Sudah sekian lama tidak berjumpa sejak pertemuan terakhir pada beberapa bulan yang lepas. Kini, satu lagi mesyuarat diadakan di dalam bilik mesyuarat ini. Mesyuarat kali ini akan membincangkan tentang masa depan semua karya-karya yang sedang ditulis.
Iino : Dah ramai yang complen tentang kisah-kisah yang tak siap-siap lagi tu. Apa tindakkan kau, Anazuki?
Anazuki : Aku sebenarnya tak ada masa nak sambung semua tu walaupun aku dah ada jalan cerita yang seterusnya.
Izumi : Jadi, yang mana satu kisah yang kau akan tamatkan dulu?
Anazuki : Buat masa ni aku tengah fokus kepada kisah 'Aku Adalah Aku'. Mungkin lepas ini 'Aku Jatuh Cinta Kepada Sahabatku' atau mungkin buat cerita baru.
Zack : (Ketuk kepala Anazuki) Siapkan satu-satu cerita dulu la sebelum tambah cerita lain. (Marah)
Anazuki : Aku tahulah (Gosok kepala yang kesakitan)
Izumi : Jadi, macam mana sekarang ni?
Anazuki : Sudah! Janganlah tanya lagi soalan tu. Aku perlukan masa untuk siapkan semua tu. Sekarang ni aku perlukan masa untuk diri sendiri.
Zack : Berapa lama lagi kau perlukan masa untuk diri sendiri? Aku rasa, kau dah sebulan dekat rumah ni. Tak buat apa-apa pun.
Anazuki : (Berdiri dari kerusi) Bersurai.(bengang)
Mizu : Kau nak ke mana? Mesyuarat baru je mula.
Anazuki : Aku nak jumpa Chiaki-chan. (berjalan menuju ke pintu)
Mizu : Chiaki lagi. Bukan semalam awak baru jumpa dia ke?
Anazuki : Tu semalam. Ini hari ini punya.
Zack : Tak boleh ke kalau kau tak jumpa dia sehari? Tak bosan ke jumpa dia setiap hari?
Iino : Ya la. Entah-entah dia pun dah bosan dengan kau.
Anazuki : Korang tahu tak, dia tu BFF aku? Salah ke kalau aku nak jumpa dia setiap hari?
Zack : Tak salah tapi perlu ke setiap hari kau jumpa dia.
Anzuki : Perlu sebab dia jiwa aku. Tanpa dia hidup aku tak lengkap dan membosankan.
Mizu : Kalau macam tu kahwin je la dengan dia.
Anazuki : Kau gila ke? Dia tu perempuanlah.
Mizu : Tapi awak cintakan dia, betul tak?
Anazuki : Bila masa pula aku cintakan dia?
Zack : Sebab ayat kau tu jiwang sangat.
Anazuki : Dah aku memang macam ni nak buat macam mana. Aku memang perlukan dia pun. Tanpa dia fikiran aku tak tenang. Idea pun tak ada.
Mizu : Kalau suka cakap saja la suka.
Anazuki : Mizu! (bengang)
Izumi : Ayat kau memang macam orang tengah jatuh cinta.
Anazuki : Izumi pun dah terpengaruh.
Mizu : Cinta buatkan seseorang hilang kewarasan kerana cinta sangat sakti tarikkannya.
Anazuki : Kau memang suka merepek. Dah la, aku pergi dulu.
Izumi : Kalau setakat nak beritahu hal tu tak payahlah ajak mesyuarat tadi. Whatapps lagi senang. Buat habis minyak kereta aku je.
Anazuki : Sorry. Nanti aku ganti semula duit minyak kereta kau tu, ya. (Buka pintu dan berlalu pergi)
Zack : Anazuki tu sihat ke tidak? Kalau pasal Chiaki cepat je dia pergi. Kalau pasal orang lain, belum tentu dia datang jumpa.
YOU ARE READING
Aku Adalah Aku
VampireNoir Raiden adalah seorang pelajar lelaki yang sering dibuli oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah tinggi. Dalam dirinya terdapat jiwa yang lain iaitu jiwa vampire, Rikiya. Raiden adalah anak kepada seorang vampire dan manusia yang telah meningga...