BAB 60

589 58 0
                                    

Tepat detik 11 :40 malam, pintu bilik Rikiya dikuak oleh seseorang. Wajahnya tidak kelihatan dalam situasi yang sangat gelap di dalam bilik tersebut. Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu dan menutup semula pintu itu. Kemudian, dia mengatur langkah menuju ke arah sebuah katil di mana Rikiya sedang lena diulik mimpi indah. Dia berhenti di situ dan duduk di atas katil. Selepas itu badannya dibaringkan di atas katil dan selimut ditarik sehingga ke dadanya.

Rikiya bergerak-gerak dan berpaling ke arah orang itu. Kemudian, kedudukan Rikiya semakin rapat dengan orang itu. Hidungnya bergerak-gerak seperti sedang menghidu sesuatu di sebelahnya itu.

"Crystal? Kau buat apa dekat dalam bilik aku?" Matanya dibuka dan melihat ke arah orang itu.

"Temankan kau. Bukankah tadi kau yang minta?" jawabnya sambil melihat ke arah Rikiya.

Rikiya menolak bahu Crystal dengan menggunakan kedua-dua tangannya dan kedua-dua kakinya menendang pinggang Crystal, " Pergilah sana. Pergi tidur dengan Misya tu. Buat semak bilik aku je." Matanya dipejamkan kembali.

"Dia ni mengigau ke?" Fikir Crystal.

"Pergilah sana. Jangan ganggu aku tidurlah," dia menolak Crystal dengan sekuat hatinya sehingga Crystal tergolek jatuh dari katil.

"Sakitnya!"

"Padan muka," Rikiya melemparkan bantal kepada Crystal dan tepat terkena pada wajahnya.

"Rikiya!" Marahnya.

Rikiya meramas erat bantal golek pada tangan kirinya, "Mama. Papa." Air matanya kelihatan menitis membasahi tilam.

"Dia dalam kerinduan ke? Patutlah sejak akhir-akhir ni dia nampak pelik je," Crystal berdiri dan melihat ke arah Rikiya yang sedang tidur menerap di atas katil.

Tangan kanannya diletakkan di atas kepala Rikiya lalu diusapnya, "Maafkan aku sebab tak memahami."

"Papa," panggil Rikiya.

Crystal hanya tersenyum melihat Rikiya yang kelihatan seperti budak-budak pada ketika ini.

"Papa ada di sini. Papa akan sentiasa menjaga kamu sehingga hujung nyawa," bisik Crystal pada telinga kiri Rikiya.

"Papa, Rikiya janji akan bunuh perempuan tu. Dia telah bunuh papa dan hancurkan keluarga kita," ujarnya yang masih pejamkan mata.

Crystal terkejut mendengarnya, "Dia ada dendam ke? Tapi dengan siapa?"

"Siapa sebenarnya yang telah bunuh papa?" Soal Crystal dengan nada berbisik pada telinga Rikiya.

"Aunty Fumiko, bekas isteri papa," jawabnya.

"Jadi ayah Rikiya bukan mati sebab kemalangan semata-mata," fikir Crystal.

Rikiya memusingkan badannya dan terlentang. Manakala, kedua-dua tangannya didepakan. Matanya dibuka dan dia melihat ke siling. Tangan kanannya di angkat ke atas seperti ingin mencapai sesuatu yang jauh. Wajahnya tampak masih mamai.

Andai aku mampu mencapai bintang

Aku ingin memilikinya

Hidup dalam kegelapan menyakitkan jiwa ini

Aku mahukan dirimu

Wahai cahayaku

Cahaya cintaku

Nyanyian yang merdu dan penuh perasaan. Walaupun hanya serangkap lirik, namun penuh bermakna bagi Rikiya yang ketika kecilnya dia mendengar lagu nyanyian ibunya itu.

Crystal hampir mengalirkan air matanya ketika mendengar lagu itu. Hal ini demikian kerana dia juga pernah mendengarnya ketika dia sering berkunjung ke istana pada usia 2 tahun sebelum ibu Rikiya berkahwin dengan ayah Rikiya.

"Cahaya," hanya satu perkataan yang terpancul dari mulut Crystal.

Rikiya berpaling ke arah Crystal yang berdiri di sebelah kanan katilnya. Kemudian, dia duduk menghadap Crystal.

"Kau menangis?" Soal Rikiya sambil melihat Crystal.

"Aku tak menangislah," Crystal duduk di atas katil dan menghadap ke arah Rikiya.

"Dia ni sedar ke tidak sebenarnya?"

"Crystal, betul ke cahaya tu akan buat kita rasa bahagia?" Soal Rikiya. Mata merahnya tampak sayu.

Crystal memeluk badan Rikiya selepas soalan itu ditanya, "Ya. Cahaya dapat berikan kebahagiaan."

"Rikiya, aku minta maaf sebab tak memahami kau dan aku tak tahu kau sangat kesunyian. Kalau aku tahu, aku akan batalkan date tadi," air matanya mula mengalir.

"Kau tak salah pun. Crystal, kau tahu tak. Kau ialah cahaya yang berikan aku kebahagiaan," ujarnya dengan nada berbisik pada telinga kanan Crystal.

"Eh? Kenapa aku pula?"

"Sebab aku tak perlu habiskan masa untuk cari mangsa," gigi taring Rikiya menembusi kulit dan isi pada leher Crystal selepas berbicara.

"Kau memang licik," Crystal terus pengsan selepas digigit oleh Rikiya.


Aku Adalah AkuWhere stories live. Discover now