-8

4.9K 356 36
                                        

Afifah memandang Fina sehingga gadis kecil itu hilang setelah masuk ke suatu tempat yang di selindungi dinding. Kini dia bertentang mata dengan Delvian lagi. Delvian pula tanpa takut bertentang mata dengan si gadis yang menatapnya marah.

" Saya tak nak jadi bahan pilihan bodoh encik. Lepaskan along saya dengan duit jaminan tu dan kita tak payah jumpa satu sama lain lagi ".

" Aku tak rasa tu pilihan yang bodoh. Dua pilihan yang aku bagi semuanya senang. Jadi pengasuh kerja yang sangat mudah. Pilihan kedua jadi mistress aku pun mudah. Aku boleh bagi kau nikmat yang tak pernah kau bayangkan. Kau belum kahwin lagi kan. Kalau kau pilih pilihan kedua, aku sendiri akan ajar kau apa itu erti kenikmatan. Kenikmatan tak terhingga sampai boleh buat kau menangis tak berhenti ".

" Cukup. Saya tak nak dengar ayat kotor yang keluar dari mulut encik lagi. Encik memang tak reti hormat perempuan ke. Encik memang dilahirkan dengan sikap kurang ajar sejak kecil ke a—tau mak ayah encik tak pernah ajar cara macam mana nak hormat perempuan ". Afifah sengaja bermain dengan kesabaran Delvian.

Serta merta riak wajah Delvian yang menyinis tadi berubah tegang dengan rahang mengetap kuat seraya anak mata merenung Afifah tajam. Dalam diam Afifah memarahi mulutnya yang suka terbabas kerana ikut amarah yang terkumpul dalam hati. Delvian menapak mendekati gadis itu namun terhenti apabila Fina datang secara berlari dengan melompat kecil.

Mereka berdua mendadak memerhati budak kecil tersebut. Sampai saja di depan kaki Afifah, Fina membuka tuala yang berlipat. Di belakangnya berdiri seorang wanita yang sudah berumur. Delvian sendiri cuba memahami gerak geri anaknya terhadap Afifah tapi tak berjaya. Entah apa yang Fina mahu lakukan dengan tuala besar yang budak itu pegang.

" Akak sini tundyuk sikit Pina tak sampai". Fina menarik skirt hitam di bahagian lutut Afifah menyuruh wanita itu untuk melutut separasnya. Awalnya Afifah ingin menolak tapi hatinya rasa serba salah selepas melihat mata bulat dan wajah tak berdosa milik Fina. Dengan terpaksanya dia merendahkan badan agar setara dengan budak yang pernah Azka culik tempoh hari.

" Badan akak basah jadi Pina bawakan akak towel. Papa cakhap kita tak boyeh main hujan nanti demam. Akak pun tak boyeh main hujan nanti hachuuu ". Fina membuat suara seperti bersin dengan gelagat comelnya.

Lalu tangan kecilnya melebarkan tuala sehingga menutup belakang badan Afifah. Kemudiannya senyuman gembiranya keluar apabila berjaya menyelimuti badan basah Afifah. Tuala yang terletak pada badan Afifah menyebabkan dia menjadi keras kaku. Matanya menatap Fina yang tersenyum lebar itu dengan sayu.

Kenapa budak kecil ni baik sangat tak seperti Delvian. Betul ke Fina anak lelaki itu atau bukan. Perangai dan sikap mereka tak sama. Tanpa sedar bibir Afifah turut ternaik seraya mengosok halus kepala Fina.

" Terima kasih Fina ". Ujar Afifah dengan perasaan terharunya. Akibat terlampau terharu dengan perbuatan Fina terhadap dirinya membuatkan air matanya jatuh membasahi wajahnya. Fina yang sedar segera mengusap air mata yang mengalir tanpa di suruh.

" Akak baik tak boyeh menangis. Akak sejuk kan, kenapa akak main hujan. Janghan main hujan lagi. Nanti demam lepasthu akak nangis ". Semakin lebat rasanya air mata Afifah ingin turun melihat kebaikan Fina. Memang dia basah sebab hujan tapi bukan sebab dia main hujan melainkan semuanya berpunca dari Delvian sendiri. Ayah kepada Fina.

" Akak. Akak! Pina kan ada lyukis elephant. Elephant besarh. Akak nak tengok tak! Jom ikut Pina nanti Pina tunjuk. Akak bangunlah, ikut Pina. Paster Pina paster papa selalu cakap macam tu dekhat Pina bila Pina lambat. So akak pun kena paster ". Fina berceloteh dengan tangan mengamit tangan Afifah agar segera bangun.

Faster ke paster tapi paster pun boleh lah Fina. Di sisi Afifah pula dia terpaksa bangun dan mengikuti ke mana arah tarikan Fina. Nak menolak nanti risau budak kecil itu terasa hati dan memangis. Delvian pula mengaru kening menggunakan hujung jari telunjuknya. Kadang kadang anaknya bila bercakap seakan memerli dia pun ada.

Delvian's PropertyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang