Pekarangan istana vampire di Venadaland dipenuhi oleh penduduk di daerah ini. Masing-masing sedang menanti Raja Byakura dan cucunya tiba di hadapan mereka. Perasaan teruja memenuhi jiwa mereka kerana ada khabar angin yang mengakata bahawa Putera Rikiya ialah seorang vampire-manusia yang berdarah manis dan sangat susah untuk dijumpai pada zaman ini. Dia juga dikatakan sangat kacak dan misteri. Namun, mereka tidak tahu kebenaran disebalik khabar angin itu.
Sebuah kereta Toyota berwarna merah tiba di pekarangan istana. Penduduk yang berada di situ memberi laluan kepada kereta tersebut untuk menuju ke hadapan pintu istana. Mereka memerhati kereta itu sehingga berhenti di hadapan pintu utama istana. Pintu pemandu dibuka dan Encik Kenta keluar dari situ. Crystal melompat turun dari kereta tersebut melalui pintu yang sama. Kemudian, Encik Kenta membuka pintu penumpang di belakang pada bahagian kiri kereta. Manakala, Crystal berdiri di tempat dia mendarat tadi. Semua mata tertumpu kepada pintu penumpang yang dibuka itu.
Seorang lelaki berjubah hitam keluar dari kereta apabila pintu dibuka. Wajahnya tidak kelihatan kerana ditutupi oleh penutup kepala. Lambang helang bermata merah jelas kelihatan pada bahagian belakang baju.
Mereka yang melihatnya tertanya-tanya, "Adakah dia cucu kepada Raja Byakura?"
Pintu kereta ditutup. Dia mengatur langkah menuju ke pintu utama istana yang dikawal oleh dua orang pengawal istana dan dua ekor naga api dan air. Encik Kenta dan Crystal mengekorinya.
"Selamat datang ke Istana Tokugawa," ujar seorang pengawal sambil menundukkan kepalanya tanda hormat dan diikuti oleh pengawal seorang lagi dan dua ekor naga itu.
Dia hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Pintu utama istana dibuka oleh pengawal itu lalu mereka bertiga masuk ke dalam istana.
"Selamat datang ke istana, Putera Rikiya kesayangan beta," sambut mesra daripada Raja Byakura di hadapan pintu istana.
Rikiya berlari menuju ke arah datuknya yang telah lama dia ingin berjumpa. Dia memeluk datuknya seraya tiba di hadapannya. "Saya rindu datuk," ujarnya sambil menangis gembira.
"Sudah besar cucu beta. Akhirnya, masa pertemuan kita telah tiba," Raja Byakura turut memeluk cucunya dengan erat seperti tidak mahu dilepaskan lagi.
Kedengaran bunyi tapak kasut tumit tinggi dari arah atas di mana terletakknya tangga yang menyambungkan tingkat dua. Seorang nenek yang berusia tetapi tetap kelihatan muda seperti perempuan 30-an, Permaisuri Tokugawa Katsuki, isteri kepada Raja Tokugawa Byakura.
"Rikiya dah sampai," dia berjalan menuju ke arah mereka berdua. Sementara itu, pelukan mereka berdua dilepaskan. Rikiya tersenyum melihat neneknya. Wajah neneknya seperti seseorang yang dia kenali tetapi dia terlupa tentang orang itu.
Permaisuri berdiri di hadapan Rikiya lalu dia memeluk cucu kesayangannya itu sambil mengalirkan air mata, "Syukurlah. Cucu nenek terselamat dalam kemalangan itu. Kalau Akane dan Ryota masih hidup lagi, mesti mereka gembira dapat anak seperti kamu." Dia masih teringatkan anak tunggalnya dan menantu kesayangannya itu.
"Akane dan Ryota? Siapa yang nenek maksudkan itu?" Ingatan Rikiya semakin terjejas kerana jasad dan jiwanya tidak lagi bersama seperti sebelum ini. Sedikit demi sedikit memorinya akan terhakis.
Permaisuri dan raja terkejut apabila Rikiya berkata sedemikian. Permaisuri melepaskan pelukkannya tadi lalu dilihatnya anak mata Rikiya sedalam-dalamnya. "Tak mungkin!"
"Saya minta maaf kerana tidak sempat memberitahu perkara ini. Sebenarnya, memori Putera Rikiya semakin terhakis sejak Nariko memisahkan jasad dan jiwanya. Dia sendiri pun tak tahu siapa dia sebenarnya. Selepas saya terangkan kepada dia, sedikit demi sedikit dia dapat ingat kembali. Tapi.....Dia akan rasa tertekan kalau dia tak dapat ingat kembali," jelas Encik Kenta yang berdiri di hadapan Raja Byakura.
"Adakah setiap hari kamu jelaskan kepada dia?" Soal Raja Byakura.
"Ya. Sejak dia tinggal dengan saya selama tiga hari. Sebelum datang ke sini pun saya dah ceritakan tentang Tuanku dan Permaisuri kepada dia. Nasib baiklah dia masih ingat," Encik Kenta melihat ke arah Rikiya selepas selesai berbicara.
"Datuk, kenapa ada ramai orang dekat depan istana?" Rikiya melihat ke arah datuknya.
"Mereka datang untuk menyambut kedatangan cucu kesayang datuk ini," tangan kanannya diletakkan di atas kepala Rikiya yang masih memakai penutup kepala. Kemudian, ditariknya ke belakang untuk melihat wajah cucunya.
Wajah kacak Rikiya kelihatan. Dia tersenyum tatkala melihat datuknya. "Wajah kamu tak banyak berbeza daripada ayah kamu dan mata kamu sama macam ibu kamu," beliau menyentuh pipi kacak cucunya dengan menggunakan kedua-dua tangannya. "Lepas ni tinggallah di istana bersama-sama datuk dan nenek," pinta raja.
"Macam mana dengan sekolah saya. Mama dan papa mesti risau sebab saya tak balik ke rumah," dia masih ingat tentang sekolah dan keluarga angkatnya.
"Baiklah. Kalau macam itu. Kamu boleh datang ke istana pada bila-bila masa yang kamu mahu sebab pintu istana sentiasa terbuka untuk kamu," tangannya dilepaskan daripada wajah Rikiya. Dia membenarkan Rikiya tinggal bersama-sama keluarga angkatnya kerana dia mempunyai kehidupannya sendiri sebagai manusia.
"Kakanda, dah tiba masanya untuk kita perkenalkan cucu kita kepada rakyat jelata," ujar permaisuri yang berdiam diri tadi.
"Mari pergi," raja berjalan beriringan dengan Rikiya dan permaisuri. Manakala, Encik Kenta dan Crystal mengekori mereka dari belakang sehingga tiba di korido tingkat dua di mana mereka dapat melihat rakyat jelata di hadapan istana.
"Boleh saya tanya sesuatu?" Soal Rikiya kepada Raja Byakura ketika berjalan menuju ke tingkat tiga.
"Tanya saja,"
"Siapa sebenarnya anak datuk?Mama atau papa?" Itulah soalan yang bersarang dalam fikirannya ketika Raja Byakura bercakap tentang Ryota dan Akane.
"Anak datuk ialah mama kamu, Tokugawa Akane. Papa kamu pula ialah anak angkat datuk sebelum dia berkahwin dengan mama kamu," jelas Raja Byakura sambil melihat ke arah Rikiya.
Mereka tiba di tingkat tiga selepas lima minit menapak naik anak tangga dan berjalan menuju ke korido.
Raja Byakura memulakan ucapannya di hadapan rakyat jelatanya sebelum Rikiya memperkenalkan dirinya."Selamat pagi rakyat beta. Seperti yang kalian tahu, hari ini beta akan perkenalkan cucu kesayangan beta kepada rakyat beta," selesai sahaja dia berucap , dia melihat ke arah Rikiya lalu berkata, "Silakan."
Rikiya memejamkan matanya untuk mendapatkan ketenangan sebelum memulakan sesi perkenalannya. Matanya dibuka semula dan melihat rakyat jelata yang berjumlah tiga puluh ribu lebih di hadapannya.
"Apa khabar semua? Saya ialah Putera Hikari Rikiya anak tunggal kepada Hikari Ryota dan Tokugawa Akane. Saya gembira kerana dapat bertemu rakyat jelata Venadaland pada hari ini. Saya....... Saya dah tak tahu nak cakap apa lagi. Saya harap saya boleh menjadi putera yang terbaik untuk menjaga rakyat jelata di Venadaland ini. Demi masa depan dan rakyat Venadaland!" Ujarnya dengan semangat pada ayat terakhirnya.
Kedengaran tepukan gemuruh dan sorakan sokongan daripada rakyat Venadaland di hadapan istana. "Hidup Putera Rikiya!" Kata-kata yang dilaungkan berulang kali oleh mereka yang berada di hadapan istana.
Rikiya tersenyum puas selepas selesai memberi ucapan. Dilihatnya ke arah datuk dan neneknya yang berada di sebelah kanannya. Mereka berdua tersenyum kepada Rikiya seraya Rikiya membalas senyuman mereka.
YOU ARE READING
Aku Adalah Aku
VampireNoir Raiden adalah seorang pelajar lelaki yang sering dibuli oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah tinggi. Dalam dirinya terdapat jiwa yang lain iaitu jiwa vampire, Rikiya. Raiden adalah anak kepada seorang vampire dan manusia yang telah meningga...