BAB 12

785 77 2
                                    

"Kau yang bunuh Eiji,kan? Mengaku sajalah. Semalam kau balik sama-sama dengan Eiji. Aku syak kau yang lakukannya sebab kau sangat rapat dengan dia," marah Akeno yang merupakan teman wanita Eiji. Dia ialah salah seorang pembuli yang pernah membuli Raiden pada dua tahun lepas dan dia sangat benci apabila Raiden berkawan baik dengan Eiji.

"Aku tak bunuh dia. Aku tak akan bunuh kawan baik aku sendiri," tegas Raiden dengan beraninya. Namun, kenyataannya dia berasa takut ketika berhadapan dengan Akeno yang pernah menjuarai pertandingan judo antarabangsa.

"Aku tak percayakan kau!" Akeno keluarkan penumbuknya dan sasarkannya pada perut Raiden. Raiden jatuh terduduk kerana tidak mampu mengelak tumbukan yang sangat pentas itu.

"Aku akan laporkan kes itu kepada pihak polis," tegas Akeno sebelum meninggalkan Raiden di belakang sekolah.

"Orang yang bunuh Eiji bukan aku tapi Hiroki!" Jerit Raiden. Langkah Akeno terhenti lalu dia berpaling ke belakang melihat Raiden.

"Kau merepek apa? Hiroki pun dah mati malam tadi. Dia mati sebab pembunuh bersiri itu," Akeno mengetap giginya pada akhir ayatnya.

"Dia memang patut mati sebab dia yang bunuh Eiji," Raiden beremosi ketika berbicara tentang Hiroki. Raiden cuba seimbangkan badannya untuk berdiri.

Akeno berlari sepentasnya menuju ke arah Raiden lalu menumbuk perut Raiden sekali lagi. Raiden termuntah darah dan tersungkur ke tanah.

"Hiroki ialah kawan Eiji. Aku tahu, dia tak akan buat macam itu sebab mereka dah lama berkawan," Akeno memegang kolar uniform Raiden dengan perasam geram.

"Kau tak tahu apa yang telah berlaku kepada dia sejak dari mula lagi. Nama saja teman wanita tetapi semua perkara yang berlaku kepada dia, kau langsung tak tahu. Memang tak guna," Raiden melepaskan segala kata-kata yang terbuku dalam hatinya selama ini.

"Berani kau!" Akeno menumbuk wajah kacak Raiden sehingga hidungnya berdarah. "Kau terimalah padahnya sebab berani cakap macam itu!" Marah Akeno.

"Tumbuklah aku sepuas hati kau sebab kau tak akan dapat lakukannya lagi lepas ini," ujar Raiden sambil tersenyum. Ini bukan Raiden tetapi Rikiya yang telah menjumpai sasaran yang seterusnya, Fumi Akeno.

Siang sangat cepat berlalu, Akeno sering meluangkan masanya di taman mini yang terletak di hadapan rumahnya.

"Eiji, kenapa dia sanggup bunuh kau?" Akeno melayani perasaannya yang pilu dan merindui kekasih hatinya.

"Kau sangat beruntung sebab pernah dimiliki oleh Eiji. Tapi kau sangat rugi sebab tak pernah menghargainya selama ini," ujar suara seorang lelaki dari belakang Akeno.

Akeno berdiri dan berpusing ke belakang untuk melihat orang itu. "Kau siapa? Macam mana kau boleh masuk ke kawasan rumah aku?" Soal Akeno sambil berundur ke belakang.

"Hakim keadilan dan kebenaran," Rikiya berjalan menghampiri Akeno. "Walaupun rumah kau ada ramai pengawal, aku boleh lepasi mereka sebab mereka makan gaji buta," hakikatnya Rikiya telah tidurkan pengawal-pengawal tersebut dan ibu bapa Akeno.

"Hakim? Kau tak nampak macam hakim tapi kau nampak macam devil," Akeno memberi pendapatnya dengan nada yang kurang ajar.

"Devil tu ialah kau. Aku ialah hakim yang akan memberi hukuman kepada kau atas kesalahan-kesalahan yang kau pernah lakukan sebelum ini," mata Rikiya menjadi merah, taringnya kelihatan dan sayapnya dikeluarkan.

"Vampire?" Mata Akeno terbeliak kerana terkejut melihat Rikiya yang telah bertukar menjadi vampire.

"Darah dibalas dengan darah," Rikiya menjilat bibirnya sambil berjalan mendekati Akeno. 

"Apa?" Badan Akeno tidak dapat bergerak kerana dia telah dikawal oleh Rikiya. Rikiya berdiri dekat dengan Akeno.

"Tiada sesiapa yang akan tolong kau," bisik Rikiya di telinga kiri Akeno sebelum menggigit leher Akeno.

Akeno menangis ketika digigit oleh Rikiya, "Bau minyak wangi kau.....Sama macam Raiden," ujar Akeno sambil menahan kesakitan.

Rikiya mengendahkannya kerana dia berasa nikmat ketika menghisap darah milik Akeno.

"Siapa sangka Raiden dan Rikiya ialah orang yang sama," ujar Rikiya lalu meninggalkan mayat Akeno yang rebah di taman tersebut.

"Sssssssss~" Hanka keluar dari dalam jubah Rikiya lalu berlingkar di leher Rikiya. Sisa darah yang terlekat pada bibir Rikiya dijilat oleh Hanka.

Manakala, Genji melingkar keluar dari lengan jubah Rikiya, "Ssssssssssss~" Genji menjelirkan lidahnya tanda lapar.

"Jom balik. Malam ni mama masak sedap," Rikiya lenyap disebalik pokok sakura yang terdapat di taman tersebut.

Aku Adalah AkuWhere stories live. Discover now