Mangsa kedua kes pembunuhan. Tiada sebarang perbezaan daripada kes pembunuhan yang pernah berlaku sebelum ini. Mangsa yang dikenali sebagai Hiromi Mamoru,17 tahun telah mati di lorong kawasan perumahan berhampiran rumah mangsa. Mangsa telah dibunuh dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai menjalani latihan sukan di sekolahnya. Masa kematian dianggarkan pada pukul 7.00 malam sehingga 7.30 malam. Mangsa mati kerana kehilangan banyak darah.
“Kes yang sama berulang lagi? Sampai bila pembunuh itu nak teruskan pembunuhannya?” Soal Inspektor Suzuku ketika melihat mangsa kejadian di tempat tersebut.
“Kali ini ada duit pula? Kalau pembunuh itu mahukan duit, kenapa dia tidak ambilnya sekali sebelum pergi?” Tanya Ayato yang berdiri di belakang Inspektor Suzuku.
“Kamu lagi? Kenapa kamu selalu sahaja muncul di tempat-tempat kejadian?” Soal Inspektor Suzuku apabila melihat Ayato yang berada di belakangnya.
“Saya ini detektif sebab itu saya selalu berada di tempat kejadian,” jawab Ayato.
“Saya tidak suka budak-budak bawah umur ada dekat sini. Lebih baik kamu pergi balik sebelum saya marah,” tegas Inspektor Suzuku.
“Saya bukan budak-budak bawah umur. Umur saya sudah dua puluh tahun. Lagi pun saya datang ke sini sebab nak membantu selesaikan kes ini,” jawab Ayato sambil bercangkung melihat mayat mangsa kejadian.
“Kamu ini sama macam ayah kamu. Hei, jangan sentuh guna tangan kamu,” ujar Inspektor Suzuku apabila Ayato mahu mengambil wallet milik mangsa.
“Saya tahu la,” Ayato mengambil sarung tangan plastik yang berada di dalam poket seluar sebelah kirinya lalu dipakainya sarung tangan tersebut pada kedua-dua tanganya.
“Kenapa Inspektor suka samakan saya dengan ayah? Ayah saya itu hebat sangat ke? Saya tidak pernah dengar pun dia selesaikan kes dengan sempurna,” ujar Ayato ketika membelek-belek wallet tersebut.
“Siapa kata dia tidak pernah selesaikan kes sebelum ini? Untuk pengetahuan kamu, dia sudah banyak berjasa dalam membantu pihak polis selesaikan kes yang sukar untuk diselesaikan sebelum ini. Kamu cakap macam itu sebab kamu masih bencikan dia ke?” Soal Inspektor Suzuku yang merupakan rakan karib kepada ayah Ayato ketika dia masih hidup.
“Saya tidak bencikan dia tetapi saya cuma geram selepas kejadian tujuh belas tahun lepas. Kenapa dia sanggup tinggalkan mak semata-mata untuk berkahwin dengan perempuan itu? Kemudian, mereka tinggalkan Tokyo tanpa beritahu kami,” jelas Ayato. Dia meletak semula wallet tersebut di tempat asal selepas memeriksanya.
“Pasal itu, saya sendiri pun tidak faham. Kenapa dia sanggup tinggalkan perempuan secantik Fumiko semata-mata untuk bersama-sama perempuan yang dia baru kenal dalam masa lima bulan itu?” Keluh Inspektor Suzuku.
“Sebab cinta. Ayah lebih cintakan dia berbanding mak,” Ayato berdiri selepas meletakkan semula wallet tersebut dan dia menghadap ke arah Inspektor Suzuku.
“Inspektor Suzuku, saya nak libatkan diri dalam kes ini. Saya harap Inspektor tidak menghalang saya lagi,” pinta Ayato dengan wajahnya yang kelihatan serius.
“Budak ini memang degil. Aku memang tidak boleh menghalangnya lagi,” rungut Inspektor Suzuku dalam hati.
“Baiklah. Saya halang kamu selama ini pun sebab saya tidak mahu mak kamu risau tentang kamu. Kerja pihak polis dan penyiasat memang bahaya sebab itu mak kamu tidak mahu kamu ikut jejak langkah ayah kamu,” nasihat Inspektor Suzuku.
“Janganlah beritahu mak pasal hal ini kalau sudah tahu tentang perkara itu. Lagi pun, kes ini sama macam sebelum ini,” Ayato berfikir sejenak selepas berkata sedemikian.
“Maksud kamu?” Soal Inpektor Suzuku.
“Tidak penting sangat untuk Inspektor tahu,” Ayato membuka sarung tangan plastik tersebut lalu disimpan di dalam poket seluar pada sisi kirinya.
“Inspektor Suzuku, saya sudah bawakan ibu bapa mangsa ke sini,” beritahu seorang ahli anggota polis yang berjalan menuju ke arah mereka berdua.
“Maaf kerana mengganggu tuan dan puan pada waktu malam macam ini. Saya....” belum sempat Inspektor menghabiskan kata-katanya, mak kepada Mamoru menangis apabila melihat Mamoru telah mati di tempat kejadian.
“Mamoru!” Dia terkejut dan terduduk di atas jalan sambil meraung memanggil nama anaknya.
“Sayang, sabarlah. Pihak polis pasti akan jumpa pembunuhnya nanti,” nasihat suaminya yang bercangkung di sisi kanannya.
“Maafkan saya. Adakah tuan dan puan tahu tentang rakan-rakan mangsa?” Soal Ayato ketika berdiri di sebelah kiri Inspektor Suzuku.
“Saya kenal sebab mereka selalu datang ke rumah kami,” ujar mak kepada Mamoru.
“Bolehkah puan serahkan kepada saya nombor telefon mereka?”Tanya Ayato.
“Tidak perlu buat macam itu. Esok pihak polis akan pergi ke sekolah mereka untuk membuat soal siasat,” ujar Inspektor Suzuku.
“Baiklah. Esok saya akan ikut ke sekolah mereka,” ujar Ayato. Kemudian, telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej diterima. Ayato mengambil telefon bimbitnya yang terdapat di dalam poket seluar pada sisi kanannya.
“Ayato, bila kamu nak balik? Sudah lewat malam. Mak risau kamu keluar waktu malam macam ini. Cepatlah balik,” Ayato menyimpan semula telefon bimbitnya selepas membaca mesej yang telah dihantar oleh maknya.
“Kamu patut balik sekarang,” ujar Inspektor Suzuku kepada Ayato selepas dia melihat mesej daripada mak Ayato.
“Ya, saya balik sekarang,” Ayato mengaluh pada hujung ayatnya. Dia berjalan menuju ke sebuah kereta Honda merah miliknya yang terletak tidak jauh dari kawasan tersebut. Enjin kereta dihidupkan dan dia terus memandu menuju ke kawasan perumahannya
“Pihak polis akan cuba selesaikan kes pembunuhan ini. Tuan dan puan jangan terlalu risau. Kami pasti akan jumpa pembunuhnya,” ujar Inspektor Suzuku kepada ibu bapa mangsa.
YOU ARE READING
Aku Adalah Aku
VampireNoir Raiden adalah seorang pelajar lelaki yang sering dibuli oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah tinggi. Dalam dirinya terdapat jiwa yang lain iaitu jiwa vampire, Rikiya. Raiden adalah anak kepada seorang vampire dan manusia yang telah meningga...