi mereka tak nak cerita. Dah banyak kali saya pujuk tapi tak berhasil," wajah Rikiya tampak kecewa tatkala mengingati kembali saat-saat dia teruja ingin tahu tentang kisah cinta mereka.

"Boleh. Sebagai pewarisnya, Putera Rikiya perlu juga tahu. Tapi jangan beritahu Raja Byakura, nanti dia marah pula."

Rikiya duduk kembali di atas sofa. Dia kelihatan bersemangat dan teruja untuk mengetahuinya, "Okey. Jadi macam mana ceritanya?"

Maka, Puan Pendeta memulakan kisah cinta yang selama ini menjadi rahsianya dan Raja Byakura. "Semua ini bermula di Universiti Sains Vampire yang terletak di Kristova."


Aku Adalah AkuWhere stories live. Discover now