BAB 28

737 66 4
                                    

Suasana di Hutan Gronda sangat seram dan sepi. Hutan ini juga dikenali sebagai Hutan Maut sebab di sini tinggalnya ahli sihir bawah tanah. Namun, tiada sesiapa pun yang tahu di mana mereka tinggal kerana tiada satu rumah pun kelihatan di dalam hutan tebal ini.

Seorang perempuan berambut panjang dan bertongkat di tangan kanannya berjalan menuju ke sebuah pokok besar di tengah Hutan Gronda. Pokok itu mula merekah sedikit demi sedikit. Di sinilah terkurungnya jiwa vampire Raiden.

"Apa yang dah berlaku? Kenapa pokok ini merekah?" Dia tertanya-tanya ketika melihat pokok itu. Dia berasa hairan apabila pokok yang hidup berjuta tahun dan sangat kuat batangnya itu mula merekah tanpa sebab.

Aura jiwa vampire Raiden mula keluar dari rekahan tersebut, sedikit demi sedikit.

"Tak guna!" Dia menggunakan kuasa magiknya untuk menutup semula rekahan itu tetapi tidak berhasil kerana rekahan itu terlalu sukar untuk ditutup semula. Rekahan semakin banyak walaupun perlahan-lahan pokok itu merekah.

"Kau tak boleh kurung aku di sini untuk selamanya," suara Rikiya kedengaran sayup-sayup dari pokok itu.

"Kau dah tak mampu menghalang aku," dia mengarahkan ranting-ranting pokok lain melilit batang pokok tersebut supaya aura jiwa vampire itu tidak keluar.

"Aku masih belum mati lagi. Dan aku tak akan mati di sini," ujar Rikiya lagi.

"Kau akan mati tak lama lagi. Twin Death sedang cuba untuk membunuh jasad kamu di sana. Tiada sesiapa yang mampu menentang mereka," dia ketawa pada penghujung ayatnya.

"Darah~Aku mahukan darah. Lagi.... Aku mahu lagi," Rikiya seperti sedang berkomunikasi dengan jasadnya yang sedang menentang Keizo.

*****

Api marak menyerang Raiden ketika dia menentang Keizo. Pedangnya ditusuk pada perut Keizo sehingga Keizo jatuh ke tanah. Keizo cuba untuk bangun tetapi tidak sempat kerana Raiden menusuk pedang tersebut tepat ke jantungnya.

"Darah~Aku mahukan darah. Lagi.... Aku mahukan lagi," suara Rikiya kembali kedengaran dalam fikiran Raiden.

Ditariknya pedang yang ditusuk tadi lalu dijilatnya darah pada pedang itu. Shadow dan yang lain-lain melihat kejadian itu.

"Itu Rikiya," Crystal kenal dengan orang yang berada di hadapannya itu.

"Misya, dia bukan Raiden tetapi Rikiya!" Beritahu Crystal kepada Misya sambil melompat memanjat Misya.

"Saya tahu dari cara dia," Misya memeluk Crystal. Manakala, matanya tidak beralih pandangannya terhadap Raiden yang kini adalah Rikiya.

"Walaupun dah dikurung tetapi aura jiwa vampirenya masih ada bersama-samanya," ujar Hanka yang turut melihatnya.

Keizo bangun dengan pantas dan menjauhkan dirinya daripada Rikiya. 'Mustahil dia masih ada aura vampire.'

"Kenapa? Takut ke?" Pedang pada tangan kanannya bersih dijilat tanpa tertinggal sedikit pun sisa darah. Dia masih kelihatan seperti Raiden, tidak bersayap dan tidak bertaring.

'Putera Rikiya sangat kuat walaupun dah dikurung,' Venada turun ke tanah apabila mereka berdua berlawan di atas tanah.

"Hell Fire!" Serang ditujukan kepada Rikiya.

Rikiya tersenyum kejam. Dia berlari ke arah Keizo dengan pantas sehingga tidak kelihatan oleh sesiapa pun.

"Masa untuk bermain dah tamat," tangan kiri Rikiya menembusi dada Keizo dari arah belakang. Jantungnya digenggam erat oleh Rikiya dengan darah yang mengalir membasahi bumi.

Semua magik yang digunanya tadi terpadam. "Tak mungkin," dia menjeling melihat Rikiya di belakangnya.

Rikiya menarik jantungnya ke belakang. "ARGH!!!" Jerit Keizo kesakitan. Rikiya menjilat darah pada jantung itu dan menggigitnya dengan gigi tanpa taring yang panjang. Jeritan Keizo semakin kuat sehingga dia jatuh terduduk. Rikiya mencampak jantung itu ke tanah kerana dia tidak memakannya. Keizo rebah ke tanah.

"Jangan bermain dengan api kalau takut terbakar," dia berjalan ke sisi kiri Keizo lalu dicekeknya leher Keizo dengan tangan kirinya. Manakala, tangan kanannya masih memegang pedang itu.

"Apa kau nak buat?" Soal Keizo yang ketakutan.

"HUKUMAN!" Api marak keluar dari tapak tangan kirinya lalu membakar Keizo. Dia menjerit kepanasan. Rikiya telah menggunakan api milik Keizo untuk membakar Keizo sehingga lenyap menjadi abu. Dia mampu mengambil kuasa seseorang dengan hanya menjilat darah seseorang yang dikehendakinya.

"Kerja yang bagus, Putera Rikiya," puji Venada. Rikiya berpaling ke arah Venada lalu berjalan ke arahnya. Apabila tiba di hadapan Venada, Rikiya tiba-tiba pengsan. Mereka yang melihat kejadian itu melalui cermin bergegas menuju ke arah Rikiya dan Venada. Perisai besi dilenyapkan.

Aku Adalah AkuWhere stories live. Discover now