Justina menghempaskan tubuhnya di atas tilam selepas masuk ke dalam biliknya yang terletak di sebelah bilik Rikiya. Matanya melihat ke siling sambil memikirkan sesuatu.
"Romanel? Aku ingat dah tak nak balik ke sana lagi tapi.....Kalau aku tidak ke sana macam mana nak beritahu Pakcik Levin tentang ahli sihir tu. Benteng tu pun aku tak boleh buat sendirian," keluhnya.
Tangan kanan Justina mencapai bantal golek lalu dipeluknya, "Macam mana kalau dia ada di sana? Aku bencikan lelaki tak guna tu."
Justina terbayangkan seorang jejaka yang sekian lama menjadi igauannya selama ini. Dia ialah seorang lelaki yang pelik dan mengamalkan ilmu hitam, Micheal.
"Ri....Rikiya! Hentikan! Janganlah macam ni. Macam mana aku nak kemaskan barang kau kalau kau buat aku macam ni?" Suara Crystal jelas kedengaran dari bilik sebelah.
Justina duduk di atas katilnya. Kemudian, dia berdiri dan mengatur langkah menuju ke dinding yang menjadi pemisah bilik mereka. Justina cuba curi dengar perbualan mereka di sebelah biliknya.
"Aku dah tak tahan la. Tak kesian ke dekat aku ni? Lagi pun darah kau tu sedap sangat."
Justina menelan air liurnya sendiri kerana berasa takut apabila mendengar kata-kata Rikiya sebentar tadi.
"Vampire pun boleh hisap darah vampire lain ke?" Persoalan yang mula berputik dalam fikiran Justina ketika ini.
Crystal berdiri dari katil setelah selesai mengemas barang Rikiya ke dalam beg untuk dibawa ke Romanel esok.
"Crystal. Kau nak ke mana tu?"
"Balik bilik. Aku dah mengantuk. Esok kena bangun awal sebab nak pergi ke sana," jelasnya sambil berjalan ke pintu bilik Rikiya.
"Temankan aku malam ni.Please~" pinta Rikiya.
"Kau dah normal. Jadi, tak akan kau takut tidur sendirian lagi?" Keluhan berat kedengaran. Langkahnya berhenti di hadapan pintu bilik.
"Aku bosan," jawabnya ringkas.
"Kalau macam tu, carilah teman wanita," cadang Crystal.
"Mana ada orang nak dekat aku," Rikiya baring di atas katilnya.
"Kalau kau tak cuba mana tahu," pandangannya ditujukan ke sebalik dinding bilik itu.
"Sana?" Rikiya turut melihat ke dinding itu.
"Ya," Crystal tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
"Boleh tapi ada satu syarat," Rikiya duduk kembali di atas katilnya sambil menghadap ke arah Crystal.
"Apa syaratnya?"
"Kau kena tidur dengan aku malam ni. Kalau tidak, aku akan siat-siat isi kau tu," ancam Rikiya. Sayap api hitamnya dikeluarkan.
"A...Apa?" Crystal mula cuak.
Kedua-dua sayapnya bertukar menjadi tali api hitam lalu dia menarik kedua-dua tangan Crystal untuk diheret ke atas katil.
"Tidak! Aku ada date dengan Misya. Kalau aku tak datang nanti mesti dia marah," jerit Crystal.
"Misya lagi," rungut Rikiya.
"Apa yang dia sedang lakukan dengan Crystal sebenarnya? Dia ni memang menakutkan," fikir Justina.
"Rikiya, aku bagi masa 10 minit je," kedua-dua tangan dan kaki Crystal diikat oleh Rikiya menggunakan sayapnya tadi.
"Sekejapnya. Mana kenyang," dia duduk di sebelah kiri Crystal di atas katil.
"15 minit," cadang Crystal.
"30 minit," ujar Rikiya sebelum menggigit leher Crystal.
"Lamanya!" Jerit Crystal. Satu ketukkan singgah di atas kepala Crystal. "Maaf."
"Rikiya, tolong lepaskan aku. Api kau tu panas sangat. Aku tak tahan," pinta Crystal.
Tanpa membuang masa, Rikiya memadamkan api hitamnya itu.
"Kenapa kau ni makin hari makin pelik?" Soal Crystal. "Aku risau tengok kau macam ni."
Rikiya melepaskan gigitannya, "Aku tak tahu. Tapi yang pasti aku sendiri rasa tak tenang dalam masa beberapa minggu ni."
"Sudahlah. Tak payah fikir sangat. Tak akan ada apa-apa la. Lagi pun aku ada untuk jaga kau. Itu ialah tugas aku," diusapnya rambut Rikiya yang lebat itu.
"Aku nak lihat masa depan," ungkapan yang tidak dijangka oleh Crystal.
"Apa? Kau nak jumpa dengan Puan Pendeta ke?" Soal Crystal.
"Ya. Esok temankan aku jumpa dia sebelum kita berangkat ke Romanel," perintah Rikiya.
"Baiklah," dia akur dengan perintah tersebut.
Rikiya duduk di atas katil. "Pergilah jumpa Misya. Nanti dia merajuk pula."
"Eh? Tadi......" Crystal keliru dengan arahan tersebut.
"Pergi je la sebelum aku tukar fikiran pula," Rikiya bangun dari katilnya dan mengatur langkah menuju ke bilik mandi.
Crystal duduk di atas katil, "Terima kasih."
Kemudian, dia berdiri dari katil dan berjalan menuju ke pintu bilik. Tombol dipulas dan dibuka. Crystal keluar meninggalkan Rikiya di dalam bilik itu sendirian.
"Macam mana agaknya perasaan memiliki seorang teman wanita? Bahagia ke? Mungkin," Rikiya membuka pintu bilik mandi dan melangkah masuk ke dalamnya. Pintu kemudiannya ditutup semula.
YOU ARE READING
Aku Adalah Aku
VampirosNoir Raiden adalah seorang pelajar lelaki yang sering dibuli oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah tinggi. Dalam dirinya terdapat jiwa yang lain iaitu jiwa vampire, Rikiya. Raiden adalah anak kepada seorang vampire dan manusia yang telah meningga...