Raiden bergegas menuju ke Cat Cafe setelah mendapat panggilan daripada Meito. Pintu kafe diterjah oleh Raiden dan dia terus menuju ke bilik rehat yang terletak di berhampiran dapur.
"Kaoru!" Panggil Raiden seraya tiba di dalam bilik tersebut. Dilihatnya jantung Kaoru yang ditusuk pisau dan darah yang membasahi lantai bilik rehat tersebut. 'Siapa yang lakukannya?'
"Raiden. Bersabarlah," Meito meletakkan tapak tangannya pada bahu kanan Raiden untuk menenangkannya.
"Siapa yang lakukan semua ini? Siapa yang bunuh dia?" Soal Raiden sambil menangis dan menggigil. Raiden menggenggam buku lima kerana geram.
"Kami tak tahu sebab kami balik lebih awal daripada dia," ujar Ichi yang berdiri di tepi dinding berhampiran pintu bilik rehat.
"Kenapa kalian tak balik sekali dengan dia?" Raiden berjalan menghampiri mayat Kaoru.
"Sebab dia cakap dia nak periksa bekalan bahan mentah sebelum balik," jelas William.
"Bekalan bahan mentah?" Langkah Raiden terhenti apabila teringat tentang permintaannya sebelum balik semalam.
'Adakah semua ini berlaku sebab aku suruh dia tolong periksakan bekalan bahan mentah semalam?' dia rasa bersalah.
"Jadi, semua orang sudah ada di sini?" Soal pengurus Cat Cafe, Encik Shizawa Aoimine. Dia berdiri di sebelah kanan seorang anggota polis yang sedang memeriksa mayat Kaoru.
"Sudah," jawab Callifer sebagai wakil.
Terdapat lima belas orang pekerja lelaki dan lima orang pekerja perempuan di dalam bilik rehat itu. Manakala, tiga orang anggota polis dan tiga orang ahli forensik.
"Mari mulakan siasatan," ujar seorang pegawai polis, Inspektor Kawase Ikuto. Inspektor Ikuto mengatur langkah menuju ke arah sebuah meja berhampiran mayat Kaoru dan dia berdiri di situ.
Dilihatnya secawan kopi yang masih penuh di atas meja lalu diambilnya dan dia menghidu bau kopi tersebut.
"Siapa yang selalu bacuh kopi jenis ini?" Soalnya sambi memandang tajam ke arah pekerja-pekerja yang berada di hadapannya.
"Raiden," jawab Ichi dengan pantas. Raiden terkejut apabila namanya disebut. Dilihatnya ke arah Ichi dengan perasaan tidak puas hati.
"Raiden, ya. Maksudnya, orang yang membunuhnya ialah Raiden," dia membuat kesimpulan sendiri. Dilihatnya ke dalam cawan kopi itu.
"Kenapa nak tuduh saya tanpa bukti?" Marah Raiden.
"Sebab kopi jenis ini memang susah untk bancuh dengan sempurna dan baunya juga agak manis. Kebiasaannya orang yang tak biasa bancuh kopi jenis ini akan buatkannya rasa pelik atau pahit. Setahu saya kopi jenis ini memang susah untuk diubah stuktur rasanya yang terlalu pahit kepada rasa yang manis. Melainkan kalau orang yang bancuh kopi ini dah biasa dengan kaedahnya," kesimpulan yang logik untuk kopi ini tetapi tuduhannya ditujukan kepada Raiden yang tidak bersalah itu.
"Macam mana Tuan tahu?" Raiden kelihatan serius ketika melihat ke arah Inspektor Ikuto.
"Sebab saya peminat kopi. Semua jenis kopi dan kaedahnya saya tahu buat. Tapi cuma kopi jenis ini saja yang masih belum berhasil untuk saya bancuh. Sangat rumit," cawan tersebut diletakkan semula di tempatnya.
"Saya tak akan bunuh kawan sendiri," tegas Raiden.
"Kamu balik pukul berapa? Apa yang kamu buat semalam?" Inspektor Ikuto melihat ke arah Raiden ketika bertanyakan soalan.
"Saya balik pada pukul 5.00 petang sebab saya ada banyak kerja sekolah yang perlu diselesaikan. Saya pergi ke rumah pak cik saya untuk hantar kucing saya ke rumah dia. Lepas itu, dia hantar saya balik ke rumah," jelas Rikiya.
"Bila waktu terakhir kamu jumpa dia semalam?"
"Sebelum saya balik, saya jumpa dia di dapur. Saya minta dia periksa bekalan bahan mentah yang baru sampai semalam. Lepas itu saya terus keluar dari kafe," perasaan tidak puas hati bersarang dalam dirinya kerana disyaki sedemikian. Dia cuba mengawal emosinya.
"Selain daripada dia, siapa lagi yang pandai bancuh kopi jenis ini?" Soal Inspektor Ikuto sambil melihat ke arah pengurus Cat Cafe.
"Cuma dia saja yang tahu membancuhnya. Pekerja lain tidak mahir dengan kopi jenis itu sebab itu kopi yang berada dari Venadaland. Walaupun Ichi pernah jadi pembanuh kopi nombor satu di sini, dia cuma mahir dengan kopi yang berasal dari Perancis, Jerman dan England saja," jelas pengurus tersebut.
"Jadi, cuma kamu yang disyaki," dilihatnya ke arah Raiden.
"Bukti kopi tak cukup untuk tuduh saya," tegas Raiden.
"Mungkin. Tapi dalam kes ini tiada kesan cap jari dijumpai melainkan kopi ini. Pisau itu juga tiada cap jari. Kesimpulannya, kamu ikut kami ke balai untuk soal siasat seterusnya," dia berjalan menuju ke arah Raiden sambil mengeluarkan garinya.
"Saya tak bersalah! Saya tak ada kaitan dalam kes ini!" Kemarahannya mula kelihatan tetapi dia tidak bertukar kepada Rikiya.
"Kamu suruh dia periksa bekalan bahan mentah itu supaya dia balik lambat. Kemudian, kamu balik atau kamu bersembunyi di kawasan luar kafe ini. Bila semua orang dah balik, kamu muncul di hadapannya dan mulakan perancangan kamu dan....."
"Apa motifnya kalau saya nak bunuh dia?"
"Manalah saya tahu sebab kamu yang membunuhnya," ujarnya dengan nada yang tenang.
"Saya tak bersalah dan saya akan buktikan bahawa saya tak bersalah," Raiden mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi Inspektor Suzuku.
"Kamu nak terlefon siapa?" Dia merampasnya daripada tangan kanan Raiden.
"Pulangkan telefon itu kepada saya," Raiden cuba untuk mendapatkannya semula.Dilihatnya pada skrin terpapar nama 'Inspektor Suzuku'.
"Sia-sia je kamu telefon dia sebab dia dah mati minggu lepas."Raiden terkejut apabila mendengarnya.
" Siapa bunuh dia? Kenapa saya tak tahu pun pasal ini? Kenapa Abang Ayato tak beritahu saya?"
"Kematiannya dirahsiakan oleh pihak polis. Kami juga sedang mencari pembunuhnya," telefon bimbit tersebut disimpannya di dalam poket seluar kanannya.
"Masa untuk pergi ke balai polis," dipegangnya kedua-dua tangan Raiden dan digarinya.
Raiden melihat ke arah mayat Kaoru sebelum di beredar dari situ, "Kaoru, aku akan cari pembunuh tu. Aku berjanji demi kebenaran dan keadilan."
YOU ARE READING
Aku Adalah Aku
VampireNoir Raiden adalah seorang pelajar lelaki yang sering dibuli oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah tinggi. Dalam dirinya terdapat jiwa yang lain iaitu jiwa vampire, Rikiya. Raiden adalah anak kepada seorang vampire dan manusia yang telah meningga...