-2

4.7K 315 8
                                        

Afifah mendorong pintu rumahnya. Keadaan senyap sunyi tanpa suara. Nafas leganya di hela keluar apabila Azka tak membuat sepah seperti selalu. Hanya sehelai bajunya tergumpal di sudut sofa. Afifah menjenguk kepalanya mencari kelibat alongnya. Tapi tidak di temui.

" Along? Along? ".

Kedengaran suara Afifah memanggil alongnya di dalam rumah tapi tiada sesiapa menyahut. Afifah cuba membuka pintu bilik Azka tetapi berkunci. Kemungkinan besar alongnya keluar. Seketika badan Afifah terkejung sendiri apabila teringat kata Azka yang mahu melakukan aksi merompak bank atau menculik seseorang.

Tak mungkin, Azka melakukan perkara buruk itu bukan? Afifah cuba menarik nafas untuk menenangkan dirinya. Mustahil. Mustahil Azka akan melakukan perkara itu. Afifah yang sudah letih kerana bekerja masuk ke dalam biliknya untuk berganti pakaian dan mandi sebelum tidur. Nasib baik dia dah makan dekat tempat kerja tadi.

Afifah mengambil telefon pintar miliknya yang di beli tiga tahun lepas. Mahu melihat jika ada mesej daripada sesiapa. Afifah membuka aplikasi tempat dia berbalas chat dengan orang lain. Ada chat baru berada di paling atas sekali. Chat daripada kawannya iaitu Fakrul bertanyakan esok Afifah free atau pun tidak. Afifah dengan senyuman di bibirnya lekas membalasnya.

Fakrul merupakan seorang kawannya yang Afifah ada. Afifah hanya mempunyai tiga contact sahaja di telefonnya. Fakrul, Miss Bella iaitu boss bahagian kerjanya dan Suhaila kawan perempuannya yang tidak terlalu rapat tapi boleh dibuat kawan bersembang.

Nombor alongnya pun Afifah tak ada. Afifah pernah meminta daripada Azka tapi alongnya tak nak memberitahu nombornya kepada Afifah. Ntah kenapa alongnya seakan berahsia sahaja. Selama lima tahun ini, Afifah yakin Azka tak pernah terjebak dengan dadah atau semacamnya. Seburuk buruk alongnya, lelaki itu masih ada sisi fikiran positifnya.

Dalam sibuk menatap telefon kedengaran bunyi pintu di buka. Lekas Afifah bergerak ke depan. Di situ kelihatan Azka sedang masuk ke dalam rumah. Jam di dinding di kerling sekilas. Sudah menunjukkan pukul satu pagi dan alongnya baru balik? Kerja apa yang Azka lakukan sehingga pulang lewat begini.

" Kenapa along balik lambat. Along tak buat benda bukan bukan kan. Jangan cuba buat— ". Bukam niat Afifah mahu membebel tapi dia mahu memberikan nasihat sahaja tapi laju mulut Azka memotong dengan ton suara yang keras.

" Jangan masuk campur hal aku boleh tak. Semaklah! ". Azka membuka langkah besar ke arah biliknya sendiri manakala Afifah pula mengemam bibirnya sendiri. Entah kenapa hatinya berasa tak sedap. Berbisik seakan ada perkara buruk mungkin terjadi. Afifah merenung pintu rumahnya lama.






Afifah yang sedang menyapu sampah di tegur oleh Azka. Alongnya bersiap kemas seakan mahu keluar. Padahal ini baru pukul lapan pagi. Ke mana lelaki itu nak pergi? Jarang alongnya keluar pada jam seperti ini.

" Kau tak kerja ke Afifah ". Azka bergerak mengambil kunci motornya tanpa menatap Afifah yang sudah berhenti menyapu dan menapak ke arahnya. Curiga dengan sikap baru alongnya ini.

" Harini dengan esok Afifah cuti. Along nak pergi mana siap siap macam ni ". Azka menjeling Afifah seketika. Meluat mendengar pertanyaan adiknya. Afifah pula sambil memegang penyapu berdiri menanti jawapan alongnya. Rambutnya diikat satu ke bawah.

" Cari kerjalah apa lagi. Kang kau membebel non stop sampai bingit telinga aku nak dengarnya. Tak payah banyak tanya sangat. Aku tahu apa aku buat ". Azka selesai menyarung kasut convers miliknya yang tak pernah bertukar sejak dua tahun. Masih elok buat apa beli baru. Rasa was was terbit dalam hati Afifah.

" A—long tak buat kerja yang bukan bukan kan? ". Agak takut Afifah mengeluarkan pertanyaan tersebut, dia bertanya pun kerana curiga. Takut kalau alongnya bertindak gila tak ke sia sia dia terbabit sekali lagi.

Delvian's PropertyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang