Rikiya duduk termenung sendirian di dalam biliknya sambil melihat cermin yang berada di hadapan almari yang bertentangan dengan katilnya. Pipi kanannya tampak merah kerana dia telah ditampar oleh Crystal beberapa minit yang lalu.
Kemudian, pandangannya beralih kepada sepasang pakaian yang terletak di sebelah kirinya. Rikiya mencapai baju kemeja lalu dipakainya.
"Crystal tu garang juga rupanya. Sakit pipi aku kena tampar," disentuhnya pipi yang jelas kelihatan merah. Kuat juga dia kena tampar.
Rikiya berdiri dan mencapai seluar jeannya. Seluar jean tersebut dipakainya sambil berdiri. Selepas selesai berpakaian, dicampaknya kain tuala di atas katil dan dia merebahkan diri di atas katil. Matanya dipejamkan.
"Rikiya mana?" Tanya permaisuri seraya melihat Crystal berjalan menuju ke arah meja makan.
"Saya ingat dia dah turun tadi."
"Pergi panggil dia. Nanti lambat pula kalian bertolak ke Romanel," perintah Raja Byakura.
"Baiklah," Crystal menurutinya. Langkahnya menuju ke tangga yang menghubungkan dewan makan dengan bilik mereka yang terletak di tingkat dua.
Ketika ini Justina sedang berdiri di hadapan pintu bilik Rikiya, "Dia dah keluar ke?"
"Justina," panggil Crystal.
Justina terkejut dengan kemunculan Crystal di belakangnya. Dia berpaling melihat ke arah Crystal.
"Kau buat apa dekat depan bilik tu?" Soal Crystal sambil berjalan menghampirinya.
"Bilik? Tak... Tak ada apa-apa. Aku minta diri dulu. Dah lapar sangat ni," Justina menggelabah dan berlalu pergi dengan pantas. Wajahnya juga berona merah.
Crystal memerhati Justina sehingga dia menapak turun anak tangga, "Dia ada hati dengan Rikiya ke? Siap berdiri depan pintu bilik lagi."
Pintu bilik diketuk dan dibuka. Dilihatnya Rikiya sedang tidur di atas katil, "Budak ni!"
Langkahnya menuju ke arah Rikiya yang berada di atas katil. "Rikiya, bangunlah." Ditariknya telinga kanan Rikiya sehingga Rikiya terjaga.
"Sakitlah!" Jerit Rikiya lalu membuka matanya. Dilihatnya ke arah Crystal yang berdiri di sebelah kanan katil.
"Crystal?" Rikiya bingkas bangun dan duduk di atas katil. Dia tampak cuak ketika berhadapan dengan Crystal.
"Pipi kau dah okey ke?" Tanya Crystal.
"Boleh tahan sikit," Rikiya menyentuh pipi kanannya.
"Aku minta maaf," Crystal membongkokkan tubuhnya tanda minta maaf dan hormat kepada Rikiya. "Aku memang betul-betul dan hilang sabar tadi sebab tu aku..."
Rikiya menyentuh dagu Crystal dan mengangkat mukanya. Mata merah Rikiya tajam melihat anak mata Crystal. Wajahnya tampak serius.
"Habislah aku. Dia dah marah," fikir Crystal yang kelihatan cuak ketika mereka bertentang mata.
Rikiya mengangkat tangan kanannya ke atas lalu ditamparnya pipi kiri Crystal sehingga Crystal tercampak ke dinding bilik. Mulut Crystal berdarah. Tamparannya lebih kuat daripada tamparan Crystal tadi.
Rikiya bangun dari katil dan berjalan menuju ke pintu biliknya, "Hukuman untuk hari ini." Pintu bilik dibuka dan Rikiya melangkah keluar dari biliknya. Kemudian, pintu itu ditutup kembali.
Crystal cuba untuk bangun. "Inilah akibatnya bertindak tanpa berfikir. Dia tu lebih berkuasa daripada kau. Jadi jangan cuba nak melawan dia," bicaranya kepada diri sendiri.
Pandangan Rikiya tertumpu kepada Justina yang berada di meja makan ketika dia tiba di dewan makan. Mata bertentang mata. Langkah Rikiya menuju ke sebuah kerusi yang terletak di sebelah kiri Raja Byakura. Dia duduk di atas kerusi tersebut.
"Mana Crystal?" Tanya Raja Byakura sambil melihat ke arah cucunya.
"Ada dalam bilik. Kejap lagi keluarlah tu," jawabnya tanpa melihat datuknya. Tangannya segera mencapai garfu dan pisau lalu dipotongnya daging bakar itu.
"Justina, lena kamu tidur malam tadi?" Tanya Permaisuri yang duduk di sebelah kiri Justina.
"Ya," jawabnya sambil tersenyum melihat Permaisuri. Kemudian, diteguknya jus oren yang terdapat di dalam gelas.
"Sebenarnya aku tak boleh tidur langsung. Bilik sebelah tu bising sangat," komplennya dalam hati.
"Baguslah. Kami minta maaf kalau Justina tak selesa bermalam di sini. Maklumlah, istana ni bising sikit sejak ada cucu kesayangan ni," pandangan Permaisuri ditujukan kepada Rikiya. Ketika ini Justina turut melihat ke arah Rikiya.
Wajah Rikiya tampak serius dan kesan merah pada pipinya tidak kelihatan lagi. Disantapnya daging bakar kegemarannya tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Tiba-tiba, Raja Byakura terhidu sesuatu. "Darah?" Ujarnya dalam hati.
Raja Byakura melihat ke arah cucunya. "Rikiya," panggilnya.
"Apa yang kamu dah buat kepada Crystal?" Soal Raja Byakura. Rikiya hanya mendiamkan diri tanpa menjawabnya.
"Rikiya," panggilnya lalu diletakkan pisau dan garfu di dalam pinggan kosong yang berada di hadapannya.
Crystal menapak turun anak tangga dan terus menuju ke dewan makan. Dilihatnya ke arah mereka yang berada di meja makan.
Raja Byakura melihat ke arah Crystal, "Apa yang dah berlaku?"
"Saya tersandung tadi," jawabnya yang hanya berdalih. Crystal mengambil tempat di sebelah kiri Rikiya.
"Kamu terluka ke?" Soal Permaisuri.
"Ada luka sikit," jawabnya.
"Lain kali berjalan tu hati-hati sikit," pesan Raja Byakura.
"Ya."
"Rikiya, tolong jaga Justina baik-baik," pesan Raja Byakura sambil melihat cucunya.
Rikiya meletakkan pisau dan garfunya di dalam pinggan, "Ya." Ketika ini dia baru melihat wajah datuknya.
Tapak tangan kirinya diletakkan di atas kepala Rikiya, "Kalau jadi Raja kenalah adil. Jangan asyik nak ikut emosi je."
"Datuk ni perli aku ke?" Fikirnya.
"Datuk tahu kamu tertekan tapi janganlah marahkan orang yang menasihati tu. Kesian dia," ujarnya dengan nada yang tenang.
"Sah, datuk memang perli aku. Macam mana dia tahu?"
"Crystal. Kamu pun sama. Jangan asyik nak menurut sangat kehendak Rikiya nanti dia tak pandai berdikari pula. Kalau dia salah, kamu patut tegur. Atau beritahu beta," pesannya. Pandangannya tertumpu kepada Crystal dan tangannya diturunkan dari kepala Rikiya.
"Baik."
"Habislah aku," Rikiya mengetap gigi tanda protes.
YOU ARE READING
Aku Adalah Aku
VampireNoir Raiden adalah seorang pelajar lelaki yang sering dibuli oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah tinggi. Dalam dirinya terdapat jiwa yang lain iaitu jiwa vampire, Rikiya. Raiden adalah anak kepada seorang vampire dan manusia yang telah meningga...