BAB 40

663 58 1
                                    

'Minggu lepas Inspektor Suzuku dan sekarang Kaoru. Penjenayah adalah orang yang berbeza. Aku akan cari mereka,' kemarahan, geram dan sedih menyelubungi diri Raiden.

Raiden ditempatkan di sebuah bilik soal siasat yang kecil dengan kedua-dua tangannya digari pada bahagian belakang. Dia duduk di atas sebuah kerusi yang terletak di hadapan meja. Manakala, Inspektor Ikuto duduk atas kerusi yang bertentangan dengan Raiden.

"Jangan ingat dengan semudah itu saya akan percaya dengan kata-kata kamu. Beritahu saya perkara yang sebenar kalau kamu tak mahu masuk penjara," ugut Inspektor Ikuto.

"Saya dah cakap! Saya tak tahu! Saya tak bunuh dia!"Suaranya lantang kedengaran.

"Kalau kamu tak bunuh dia, siapa pula yang bunuh dia?" Dia berdiri lalu berjalan menuju ke arah Raiden.

"Saya tak tahu. Kenapa tak tanya dan soal siasat mereka saja," kesabarannya telah hilang kerana dilayan seperti penjenayah.

"Saya dah soal siasat mereka sebelum kamu sampai di kafe tadi. Semua alibi mereka tiada kaitan dengan kes pembunuhan Kaoru kecuali kamu," dipusingnya kerusi Raiden ke arahnya lalu ditatapnya anak mata Raiden dalam-dalam untuk memastikan Raiden tidak menipunya. Sebaliknya, dia telah memberi peluang kepada Raiden untuk membaca fikirannya.

'Kalau aku tak bunuh Suzuku masa tu, mesti dia dah ganggu kerja soal siasat aku ni. Semua kerja kes pembunuhan diserahkan kepada di saja. Aku ni...... Apa gunanya aku di sini. Lepas dia dah mati, barulah aman sikit. Aku akan tunjukan kepada mereka bahawa aku lebih hebat daripada Suzuku. Setakat kes pembunuhan, bukan susah sangat nak tangkap pembunuh. Lebih-lebih lagi budak ni. Susah sangat nak mengaku di yang buat.'

"Pembunuh!" Perkataan itu terlepas daripada mulut Raiden.

"Apa kamu cakap? Kamu tu yang membunuh orang sebenarnya," marahnya secara tiba-tiba.

"Pembunuh! Tuan dah bunuh Inspektor Suzuku. Jangan ingat Tuan boleh tipu saya," Raiden berdiri secara tiba-tiba lalu menendang perut Inspektor Ikuto kerana marah.

"Berani kamu!" Pistol dikeluarkan dan tembakan dilepaskan. Bahu kanan Raiden terkena tembakan tersebut.

Tiga orang anggota polis masuk ke dalam bilik tersebut selepas melihat pergaduhan mereka melalui CCTV dari bilik kawalan.

"Masukkan dia ke dalam penjara," arah Inspektor Ikuto kepada mereka bertiga.Dua orang ahli anggota polis memegang tangan Raiden dengan kemas untuk dibawa ke penjara.

"Lepaskan saya!" Dia meronta-ronta.

"Kamu akan dipenjarakan sampai bila-bila," disimpannya semula pistolnya di tempat asal. Seorang ahli anggota polis berjalan ke arah Inspektor Ikuto.

"Semua pembunuh tak akan terlepas sebab kebenaran ada di tangan saya. Orang yang akan dipenjarakan buat selama-lamanya ialah Inspektor Ikuto sendiri," dia cuba untuk melepaskan dirinya.

"Bawa dia pergi segera. Budak yang suka merepek tu akan terima hukumannya," pandangan tajam ditujukan kepada Raiden.

"Darah dibalas dengan darah," ujar Raiden sebelum dia dibawa keluar dari situ.

"Budak itu nampak macam bahaya," ujar seorang ahli anggota polis yang berdiri si sebelah kirinya.

"Hukuman dia perlu dipercepatkan. Minta pihak mahkamah tetapkan hukuman dia dalam masa terdekat," perintah Inspektor Ikuto.

"Baik," arahan diterima oleh ahli anggota polis itu.

Aku Adalah AkuWhere stories live. Discover now