"Raiden, ada orang nak berjumpa dengan kau," ujar seorang lelaki berusia 20-an. Dia ialah salah seorang pekerja di Cat Cafe, Hiwajima Hajime.
"Saya pergi sekarang," Raiden berjalan menuju ke pintu dapur lalu keluar dan menuju ke kaunter.
"Noir Raiden. Kamu bekerja di sini rupanya," ujar Inspektor Suzuku yang duduk di hadapan kaunter.
"Tuan buat apa di sini?" Raiden terkejut apabila melihat Inspektor Suzuku berada di hadapannya.
"Saya datang sebab nak minum kopi. Katanya, di sini ada pakar kopi yang handal. Adakah orang itu ialah kamu?" Soal Inspektor Suzuku sambil melihat tepat ke mata Raiden.
"Dia tahu banyak perkara pasal aku. Dalam fikiran dia penuh dengan maklumat aku. Apa yang dia nak daripada aku? Sekejap! Dia mahu aku terlibat dengan kes pembunuhan itu lagi. Tapi aku dah tak belajar di Sekolah Menengah Tinggi Seika. Perkara yang paling kusut lagi ialah macam mana aku nak selesaikannya sedangkan aku yang lakukan semua kes itu," fikir Raiden setelah membaca fikiran Inspektor Suzuku ketika mereka bertentang mata.
"Raiden, kenapa kamu mengelamun?" Soal Inspektor Suzuku sambil memandangnya hairan.
"Tak... Saya....." tiba-tiba, dia didatangi oleh rakan sekerjanya, Toku Kaoru.
"Maaf mengganggu. Saya nak pinjam Raiden sekejap," ujar Kaoru dengan sopan.
"Kenapa?" Soal Raiden kepada rakannya.
"Crystal hilang lagi. Aku dah puas cari dia tadi," beritahu Kaoru dengan nada yang risau kerana kucing itu diamanahkan oleh Raiden untuk menjaganya. Hal ini kerana Kaoru bertugas dalam penjagaan kucing di Cat Cafe ini.
"Jangan risau. Dia tak ke mana-mana pun," ujar Raiden dengan yakinnya.
"Baiklah kalau macam itu, aku pergi sambung kerja aku," Kaoru berlalu pergi meninggalkan kaunter tersebut.
"Crystal tu kucing kamu ke?" Soal Inspektor Suzuku ingin tahu.
"Ya. Disebabkan papa tak suka kucing, saya tinggalkan Crystal di kafe ni. Lagi pun di sini ada ramai orang yang menjaganya. Saya tak rasa risau sangat," jelas Raiden sambil mencapai teko kopi yang berada di atas rak.
"Dah berapa lama kamu bekerja di sini?" Sudah menjadi kebiasaan bagi pegawai polis yang berusia 40-an ini. Dia memang suka soal siasat walaupun di luar waktu kerja.
"Tiga tahun. Mama dan papa tak tahu saya bekerja di sini selama ini. Saya harap tuan dapat simpan rahsia ini baik-baik. Atau saya yang akan dihalau keluar dari rumah nanti," terus terang Raiden. Diambilnya bekas serbuk kopi yang terdapat di rak kopi pada sudut kanan kaunter.
"Baiklah. Morikawa kata, kamu dah tukar sekolah. Rasanya sukarlah nak selesaikan kes-kes pembunuhan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tinggi Seika tu," dia berasa kecewa terhadap perkara tersebut.
"Memang tidak dapat dielakkan sebab papa takut saya akan jadi mangsa yang seterusnya," jelas Raiden dengan maksud yang tersirat.
"Betul juga," dia mengakui kebenarannya.
Raiden membru kopi tersebut dan dimasukkan ke dalam cawan. Aroma kopi yang menyegarkan memenuhi ruang kafe tersebut. Dia menjadi perhatian para pelanggan di situ ketika menuang kopi yang beraroma unik itu ke dalam cawan.
"Meow~" Crystal duduk di atas sebuah kerusi di sebelah kanan Inspektor Suzuku di hadapan kaunter tersebut.
"Crystal, saya tahu kamu masih ada di sini," ujar Raiden sambil tersenyum kepada kucing parsinya yang berwarna hitam bertompok-tompok putih.
"Comelnya kucing kamu," puji Inspektor Suzuku. Crystal melompat ke atas meja kaunter lalu duduk di tepi cawan kopi yang dihidangkan kepada Inspektor Suzuku.
YOU ARE READING
Aku Adalah Aku
VampireNoir Raiden adalah seorang pelajar lelaki yang sering dibuli oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah tinggi. Dalam dirinya terdapat jiwa yang lain iaitu jiwa vampire, Rikiya. Raiden adalah anak kepada seorang vampire dan manusia yang telah meningga...