BAB 24

729 72 2
                                    

'Crystal!' fikir Raiden. Raiden dan Inspektor Suzuku tidak dapat keluar dari wad tersebut kerana mereka sedang berhadapan dengan Keizo, vampire dan ahli sihir muda yang paling kuat di Venadaland. Adik-beradik Kei juga dikenali sebagai Twin Death.

"Masa untuk kau hidup dah tamat. Matilah sekarang!" Digunanya kuasa magik yang kuat untuk menghapuskan Raiden.

"Crystal!" Jerit Raiden yang ketakutan.

Serangan kuasa magik milik Keizo berjaya dipatahkan oleh Misya yang muncul secara tiba-tiba di hadapan Raiden.

"Kalian tak apa-apa?" Tanya Misya kepada Raiden dan Inspektor Suzuku yang berada di belakang Misya dan Crystal.

"Kami tak apa-apa," Raiden turun dari katil dan berjalan menuju ke tepi tingkap.

Crystal berjalan menuju ke arah Raiden sambil membawa sebilah pedang yang diserahkan oleh raja. Raiden mengambilnya.

"Ini pedang milik keluarga diraja. Tuanku serahkan kepada kau untuk mempertahankan diri sementara jiwa vampire kau masih dikurung," jelas Crystal. Raiden melihat ke arahnya.

"Kau berjumpa raja?" Soal Raiden.

"Jangan banyak tanya. Kita selesaikan mereka dulu. Lepas tu baru kita bincang," tegas Misya yang sedang berhadapan dengan Keizo.

"Jangan ingat kau boleh kalahkan aku!" Dia menggunakan kuasa magik api untuk berhadapan dengan Misya. Serangan dilakukan secara besar-besaran di dalam wad tersebut.

"Kalau nak bergaduh pergilah keluar," bisik Shadow yang muncul secara tiba-tiba di belakang Keizo.

"Sha....Shadow? Macam mana....." dia menjeling ke kiri untuk melihat Shadow di belakangnya. Darah menitis membasahi lantai.

"Abang Keizo!" Jerit Keiko apabila melihat Shadow menusukkan sabitnya pada belakang dada Keizo.

Pintu wad dibuka oleh Encik Kenta dan Ayato. 'Ramainya,' ujar Ayato dalam hati.

"Ayato?" Raiden terkejut apabila melihat Ayato berada di situ.

Keizo ketawa, "Cucu dia yang seorang lagi pun ada di sini. Senangnya kerja aku. Aku akan hapuskan kalian semua!"

Sayapnya dikembangkan lalu menepis Shadow jatuh ke lantai.

"Keiko, mari hapuskan mereka," arah Keizo kepada adiknya yang berada di hadapan Hanka dan Genji.

"Baiklah, abang," dia berjalan menuju ke arah Keizo.

"Habislah kita," ujar Misya yang mula kelihatan takut apabila melihat aura Twin Death di hadapannya.

Encik Kenta menghulurkan tangannya bagi membantu Shadow bangun."Kalau nak berlawan bukan di sini," Shadow mencapai tangan Encik Kenta lalu dia berdiri.

"Jangan banyak bercakaplah!" Keizo menyerang Shadow dengan menggunakan kuasa terkuatnya, "Death Poison."

Shadow berjaya mengelak. "Dimension War" wad tersebut menjadi gelap. Shadow telah menggunakan kuasa bayang dimensinya untuk membawa mereka bertarung di medan peperangan yang sebenar.

"Pilihan yang tepat pak cik," puji Misya.

"Hati-hati. Kita berhadapan dengan Twin Death. Kalau tersilap langkah kita akan mati," nasihat Crystal yang mengenali Twin Death.

"Jadi, ini ialah tempat maut yang pernah dikatakan oleh Pak cik Carlos dulu," ujarnya dengan nada mendatar.

Sebuah kawasan yang lapang dan dipenuhi dengan rumput yang nipis. Selain itu, terdapat sebatang sungai dan pondok kecil. Sebuah kawasan yang sangat tenang tetapi siapa sangka di sini ada banyak haiwan pemangsa yang merbahaya.

Aku Adalah AkuWhere stories live. Discover now