Afifah membersihkan salah satu bilik dengan lemah seakan tidak mempunyai tenaga. Dia membersihkan meja lampu dengan gerakkan yang agak lambat dari biasanya. Suhaila memerhati dengan hairannya. Jarang dia nampak kawan sekerjanya itu melakukan kerja dengan lambat.
Dia mengetahui Afifah sejenis pekerja yang rajin menjalankan tugas tapi kenapa harini macam lemah semacam je? Afifah melipat tuala yang sudah kotor sambil bangun secara perlahan. Dia memusingkan badannya dan tepat itu, dia terlonjak kecil akibat Suhaila tiba tiba ada di belakangnya. Suhaila tersengih malu.
" Afifah kau okay ke? Aku tengok macam tak sihat je ". Suhaila bertanya biasa tiada niat mahu memaksa Afifah untuk menceritakan apa masalah yang kawan kerjanya itu fikirkan. Afifah memberikan senyuman tipis sebagai balasan. Dia tak sangka pula Suhaila sedar dengan keadaan dirinya.
Sebenarnya Afifah tak lena tidur dalam beberapa ni sejak kes abangnya di sumbat ke dalam penjara. Buat masa ni tak ada sesiapa yang mengetahui tentang hal keluarganya. Dia menutup rapat tak nak jadi buah mulut orang lain. Lagipun bukan ada manusia yang kisahkan hidup dia dan alongnya.
Jiran pun jauh jauh dan semuanya membuat hal sendiri. Dia sendiri pening apa yang patut dia pilih. Menjadi pengasuh Fina ataupun tidak. Dia boleh je terima pilihan tu tapi kalau nak seboleh bolehnya dia taknak berjumpa atau bertatap mata dengan Delvian lagi. Ada rasa benci tersarang dalam dadanya.
Walaupun masalah yang terjadi berpunca daripada Azka sendiri. Kalau dia pilih menjadi pengasuh Fina kiranya kerja dia yang dia jalankan sekarang ni kena berhenti? Arhg! Serabut. Makin sakit kepala jika dia terus memikirkan perkara tersebut.
" Aku okay jelah, kau jangan risau". Setelah berdiam agak lama barulah Afifah menjawab. Suhaila mengangguk walaupun teragak agak nak mempercayai Afifah ataupun tidak. Tak mahu berfikir panjang, dia yekan saja dan menyambung kerjanya.
Sekarang Afifah berada di satu tempat berhadapan dengan alongnya. Azka tak bersuara melainkan mukanya datar dengan kedua tangan mengepal erat. Menunggu masa untuk melepaskan amarah yang tersimpan. Sakit dan lebam di belakang badannya belum sembuh sepenuhnya. Matanya menatap Afifah tajam.
" Along mu-muka along— ".
" Kau memang nak tunggu aku mati ke, Afifah ".
Keras kaku tubuh Afifah selepas Azka memotong ayatnya. Suara Azka perlahan namun terselit nada kerasnya. Menandakan dia sedang menahan perasaan marah. Bibir Afifah menggigil halus sebelum terkatup rapat. Bukan macam tu— Afifah memandang alongnya sayu.
" Aku tanya kau ni Afifah. Kau memang nak tunggu aku mati dulu ke.". Pandangan sedih adiknya sikit pun tak mempengaruhi Azka. Malah dia dengan kasarnya melontarkan suara. Yang dia fikirkan hanyalah diri dia sendiri. Bila Afifah akan bebaskan dia. Bila dia akan keluar dari tempat bodoh ni.
" Bu-kan macam tu along.. Afifah—". Lidah Afifah menjadi kelu. Dia berjeda sendiri sambil menunduk merenung jarinya yang saling bertautan di atas riba. Kenapa Azka meletakkan segala beban di bahu Afifah. Kenapa Afifah seolah manusia yang menjadi punca utama dalam kes ini.
Patut ke Afifah menjadi selfish dan meninggalkan alongnya sendiri supaya tidak menganggu ketenangan hidupnya tapi— dia masih mempunyai hati dan perasaan. Memang Azka jahat, bodoh dan tak berfikir jauh. Namun lelaki itu tetap darah dagingnya. Satu satu orang yang bersamanya sejak kecil.
Seburuk buruk Azka, lebih buruk Afifah jika membiarkan alongnya mati kerana di gantung. Dalam keheningan, Afifah menggigit kuat bibir dalamnya menahan air mata yang mula bertakung.
" Afifah, dengar sini. Aku dengan kau dah hidup lebih dari 20 tahun. Aku selalu ada dengan kau sejak kita kecil lagi. Masa aku dah tak lama Afifah, ada empat hari lagi sebelum aku ke tali gantung. Kau adik aku. Jadi tolong aku Afifah. Bebaskan aku guna apa cara sekalipun. Ikut je apa bapak budak tu nak kalau kau tak nak aku mati Afifah. ".
YOU ARE READING
Delvian's Property
FanfictionNayla Afifah seorang wanita yang hidup dalam keadaan serba sederhana bersama abangnya. Namun disebabkan sikap bodoh abangnya yang tak berfikiran panjang mengubah kehidupan mereka menjadi lebih teruk dan musnah. " Ikut aku dan semuanya selesai ". Se...