-9

4.2K 330 35
                                    

" Hello Cik Afifah, boleh kita jumpa sekarang. Saya ada perkara nak beritahu cik tentang kelanjutan kes abang cik ".

Afifah yang memegang telefon mengetap bibirnya kuat. Jangan cakap ada sesuatu yang buruk terjadi pada Azka. Sekarang Afifah dalam shift kerjanya. Dia terpaksa menghentikan aktiviti mengemas apabila mendapat panggilan sekejap tadi. Dadanya mula terasa sesak memikirkan nasib yang menimpa dirinya.

Azka iaitu alongnya akan berdepan hukuman mati dalam waktu sehari lagi. Apa yang perempuan lemah macam dia boleh buat. Dia dah bersusah payah menebalkan muka meminjam wang dari orang dan bila dia mendapat pinjaman tersebut. Rupanya Delvian memutar belit kenyataan dan menyusahkan hidup Afifah.

Si gadis bersandar pasrah pada dinding dengan kelopak mata terpejam erat. Mindanya menjadi berat. Tidurnya tak lena sama sekali membayangkan alongnya akan merenggang nyawa kerana perbuatan jahat Delvian. Sesaat Afifah tersedar dari lamunan panjangnya.

" Cik Afifah? Cik dengar suara saya kan? ". Jari jemari kurusnya menyapu air mata yang meluncur jatuh.

" Sa-Saya dengar, sekejap lagi dalam dua puluh minit saya sampai. Tolong tunggu saya tuan Jason " Pinta Afifah lemah di balik telefon. Jason yang mendengar mengangguk faham walaupun Afifah tak melihat gerakkannya. Ada terdetik rasa kesian pada gadis malang tersebut. Seorang gadis yang kelihatan kuat dan berani, padahal di dalamnya rapuh.

" Saya tunggu, cik Afifah ". Setelah itu panggilan ditamatkan. Afifah melorot jatuh ke lantai sambil menghamburkan tangisan kesedihan. Dadanya berat makin menekan keras seakan ada benda begitu berat menghempapnya. Dia bangun secara mendadak. Dia tak boleh membuang masa lagi. Nyawa alongnya dalam bahaya.


" T-Tuan Jason.. ".

Lembut dan halus suara Afifah memanggil lelaki berjawatan tinggi itu. Lantas Jason memusingkan badannya menghadap si gadis yang dia tunggu sejak tadi. Seperti biasa Afifah mengikuti jejak langkah Jason menuju ke pejabat. Sehingga tiba di dalam sana. Kerusi di tarik sebelum terduduk dengan jantung yang berdebar kencang.

" Macam ni cik Afifah. Saya mendapat perintah daripada Sir Delvian untuk menangguh hukuman Faez Azka selama seminggu, ". Mendengar saja kata Jason membuatkan riak wajah Afifah berubah terkejut. Secara refleks wajahnya bersinar bersama senyuman yang terpancar. Jadi alongnya akan baik baik je kan. Nafas ditarik lalu dihembus lega.

" Tapi ini keputusan yang muktamad. Dalam masa seminggu kalau cik Afifah masih tak mendapat keizinan Sir Delvian untuk menarik semula kes Azka. Azka akan menerima hukuman mati dengan serta merta. Semuanya tergantung pada cik sendiri. Itu saja yang ingin saya beritahu ".

Sebaik Jason menerangkan sehingga habis. Afifah hanya terdiam sendiri. Macam mana dia nak buat lelaki jahat tu tarik balik kes along. Lelaki seperti Delvian seorang yang penuh dengan muslihat. Tiba tiba satu suara dalam kepalanya membisik. Ada satu cara untuk bebaskan Azka kalau Afifah betul betul sayangkan alongnya.

Iaitu menjadi pengasuh Fina.

" Terima kasih tuan Jason. Terima kasih banyak banyak. Bo-Boleh saya jumpa along saya sekejap?". Dalam diam Jason tersenyum tipis sambil mengangguk memberi izin. Setelah mendapat izin, Afifah bangkit dengan teragak agak. Sebelum melangkah keluar suara Jason menghentikannya.

" Ambil lah, mana tahu satu hari nanti cik Afifah perlukan benda ni. Tapi— jangan cerita dekat sesiapa yang saya bagi barang ni. Ini rahsia kita berdua ". Afifah memandang hairan tapi tangannya bergerak mengapai barang yang di hulurkan Jason. Sampai di tangannya dia membelek sehingga memahami apa alat pemberian Jason.

Taser.

Gumam hati Afifah. Dia bukan bodoh tak mengetahui benda itu. Ini salah satu alat untuk melindungi diri jika kita dalam situasi berbahaya. Muncul satu pertanyaan. Kenapa? Kenapa Jason memberikan benda ini pada Afifah? Untuk menjadi pelindung dan menyelamatkan diri dari orang jahat? Macam Delvian.





Delvian's PropertyWhere stories live. Discover now