Mereka telah tiba di rumah Misya. Kereta diberhentikan di tempat letak kereta di hadapan rumahnya. Pintu kereta dibuka dan Misya mendukung Crystal lalu di bawa keluar bersama-samanya. Setelah pintu kereta ditutup, mereka berjalan menuju ke rumah.
"Dah lama tak datang ke sini," Crystal turun dari dukungan Misya. Pintu rumah dibuka oleh Misya seraya itu Crystal masuk ke dalam rumah. Dia terus menuju ke sofa yang terletak di ruang tamu.
"Awak dan kucing dah tak ada bezanya," sakat Misya. Dia berjalan menuju ke dapur.
"Sampai hati awak cakap macam tu,"rajuk Crystal. Dia menyorok di belakang bantal sofa.
"Awak nak minum?" Tanya Misya yang berada di dapur. Dia berjalan menuju ke sebuah peti yang dipenuhi dengan stok darah. Dia mengambil sebuah jug yang diisi dengan darah jenis O dan diletakkan di atas meja makan.
"Tak nak," jawab Crystal yang masih merajuk.
"Betul awak tak nak minum ni? Ruginya sebab ini jenis darah kegemaran awak," dia menuju ke rak gelas dan mangkuk. Dia mengambil gelas dan mangkuk . Kemudian, diletakkan di atas meja.
"Nak!" Pantas Crystal berlari ke dapur apabila dia terbau darah tersebut. Dia terus melompat ke atas meja.
"Cepatnya sampai," perli Misya. Dituangnya darah ke dalam mangkuk yang berada di hadapan Crystal. Tanpa menunggu, Crystal terus menjilatnya dengan gelojoh.
"Awak dah berapa lama tak dapat darah?" Soal Misya sambil menuangkan darah ke dalam gelasnya pula.
"Dua hari," jujurnya lalu menjilatnya semula.
"Uh? Apa maksud awak dengan dua hari tu. Setahu saya, dah seminggu saya tak bawa awak datang ke sini sebab saya balik ke Venadaland," Misya terkejut dengan penyataan Crystal.
Crystal berhenti menjilat darah tersebut lalu dilihatnya wajah Misya, "Itu...... Putera Rikiya yang bagi."
"Darah siapa?" Misya memandang tajam ke arah Crystal.
'Aku patut beritahu perkara yang sebenar atau tidak?' Dia gelisah jika Misya marah.
"Cakaplah," tegas Misya.
"Da....Darah dia sendiri," dia memejamkan matanya kerana takut dengan kenyataan.
"Apa? Awak dah gilakah? Kalau Tuanku tahu mesti dia marah. Tuanku percayakan awak. Tapi kenapa awak buat perkara itu pada cucu dia?" Marah Misya ysng berdiri di hadapan meja makan.
"Saya minta maaf. Masa tu saya tak boleh tahan nafsu sebab saya sangat dahagakan darah," dia mengakui kesalahannya.
"Mungkin salah saya juga sebab balik lambat ke sini," Misya kesal dengan dirinya sendiri.
"Ini bukan salah awak. Ini salah saya," Crystal berjalan menuju ke arah Misya. Dilihatnya wajah Misya yang sedih.
"Saya tak sanggup kalau awak dihukum oleh Tuanku," Misya mengambil Crystal lalu dipeluknya.
"Kalau macam itu, janganlah beritahu Tuanku. Putera Rikiya sendiri pun tak marah," ujar Crystal.
"Ya. Saya akan rahsiakannya demi awak," pelukkannya semakin erat.
"Saya dah jangka perkara ini akan berlaku," ujar seorang nenek di sebalik dinding dapur. Dia berjalan menuju ke arah mereka berdua.
"Puan Pendeta Mirai?" Ujar mereka serantak dengan perasaan terkejut.
"Apa khabar, cucu-cucuku? Jangan risau, nenek tak akan beritahu Tuanku," dia berhenti di sebuah kerusi dan duduk di atas kerusi itu.
"Khabar baik. Bila Puan Pendeta sampai? Kami tak perasan pun," Soal Misya kepada Puan Pendeta. Dia duduk di atas sebuah kerusi yang terletak di hadapan meja makan yang bertentangan dengan nenek itu.
"Nenek baru saja sampai. Crystal dah semakin comel. Boleh nenek buat bantal golek?" Selorohnya sambil tersenyum nakal.
"Tidak!" Crystal memeluk erat leher Misya kerana takut akan Puan Pendeta itu.
"Nenek bergurau saja. Janganlah takut. Kalau kamu jadi bantal golek nenek, siapa pula nak jadi bantal golek Misya," sakat Puan Pendeta.
"Puan Pendeta ni memang pandai bergurau," ujar Misya lalu ketawa kecil. "Dan dia dah buat awak takut," sakat Misya pula sambil melihat ka arah Crystal.
"Baiklah, kita bincang perkara yang sepatutnya," Crystal turun dari leher Misya dan berdiri di atas meja dengan wajah seriusnya.
"Kamu dah mula serius. Bagus," puji Puan Pendeta. Crystal berjalan dan menghadap Puan Pendeta. Dia berhenti di hadapan Puan Pendeta dan duduk di situ.
"Saya tak nak buang masa. Beritahu saya sekarang juga," pinta Crystal.
"Baiklah. Nenek akan beritahu," Puan Pendeta menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum memulakan perbincangan.
"Putera Rikiya dalam bahaya. Jiwa vampirenya telah dikurung oleh Nariko......" belum sempat kata-kata dihabiskan Crystal telah menyampuk.
"Tak guna punya ahli sihir," perasaan amarahnya mula kelihatan pada mata Crystal. Mata birunya bertukar menjadi merah.
"Sabar. Belum habis lagi," nasihat Misya yang berada di belakangnya.
"Dia akan terus hidup dalam ketakutan sebab jiwa vampire dia telah dikurung. Crystal, sekarang ini cuma kamu saja yang mampu tangani mimpi ngeri Putera Rikiya. Kalau kamu tiada di sisinya, mimpi ngeri itu akan menghantui hidupnya. Sementara Knight yang lain mencari kedudukan Nariko, kamu perlu bersabar dengan situasi sekarang ini," jelas Puan Pendeta.
"Saya akan lakukan apa saja untuk Putera Rikiya. Termasuklah melindungi dia dengan nyawa saya sendiri," tekad Crystal.
"Crystal, lepas makan malam Tuanku mahu kamu berjumpanya di istana. Nenek tidak tahu perkara apa yang dia mahu bincangkan," beritahu Puan Pendeta.
"Saya akan ke sana malam ini," ujarnya dengan bersemangat.
"Tuanku percayakan kamu dan ayah kamu sebab itu dia mahu kalian berdua yang menjaga cucu-cucunya," Puan Pendeta bangun dari kerusi dan berpusing ke belakang.
"Tuanku tahu keistimewaan dan kesetiaan kalian. Tiada vampire yang sama seperti kalian kecuali ahli keluarga Salles yang paling dipercayai oleh Raja Byakura," dia berjalan dan hilang di sebalik dinding dapur.
"Saya akan jaga dia dengan baik. Tiada seorang pun musuh yang boleh menyentuh dia selepas ini," Crystal berpegang teguh dengan tugasannya sehingga sanggup pertaruhkan nyawanya.
"Crystal, saya akan tolong awak," tawar Misya. Crystal mengatur langkah menuju ke mangkuk yang dipenuhi darah tadi lalu dijilatnya dengan perlahan-lahan. Misya hanya memerhatikannya sambil minum darah di dalam gelasnya.
YOU ARE READING
Aku Adalah Aku
VampireNoir Raiden adalah seorang pelajar lelaki yang sering dibuli oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah tinggi. Dalam dirinya terdapat jiwa yang lain iaitu jiwa vampire, Rikiya. Raiden adalah anak kepada seorang vampire dan manusia yang telah meningga...