Kedengaran alunan lagu Over The Rainbow nyanyian ROOKiEZ is PUNK'D dari telefon bimbit milik Crystal. Lantas dia mengangkat panggilan tersebut.
"Hello?" Sapanya kepada si pemanggil.
"Crystal. Beta ada tugas untuk kamu," beritahu Raja Byakura kepada Crystal melalui panggilan tersebut.
"Tugas apa?" Soalnya ingin tahu.
"Anak kepada Lord Alric akan datang ke istana untuk sementara waktu sebelum dia berangkat ke Romanel. Jadi, beta mahu kamu dan Rikiya hantar Justina ke Romanel. Tolong beritahu perkara ini kepada Rikiya. Beta tidak mahu dia terkejut nanti," jelas Raja Byakura.
"Baiklah," ujarnya sebelum panggilan di tamatkan.
"Siapa telefon?" Soal Misya yang berada di belakang Crystal seraya menepuk bahu kekasihnya itu.
"Misya?" Dia berpaling ke arah Misya kerana terkejut dengan tepukkan tersebut.
"Minta maaf," kedua-dua tangannya di angkat ke atas tanda minta maaf terhadap Crystal.
"Nasib baik saya tak ada masalah sakit jantung. Kalau tidak....." Misya menekup mulut Crystal dengan menggunakan tangan kanannya sebelum Crystal sempat menghabiskan kata-kata.
"Janganlah cakap pasal mati. Saya tak sanggup kehilangan awak. Saya betul-betul minta maaf," rayunya dengan wajah sedih. Tangan kanannya dialihkan dari mulut Crystal.
"Saya dah maafkan awak. Jangan buat lagi, faham?" Crystal mengusap rambut Misya yang berwarna coklat gelap dengan penuh kasih sayang.
"Crystal, tadi siapa yang telefon?" Soal Misya.
"Raja Byakura. Katanya, Lord Alric minta hantar anak dia ke Romanel," jelas Crystal.
"Romanel? Tempat tu bukan ke....."
"Ya. Itu tempat yang bahaya bagi gadis-gadis cantik macam awak. Mungkin sebab itu Lord Alric minta saya dan Rikiya hantarkan Justina ke sana."
"Awak dekat sana jangan jatuh cinta dengan orang lain pula. Kalau saya tahu, habislah awak," ancam Misya dengan nada cemburunya.
"Tak akan ada gadis lain yang dapat tandingi kecantikan awak. Hanya awak yang satu di hati saya," kata-kata manisnya mula buatkan hati Misya tergoda.
"Playboy macam awak ni bukan boleh percaya pun," Misya mencubit kedua-dua pipi kacak Crystal.
"Kenapa awak cakap macam tu? Saya ni boyfriend awak," hatinya terguris kecewa.
"Lelaki...." hanya satu perkataan yang diungkapkan oleh Misya sambil menjeling tajam ke arah Crystal.
"Janganlah layan saya macam ni. Rasa macam orang asing pula," dipeluknya pinggang Misya.
"Apa awak buat ni? Lepaskan saya," Misya cuba meleraikan pelukkan tersebut.
"Crystal!" Panggil seseorang yang dikenalinya. Dia berpaling melihat orang itu.
"Justina?" Pelukkan dilepaskan oleh Crystal apabila terlihat Justina, sahabat kepada Misya.
"Berani kau layan sahabat aku macam tu," Justina berlari pantas ke arah Crystal lalu ditendangnya perut Crystal sehingga jatuh.
Misya terkejut melihat tindakan sahabatnya itu, " Justina, sudahlah. Kesian boyfriend aku."
"Ha? Boyfriend kau? Muka macam playboy ni, boyfriend kau?" Soalnya yang berdiri di hadapan Misya.
Misya menganggukkan kepalanya, " Ya."
'Malunya' ujar Justina dalam hati.
"Lain kali carilah yang bertauliyah sikit. Orang macam ni tak layak jadi suami kau," kritiknya.
"Jangan sesuka hati nak kutuk orang. Tengoklah diri kau tu sikit. Boyfriend pun tak ada. Lelaki mana nak perempuan ganas macam kau ni?" Kritik Crystal pula. Dia cuba untuk berdiri sendiri.
"Kau?" Marah Justina.
"Sudah! Jangan bergaduh. Malulah sikit orang tengok tu," Misya cuba meredakan keadaan.
Mereka berdua melihat ke sekeliling. Banyak mata tertumpu kepada mereka berdua di hadapan korido bilik Histories.
Wajah Justina mula berona merah kerana malu.
Tiba-tiba, telefon bimbit Crystal berbunyi menandakan mesej masuk. Lantas dia mencapai telefon bimbitnya yang terletak di dalam poket seluar sebelah kanan.
Mesej dibuka. Ternyata Raja Byakura telah menghantar gambar anak kepada Lord Alric.
"Apa?" Crystal terkejut apabila melihat gambar tersebut kerana itu ialah gambar Justina yang telah menendangnya tadi.
"Adakah ini takdir?" Rungutnya.
YOU ARE READING
Aku Adalah Aku
VampireNoir Raiden adalah seorang pelajar lelaki yang sering dibuli oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah tinggi. Dalam dirinya terdapat jiwa yang lain iaitu jiwa vampire, Rikiya. Raiden adalah anak kepada seorang vampire dan manusia yang telah meningga...