BAB 7

965 81 2
                                    

"Raiden, petang ni kita main bola dekat padang, nak?" Ajak rakan baiknya, Eiji. Eiji merupakan rakan sekelas yang sangat baik dengan Raiden sejak mereka berada di dalam kelas 5-3.

Mereka berjalan bersama-sama ketika pulang ke rumah masing-masing kerana mereka menggunakan jalan yang sama sebelum mereka dipisahkan oleh beberapa lorong di kawasan perumahan.

"Tak ada masalah. Kita jumpa di sana petang ni," ujar Raiden dengan mesranya.

"Jumpa petang ni," Eiji mengatur langkah menuju ke lorong yang menghala ke kawasan perumahannya.

"Ya," Raiden melihat rakan baiknya sehingga hilang disebalik tembok di kawasan perumahan tersebut. Kemudian, dia mengatur langkah menuju ke lorong yang bertentangan dengan lorong yang dilalui oleh Eiji.

Masa berlalu dengan pantas. Waktu petang yang mendung menyelubungi kawasan perumahan ini. Raiden berjalan sendirian ketika menuju ke padang yang terletak di antara kawasan perumahan Eiji dan kawasan perumahannya.

Ketika dia melintasi kawasan perumahan Eiji, dia terlihat Hiroki berjalan menuju ke kawasan perumahan Eiji. Pada tangan kanannya terdapat satu beg jerami yang mencurigakan. Raiden berasa ada sesuatu yang tidak kena lalu dia mengekori Hiroki tanpa pengetahuan Hiroki.

Hiroki masuk ke pekarangan rumah Eiji yang tidak berkunci pagarnya. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke pintu rumah Eiji sambil membawa beg jerami pada tangan kanannya.

Eiji membuka pintu rumahnya tanpa diketuk oleh Hiroki kerana dia mahu keluar untuk berjumpa Raiden di padang. "Kau?" Dia terkejut apabila melihat Hiroki berada di hadapan pintu rumahnya.

"Selamat petang," ujar Hiroki dengan senyuman mesranya.

"Apa kau buat di sini?" Soal Eiji yang kelihatan ketakutan apabila melihat Hiroki berada di hadapannya. Tambahan pula, dia sendirian di rumah pada petang itu.

"Aku ada bawa hadiah untuk kau. Khas untuk kau seorang saja. Kau mesti suka," Hiroki berjalan menuju ke arah Eiji. Manakala, Eiji berundur ke belakang kerana ketakutan. Pintu ditutup dan dikunci oleh Hiroki apabila dia telah berjaya masuk ke dalam rumah Eiji.

Eiji berlari lintang-pukang menuju ke biliknya yang terletak di tingkat dua. Kemudian, dia masuk ke dalam biliknya dan menguncinya.

"Ke mana kau  nak lari, budak lembik?" Hiroki berjalan menuju ke bilik Eiji.

"Pergi!" Halau Eiji yang ketakutan. Dia menyorok di dalam selimut yang terletak di atas katilnya.

Hiroki memulas tombol pintu bilik tersebut, "Jangan ingat aku tak boleh masuk ke dalam bilik kau," Hiroki mengeluarkan dawai yang berada di dalam poket kiri seluarnya dan menggunakannya untuk membuka pintu tersebut.

Raiden tiba di hadapan rumah Eiji, "Kenapa Hiroki datang ke sini?" Dia berjalan menuju ke pintu rumah Eiji lalu memulas tombol pintu tersebut. Ternyata pintu itu telah dikunci.

"Pergi!Jangan datang dekat!" Kedengaran jeritan Eiji dari dalam rumah tersebut. Raiden mengalihkan padangan ke tingkat dua di mana terletaknya bilik Eiji.

"Eiji!" Jerit Raiden dengan memanggil nama rakannya.

"Raiden!Tolong aku!" Suara ketakutan Eiji jelas kedengaran. Raiden cuba membuka pintu rumah tersebut tetapi gagal.

Seluruh badan Eiji dililit kemas oleh dua ekor ular yang bersaiz sederhana besar. Hiroki melihat Eiji yang hampir separuh mati kerana tidak dapat bernafas. Dia tersenyum ketika melihat kejadian itu berlaku di hadapan matanya kerana dia berasa puas selepas melakukannya.

"Lain kali, kalau aku suruh kau buat sesuatu itu kau perlu buat saja tanpa membantah. Tengok, sekarang kau sendiri dah terima padahnya. Antara nyawa kau dan Raiden, nyawa siapa yang lagi penting?" Dia berdiri di hadapan katil dengan wajah syaitannya.

"Aku tak akan lakukan perkara itu terhadap kawan aku sendiri," tegas Eiji yang semakin lemah.

"Kawan? Aku rasa kau memang patut terimanya sebagai wakil 'kawan' kau tu," dia ketawa sepuas hatinya selepas mengatakannya.

Sementara itu, Raiden menelefon polis untuk membuat laporan. Rasa resah gelisahnya semakin bertambah apabila suara Eiji tidak kedengaran lagi.

'Apa yang dia lakukan kepada Eiji?'Fikir Raiden.

Tiba-tiba, pintu dibuka oleh seseorang. "Hiroki?" Raiden berasa geram apabila melihat Hiroki berdiri di hadapan pintu rumah tersebut.

"Noir Raiden, kau datang tepat pada masanya. Eiji dah tunggu kau dekat syurga. Tak nak jumpa dengan dia ke?" Kata-kata Hiroki menambahkan perasaan marah Raiden terhadap Hiroki.

"Tak guna!" Raiden menyerang Hiroki secara tiba-tiba. Namun, Hiroki dapat mengelaknya dengan mudah.

"Budak lemah tetap akan jadi lemah," ejek Hiroki sesuka hatinya. Dia mengeluarkan sebilah pisau lipat dari poket seluar kanannya lalu ditusuknya pada perut Raiden sehingga darah mengalir membasahi lantai di ruang tamu.

Raiden mengerang kesakitan lalu rebah ke lantai, " Kenapa kau lakukan semua ini?" Soal Raiden sambil menahan kesakitan pada perutnya.

"Sebab aku tak suka kalian selalu dipuji oleh Cikgu Ayumi. Aku pula sering kelihatan teruk di mata dia," ujarnya dengan rasa tidak puas hati.

"Kau lakukan semua ini sebab cemburu,"Raiden menggagahkan dirinya untuk bangun tetapi dia gagal kerana Hiroki memijak belakangnya dengan sekuat hati.

"WARGH!" Jeritnya kerana kesakitan.

"Lebih baik kau mati saja sekarang. Tak menyusahkan hidup aku," Hiroki menikam tulang belakang Raiden sehingga Raiden termuntah darah.

"DARAH~" suara itu kedengaran jelas di telinga Raiden.

"Kau tak sepatutnya wujud di dunia ini," ujarnya dengan suara yang lantang. Kemudian, dia ketawa seperti orang hilang akal.

"Darah dibalas dengan darah. Dia yang sepatutnya tidak wujud dalam dunia ini," suara yang tidak asing lagi bagi Raiden tetapi dia tidak tahu itu suara siapa.

"Aku.... Tak akan mati...." ujar Raiden sebelum memejamkan matanya kerana terlalu lemah dan nyawa-nyawa ikan.

"Aku dah bersihkan sampah-sampah yang tak guna," pisau lipat yang digunanya tadi disimpan di dalam poket kanan seluarnya.

"Aku rasa puas hari ini," dia ketawa sendirian ketika berjalan menuju ke pintu belakang. Kemudian, dia keluar dari rumah tersebut melalui pintu belakang.

Eiji telah mati di dalam biliknya akibat sesak nafas kerana dililit kemas oleh dua ekor ular yang dibawa oleh Hiroki. Ular-ular tersebut masih melilit mayat Eiji yang kelihatan semakin pucat.

Aku Adalah AkuWhere stories live. Discover now