BAB 51

618 61 0
                                    

"Putera Rikiya?" Encik Kenta telah jumpa keberadaannya di dalam Hutan Gronda ini. Kedua-dua tangan dan kakinya menghilang secara perlahan-lahan.

"Raja Byakura dah datang!" Beritahu seorang Knight yang muncul di sebalik sebatang pokok berdekatan kawasan itu.

Encik Kenta medengarnya lalu diangkatnya Rikiya dan membawanya pergi mengadap raja.

"Tuanku, patik berjaya temuinya," ujar Encik Kenta seraya raja muncul di kawasan tersebut.

"Cucu beta," disentuhnya wajah Rikiya yang pucat itu.

"Mari pulang ke istana," ajak raja yang berjalan mendahului mereka semua.

*****

Raiden ditempatkan di sebuah bilik yang besar di tingkat tiga di dalam istana ini. Pendeta Mirai berdiri di sebelah kanan katil Raiden.

Pintu bilik dibuka oleh seseorang. Raja masuk ke dalam bilik tersebut diekori oleh Encik Kenta yang mendukung jiwanya atau Rikiya.

"Segera lakukan penyatuan," perintah raja kepada Pendeta Mirai. "Baiklah."

Encik Kenta meletakkan Rikiya di sebelah kiri Raiden. Jasad dan jiwa berada bersebelahan dengan ini bermulalah proses penyatuan yang akan dilakukan oleh Pendeta Mirai.

*****

"Raiden," dia medengar namanya dipanggil oleh seseorang yang dikenalinya iaitu Rikiya. Matanya dibuka dan dia melihat Rikiya di hadapannya sedang tersenyum.

"Rikiya?"

"Dah la kita tak bersama. Aku rasa terseksa," adunya kepada Raiden.

"Aku pun. Walaupun aku tak suka hidup sebagai vampire tapi....Aku tak boleh hidup tanpa kau sebab kau ialah aku dan aku ialah aku," Raiden berjalan ke arah Rikiya.

"Bila kita bersama tiada sesiapa pun yang boleh kalahkan kita. Jadi, marilah bekerjasama. Kita hidup bersama-sama dalam dunia yang berbeza ini sebagai manusia dan vampire," cadang Rikiya sambil berjalan ke arah Raiden. Manakala, Raiden berhenti di hadapannya.

"Sebagai manusia dan vampire. Mari kita selesaikan apa yang telah dimulakan," Raiden bersetuju dengan cadangan Rikiya. Rikiya berhenti dekat dengannya.

"Masa untuk kebenaran dan keadilan. Darah dibalas dengan darah atas dasar hukuman yang setimpal dengan jenayah," ujar mereka berdua serentak. Kedua-dua tapak tangan mereka bersentuhan.

"Tiada sesiapa yang boleh pisahkan kita lagi sebab kita adalah satu," Raiden dan Rikiya bergabung menjadi satu di alam separuh sedar mereka ketika ini. Kuasa Rikiya menyelubungi badan Raiden. Raiden memejamkan matanya sambil mendalami kuasa itu.

Matanya dibuka lalu dilihat pada tapak tangan kanannya, api hitam dikeluarkan. Sayap api hitamnya dikeluarkan dengan sengajanya, "Aku ialah Hikari Rikiya, waris Diraja Vampire Tokugawa."

Hikari Rikiya sudah kembali. Dia ialah dirinya yang sebenar pada tujuh belas tahun yang lepas. Dia telah kembali untuk melaksanakan tugasan sebenarnya. Bukan setakat tuntut bela kematian ibu bapanya malah sebagai waris untuk teruskan generasi Tokugawa yang menguasai Venadaland.

Aku Adalah AkuWhere stories live. Discover now