Cat Cafe sangat sibuk daripada pagi sehingga ke petang kerana kafe ini tidak lekang dengan kehadiran pelanggan. Kucing dijadikan sebagai tarikan di Cat Cafe ini. Terdapat dua puluh ekor kucing yang pelbagai jenis di dalam kafe ini. Namun, hanya seekor kucing yang menjadi tarikan pelanggan-pelanggan di sini, Crystal. Dia ialah kucing yang berwarna hitam dengan tompokan berwarna putih dan mempunyai bulu yang gebu. Dia sering kelihatan di kaunter atau di hadapan pintu bersama-sama penyambut pelanggan.
'Sampai bila aku akan terus jadi kucing macam ni? Bosannya. Raiden pun tak datang hari ini,' rungut Crystal. Dia berjalan terkedek-kedek menuju ke kaunter. Dipanjatnya kerusi yang berada di hadapan kaunter dan dia naik ke atas meja kaunter. Dia duduk di atas meja sambil melihat pelanggan-pelanggan sedang menjamu selera.
"Wah, comelnya kucing ni. Apa nama dia?" Tanya seorang gadis yang berdiri di hadapan kaunter. Dia melihat ke arah Crystal sambil tersenyum manis.
"Meow~" Crystal bangun lalu berjalan menuju ke arah gadis itu sambil membuat wajah manja.
"Ini ialah Crystal. Kucing nombor satu di kafe ini," jelas Kaoru yang berada di kaunter itu.
"Crystal~" dia mengusap kepala Crystal dengan lembutnya. Crystal hanya menikmatinya sambil mengiau.
'Macam ni pun seronok juga. Hari-hari jadi tarikan gadis-gadis cantik.' Walaupun dia sudah bertukar menjadi kucing tetapi sikapnya tetap sama, playboy dan sentiasa dikelilingi oleh gadis-gadis cantik.
"Crystal sayang~" panggil seorang gadis yang sangat dikenalinya, Misya. Dia ialah pelanggan tetap di Cat Cafe ini.
"Dah datang. Kekasih hatiku, Misya," Crystal berlari ke arah Misya dan mengendahkan gadis yang mengusap kepalanya tadi.
"Ke mana dia nak pergi?" Soal gadis itu sambil melihat ke arah Crystal.
"Jumpa kekasih hati dia,Cik Misya. Selain daripada tuan dia, Cik Misya ialah orang yang paling rapat dengannya," jelas Kaoru sambi tersenyum melihat Crystal dan Misya.
Crystal melompat ke arah Misya dan terus dalam dakapan yang erat. Diciumnya pipi Crystal yang gebu.
"Walaupun awak dah jadi kucing sekali pun, saya tetap sayangkan awak," bisik Misya pada telinga kanan Crystal ketika mendukungnya.
"Terima kasih sayangku," Crystal menggesel-geselkan kepalanya pada dada Misya tanda manja.
"Gatalnya," dia terketawa manja.
"Apa khabar, Kaoru? Raiden mana?" Misya tercari-cari keberadaan Raiden sambil berjalan di kaunter itu.
"Khabar baik. Eh, kau tak tahu ke Raiden masuk hospital dua hari lepas?" Ujar Kaoru.
"Saya tak tahu pun. Apa yang dah berlaku?" Misya duduk di sebuah kerusi yang terdapat di hadapan kaunter. Crystal diletakkan di atas meja kaunter.
"Saya tak tahu tentang itu sebab masa itu dia dah berada dalam kesakitan," jelas Kaoru.
"Meow~" Crystal meletakkan tangan gebunya di atas tangan kanan Misya. Misya melihat ke arah Crystal.
"Kaoru, saya nak pinjam Crystal kejap. Dah lama kami tak keluar sama-sama," ujar Misya lalu diusapnya kepala Crystal.
"Pergilah. Tapi balik sebelum kafe tutup, faham," pesan Kaoru.
"Meow~" Crystal mengiau tanda faham sambil melihat ke arah Kaoru.
"Kucing bijak," Kaoru mencubit pipi gebu Crystal.
'Aku bukan kucinglah. Aku vampire,' rungut Crystal dalam hati.
"Kami pergi dulu," Misya mendukung Crystal lalu dibawanya keluar bersama-sama.
"Misya memang cantik tapi dia dah jadi milik Raiden," hanya salah faham Kaoru. Sebenarnya Misya ialah teman wanita Crystal sejak di Venadaland. Dia juga sering bersama-sama Crystal dan membawanya pulang ke Venadaland.
"Saya datang jumpa awak sebab nak bawa awak berjumpa dengan Puan Pendeta Mirai," beritahu Misya dalam perjalanan menuju ke kereta miliknya.
"Untuk apa?" Soal Crystal sambil melihat wajah jelita teman wanitanya.
"Tak tahu. Tapi katanya ini perintah daripada Tuanku," jelas Misya. Pintu kereta dibuka. Crystal diletakkan di tempat duduk di sebelah tempat memandu.
"Mesti tentang Putera Rikiya," teka Crystal. Dia mengambil tempatnya dan duduk dengan selesa.
"Rasanya. Lagipun, kalau mereka cari awak mesti sebab itu saja," pintu kereta ditutup selepas dia masuk ke dalamnya.
"Misya, awak rasa sampai bila saya akan jadi macam ni? Macam mana kita nak langsungkan majlis perkahwinan kita tahun depan?" Keluh Crystal sambil menunjukan wajah sedihnya.
"Sabarlah. Saya akan tunggu awak. Jangan risau sebab dalam hati saya hanya ada awak saja," ciuman diberikan pada kepala Crystal yang gebu.
"Tapi saya......" jari telunjuk Misya diletakkan pada mulut Crystal.
"Saya pun sedang berusaha cari tempat persembunyian ahli sihir tu. Awak tolonglah bersabar sikit. Tugas awak ialah menjaga Putera Rikiya. Jadi, jangan fikir sangat nak kembali ke bentuk asal. Rupa awak yang macam ni tak mencurigakan orang lain dan awak kelihatan lebih comel daripada kucing biasa," pujuk Misya. Enjin kereta dihidupkan.
"Baiklah sayang."
Misya memula memandu dan destinasinya ialah rumahnya yang terletak tidak jauh dari situ.
YOU ARE READING
Aku Adalah Aku
VampireNoir Raiden adalah seorang pelajar lelaki yang sering dibuli oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah tinggi. Dalam dirinya terdapat jiwa yang lain iaitu jiwa vampire, Rikiya. Raiden adalah anak kepada seorang vampire dan manusia yang telah meningga...