“Maaf kerana mengganggu. Saya datang ke sini untuk membuat siasatan tentang kes kematian Hiromi Mamoru pada malam tadi. Saya harap pihak sekolah boleh memberi kerjasama,” ujar Inspektor Suzuku kepada Pengetua Sekolah Menengah Tinggi Seika, Encik Nobunaga Mikado. Inspektor Suzuku mengambil tempat di sebuah kerusi yang terletak di hadapan meja Encik Mikado.
“Pihak kami akan memberi kerjasama kepada pihak tuan. Saya sangat risau tentang kejadian yang melibatkan tiga orang pelajar sekolah ini. Apakah perkara yang boleh saya bantu tuan?” Ujar Encik Mikado ketika duduk di kerusinya yang terletak bertentangan tempat duduk Inspektor Suzuku.
“Saya nak berjumpa dengan kawan-kawan Mamoru untuk soal siasat mereka tentang kejadian malam tadi,” terus terang Inspektor Suzuku.
“Baiklah, saya akan panggil mereka ke bilik mesyuarat,” Encik Mikado bangun dari kerusinya dan dia keluar dari biliknya. Manakala, Inspektor Suzuku mengekori Encik Mikado dari belakang.
“Cikgu Mirai, tolong buat pengunguman di padang sekejap. Panggil semua kawan-kawan Hiromi Mamoru jumpa saya di bilik mesyuarat,” perintah Encik Mikado kepada Cikgu Mirai yang baru masuk ke dalam bilik guru untuk mengambil botol airnya.
“Baiklah. Saya pergi sekarang,” Cikgu Mirai bergegas keluar dari bilik guru selepas mengambil botol airnya yang terletak di atas mejanya.
“Mari pergi ke bilik mesyuarat,” ajak Encik Mikado. Mereka berdua berjalan menuju ke bilik mesyuarat yang terletak tidak jauh dari bilik guru.
Hai, saya harap kalian suka bab kali ini. Maaf sekiranya cerita ini tidak menarik kerana saya ada masalah kesihatan buat masa ini.
-Mizuki_Anazuki-
YOU ARE READING
Aku Adalah Aku
VampireNoir Raiden adalah seorang pelajar lelaki yang sering dibuli oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah tinggi. Dalam dirinya terdapat jiwa yang lain iaitu jiwa vampire, Rikiya. Raiden adalah anak kepada seorang vampire dan manusia yang telah meningga...