Vote sayangkuu semuaa 🥺
———
Afifah tersentak ketika ada tangan memanjang di atas kepalanya. Menutup pintu kabinet yang terbuka. Refleks badan Afifah mematung. Dia yang sedang membasuh pinggan dan cawan berhenti. Tiba-tiba dia tak dapat bernafas dengan teratur.
Semasa Fina belajar. Sengaja Afifah meminta izin untuk membantu Aunty Za mencuci pinggan. Sementara aunty Za sibuk menjalankan kerja yang lain. Lagipun Fina tengah belajar jadi lebih baik Afifah melakukan kerja lain daripada hanya duduk diam tidak membuat apa apa.
Bilik Fina sudah dia kemas dan bersihkan. Jadi di sinilah dia sekarang ini. Delvian menatap belakang kepala Afifah yang tertutup dengan tudung. Keinginan dia untuk melihat rambut Afifah semakin membara. Teringat malam pertemuan pertama mereka di mana wanita itu tidak memakai tudung kerana terlalu prihatin terhadap Azka.
" Aku dah cakap. Ini bukan tugas kau Afifah. ". Delvian bergumam di tepi telinga Afifah. Nafas hangat lelaki itu terkena pada wajah Afifah. Lantas dia mengelak menjauhkan diri kerana terkejut. Delvian menurunkan tangan mengurung Afifah agar tidak melarikan diri.
" Kenapa degil sangat ni hm. ". Bisik Delvian lagi dengan suara yang sengaja di rendahkan garau. Afifah semakin mengeras membeku. Air terus mengalir di depannya. Melihat pembaziran itu, tangan Delvian maju menutupnya. Sedaya upaya Afifah mengawal dirinya supaya tidak melepaskan amarahnya.
" Saya– tolong aunty Za. Kerja ni tak berat mana pun. Daripada saya duduk je tak buat apa apa.. Lagi baik saya tolong aunty Za— Apa!? Awak buat ni!! ". Terletus marah yang Afifah tahan sejak tadi. Dia menolak kasar badan Delvian sehingga menjauh walaupun selangkah.
Delvian baru sahaja mendekatkan diri pada lehernya dan Afifah sedar lelaki itu menghidu lehernya. Ni dah kenapa ni! Melampau sangat. Tatapan nyalang tersemat api kemarahan memanas di mata Afifah. Delvian menaikkan sebelah keningnya. Dia nak bergurau je tapi ekspresi Afifah membuat hatinya seronok melihat reaksi wanita tersebut.
" Kalau kau tak ada kerja lain nak buat. Aku boleh bagi kau kerja. Easy just masuk bilik aku-". Perkataan yang meniti di bibir Delvian terhenti. Afifah mengambil sebuah pinggan keramik dihalakan sebagai pelindung.
Jelas terlihat dari mata Delvian. Afifah menggigit bibir menahan marah. Sikap Delvian benar benar membuat Afifah muak. Bapa kepada Fina semakin berani menunjukkan sikap sebenarnya.
" Kalau awak tak berhenti cakap tentang perkara kotor yang ada dalam kepala awak. Saya tak segan segan nak pecahkan pinggan ni atas kepala awak. ". Afifah mengugut berani sambil menggerakan pinggan yang dia pegang.
Delvian tidak beriak takut sama sekali. Senyuman sinis hanya terlakar pada wajah jahat itu. Afifah berubah cemas, menelan air di dalam tekaknya. Mengundur secara spontan bila Delvian menapak ke depan. Badannya tersudut pada kabinet dapur.
Barulah Delvian berhenti dengan seringai menghiasi wajah yang menakutkan bagi Afifah. Apa yang Delvian nakkan sebenarnya ni! Ni termasuk sexual harassment tahu tak!? Signal bahaya sudah berbunyi tanpa henti, mendebarkan dada Afifah.
Tanpa berlengah dia melayangkan pinggan ke arah Delvian. Namun Afifah lupa tentang kemampuan Delvian yang tak boleh diremehkan. Tangan Afifah tertahan di awangan selepas Delvian menangkapnya. Lalu lelaki itu mengapai pinggan yang ada di tangan Afifah meletaknya ke sebarangan tempat.
" Ber-Berhenti takutkan saya! Saya boleh laporkan awak dekat polis sebab cuba sentuh saya!!". Jerit Afifah tertahan. Tidak mahu orang lain mendengar dan menuduh yang bukan bukan kepada dirinya. Delvian mengangkat kedua bahunya ke atas.
![](https://img.wattpad.com/cover/296238146-288-k752523.jpg)
YOU ARE READING
Delvian's Property
FanficNayla Afifah seorang wanita yang hidup dalam keadaan serba sederhana bersama abangnya. Namun disebabkan sikap bodoh abangnya yang tak berfikiran panjang mengubah kehidupan mereka menjadi lebih teruk dan musnah. " Ikut aku dan semuanya selesai ". Se...