BAB 68

561 48 21
                                    

Rikiya merebahkan dirinya di atas katil yang berada di dalam bilik tetamu. Matanya dipejamkan. Mindanya dikosongkan. Pada masa ini, Crystal sedang mengemas pakaian masuk ke dalam almari pakaian.

"Berapa lama kita akan tinggal di sini?" Tanya Rikiya yang masih pejamkan matanya.

Crystal berfikir sejenak sebelum menjawabnya. "Dalam dua atau tiga hari. Mungkin seminggu. Kenapa?"

"Tak ada apa. Cuma rasa tidak selesa." Rikiya buka mata lalu bergolek ke kiri. Matanya melihat ke arah dinding yang memisahkan dirinya dan Justina.

"Tak selesa sebab Micheal?" Tanya Crystal.

"Ya. Dan aku risaukan Justina. Dia nampak pucat. Dia sakitkah? Atau ada sesuatu."

Crystal tutup pintu almari pakaian setelah selesai mengemasnya. Langkahnya menuju ke arah katil di mana Rikiya berada.

"Pergilah tanya. Tak tanya tak tahu. Jangan ego sangat. Kalau suka cakaplah suka. Kalau lambat... Bunga dipetik orang lain." Bisik Crystal pada akhir ayatnya di telinga Rikiya.

"Ish, sibuklah kau ni." Selimut di tarik lalu dia berkelumbung di dalamnya.

Crystal ketawa. "Percayakan takdir, wahai Putera Rikiya."

"Diamlah!"

Pada masa yang sama, Justina sedang duduk termenung di hadapan tingkap yang dikunci kemas dari dalam. Dari tingkap biliknya, dapat dilihat dengan jelas warna warni lampu neon yang berada di sepanjang kawasan bandar Romanel.

Tiba-tiba, ada sesuatu melintas di hadapan tingkap tersebut. Dia segera menutup langsir dalam keadaan tercungap-cungap. Apa yang dilihatnya ialah makhluk bersayap hitam dan besar, bermata merah melihatnya dan bertaring.

Justina berlari ke arah katilnya dalam keadaan ketakutan. "Micheal? Apa dia nak?"

Pintu bilik diketuk. Hal ini menambahkan lagi ketakutan kepada Justina.

"Justina. Keluar sekejap. Pakcik nak bincang sesuatu." Suara disebalik pintu itu seperti suara Duke Levin tetapi auranya berbeza.

Justina diam. Dalam hatinya, "Kau ingat aku tak tahu kau depan pintu tu, Micheal."

Rikiya yang terdengar bunyi ketukan dan panggilan di bilik sebelah terus membuka matanya luas. Dia pergi ke arah pintu bilik. Pintu dikuncinya.

Crystal yang melihat tingkah laku Rikiya segera duduk di atas katil. "Kenapa?"

"Shuuuu." Rikiya menunjukkan isyarat diam dengan jari telunjuk di hadapan bibir.

Kemudian, Justina mendengar bunyi cakaran pada tingkap. Dia segera menyorok dalam selimutnya.

"Jangan masuk sini. Kau menakutkan aku." Bicara hatinya.

"Justina~" Suara itu memanggil-manggilnya di dalam bilik.

Justina pula dirinya dinding perlindungan menggunakan medan sihirnya.

Pada masa yang sama, Rikiya pergi ke arah tingkap bilik. Langsir diselak. Dia mengendap ke luar. Micheal sedang terbang di luar tingap bilik Justina. Tiba-tiba, pandangan Micheal melihat ke arah Rikiya dan menerkam tingkap bilik Rikiya.

Rikiya jatuh terduduk di atas lantai kerana terkejut. "Aura dia... Kegelapan..."

"Rikiya!" Crystal segera berlari ke arah Rikiya. "Kenapa?"

"Micheal ada di luar." Jawabnya.

Bunyi kaca tingkap dicakar kedengaran jelas. Kaca tingkap berbentuk segi empat jatuh di hadapan mereka berdua. Micheal masuk ke dalam bilik itu.

"Selamat malam, tetamu yang menyelerakan."

Rikiya berdiri dan mereka lari jauh dari Micheal.

"Hati-hati." Kata Crystal.

Micheal senyum dengan senyuman sinis. "Bau darah manusia yang sedap. Opss. Manusia-vampire."

"Kau tak akan dapat darah aku walaupun setitis." Ujar Rikiya dengan beraninya.

Micheal tidak puas hati. Dia mulakan serangan terhadap Rikiya. Rikiya mengelak.

Tombol pintu bilik berkocak kuat. " Sesiapa. Buka pintu ni. Buka cepat!" Suara itu milik Duke Levin.

Crystal segera membuka pintu. Sejurus itu anak panah dilepaskan oleh Duke Levin tepat pada bahu Micheal.

"Pa...pa..." Micheal rebah ke lantai.

"Maafkan anak saya. Saya sudah beri ubat tidur. Rasanya lebih baik Putera Rikiya pindah bilik. Bilik ini perlu dibaiki." Kata Duke Levin.

"Ya. Baiklah." Kata Crystal. Rikiya pula memerhati Micheal yang rebah di hadapannya.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pada pembaca

-Mizuki Anazuki-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 24, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Adalah AkuWhere stories live. Discover now